BF Green Flag relevan dengan Gen Z, boleh ditonton di mana sahaja

Oleh: Khadijah Ibrahim

UNTUK menonton drama tidak perlu lagi bergantung kepada televisyen kerana kebelakangan ini banyak syarikat yang mengeluarkan Over-The-Top (OTT) atau perkhidmatan media lepas pelantar.

OTT merupakan media penstriman pembawa kandungan berupa data, maklumat atau multimedia yang berjalan terus melalui rangkaian internet. Salah satu syarikat yang mempunyai OTT sendiri adalah MYTV Broadcasting yang telah melancarkan aplikasi MYTV Mana-Mana.

Menerusi MYTV Mana-Mana, penonton dan seluruh penduduk Malaysia boleh mengakses saluran TV, radio, filem, dan kandungan atas permintaan kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui aplikasi telefon, laman sesawang dan Google TV.

Barisan pelakon BF Green Flag bersama team MYTV.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MYTV, Mohamad Helmi Harith berkata, pelancaran MYTV Originals menjadi langkah strategik pihaknya dalam memperkukuh ekosistem kreatif tempatan.

“Sudah tiba masanya MYTV bukan sahaja menjadi platform penyiaran, tetapi juga pemangkin kepada kebangkitan kandungan tempatan yang lebih segar, autentik dan relevan dengan penonton masa kini.

“Melalui BF Green Flag, terbitan Astra Entertainment ini yang mempertaruhkan gandingan antara Syazwan Razak dan Athalia menerusi siri original pertama, kami ingin memberi pengalaman berbeza kepada penonton dengan menikmati karya berkualiti tinggi dan pada masa sama memperkukuh daya saing kandungan Malaysia di peringkat digital.

“Kami yakin BF Green Flag akan mendapat tempat di hati penonton, khususnya dalam kalangan generasi Gen Z, kerana kandungannya memberi tumpuan kepada mesej dan isu sosial yang dekat dengan kehidupan mereka.

“Namun begitu, kami percaya jalan cerita dan emosi yang dipaparkan tetap relevan untuk semua lapisan penonton Malaysia, kerana ia menyentuh tema universal seperti trauma dan peluang kedua dalam kehidupan.

BF Green Flag sebanyak 20 episod boleh ditonton di aplikasi MYTV Mana Mana.

“Kami harap siri MYTV Originals ini dapat diterima oleh penonton, serta mampu mencetuskan gelombang impak kepada industri kreatif tempatan,” katanya penuh harapan.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Astra Entertainment, Dato Rozaidi Baharudin berkata, sebagai penerbit akan pastikan, setiap naskhah harus membawa nilai, bukan sekadar hiburan.

Katanya, BF Green Flag dihasilkan untuk mengetengahkan tema yang relevan dengan Gen Z seperti mengangkat isu trauma, kepercayaan dan cinta yang sihat, di samping membuka ruang kepada pelakon muda untuk menyerlah melalui penceritaan yang dekat dengan jiwa mereka.

Dalam siri ini, Syazwan menonjol dengan lakonan yang lebih matang dan berkarakter menerusi watak Alfa, sementara Athalia, yang sebelum ini dikenali sebagai penyanyi, mencuri perhatian dengan penampilan sulungnya sebagai pelakon.

Bintang lain yang turut menghidupkan naskhah ini termasuk Azhan Rani, Dafi, Syahmie Thsa-Qeef, Amir Mirza, Khaleed Asyarief, Uchee Fukada, Iman Suhana, Dottie Syuhada, serta penampilan istimewa daripada pempengaruh popular tanah air seperti Ryan Bakery, Farihinarnia dan WanChai.

Drama BF Green Flag mengetengahkan isu kesihatan mental dalam kalangan remaja.

Gabungan antara pelakon berpengalaman dan wajah-wajah baharu ini berjaya mencipta keseimbangan yang segar dan dinamik, bukan sahaja dari segi tenaga lakonan, tetapi juga dalam memperkayakan penceritaan. Ini sekali gus menawarkan pengalaman segar kepada penonton.

BF Green Flag menyaksikan kisah Adella yang menutup pintu hatinya untuk bercinta lagi selepas dikhianati dalam hubungan toksik. Namun takdir menemukan dia dengan Alfa, jejaka yang diperkenalkan oleh makciknya dan segalanya berubah.

Dari curiga menjadi percaya, dari luka menjadi sembuh, BF Green Flag menyingkap perjalanan Adella mencari keberanian untuk mencintai semula bersama lelaki yang benar-benar ‘green flag’.

Bukan sekadar hiburan, siri Originals arahan Kamal Husni dan skrip oleh Faten Syamimie ini turut mengetengahkan isu kesihatan mental dalam kalangan remaja dan orang muda, khususnya kesan trauma daripada hubungan toksik.

Jadi, naskhah ini mampu menjadi wake-up call kepada generasi muda untuk lebih sedar tentang kepentingan menjaga kesihatan mental dan mengenali tanda-tanda hubungan tidak sihat, di samping menyampaikan mesej positif tentang pentingnya kepercayaan.

Siri Originals sebanyak 20 episod berdurasi tujuh minit ini, boleh ditonton setiap Khamis, jam 12 tengah hari, eksklusif hanya di MYTV Mana Mana sejak 13 November lalu.

Latest

Pementasan Randai Macbeth, sebuah kreasi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA Festival Buka Panggung ASWARA yang bermula...

Awie lebih fokus persembahan daripada gelaran

Oleh: Khadijah Ibrahim PENGARAH Eksekutif Bombbay Legend Worldwide, Zamberi Shaari...

Awie kongsi perjalanan seni menerusi konsert Rock King – Last Man Standing 2026

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Datuk Awie bakal menjayakan konsert berskala...

Malaysia Marathon sempena Hari Merdeka bakal cipta sejarah

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 30 Ogos ini, Malaysia bakal mencipta...
spot_img

Jangan Terlepas!

Malaysia Marathon sempena Hari Merdeka bakal cipta sejarah

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 30 Ogos ini, Malaysia bakal mencipta...

Pementasan Randai Macbeth, sebuah kreasi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA Festival Buka Panggung ASWARA yang bermula...

Awie lebih fokus persembahan daripada gelaran

Oleh: Khadijah Ibrahim PENGARAH Eksekutif Bombbay Legend Worldwide, Zamberi Shaari...

Wali Band menghibur sambil berdakwah

Oleh: Khadijah Ibrahim ALA! 15 buah lagu saja? Itulah reaksi...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Pementasan Randai Macbeth, sebuah kreasi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA Festival Buka Panggung ASWARA yang bermula sejak 4 -22 Mei 2026, peminat teater berpeluang menonton pementasan Randai Macbeth di Panggung Eksperimen...

Awie lebih fokus persembahan daripada gelaran

Oleh: Khadijah Ibrahim PENGARAH Eksekutif Bombbay Legend Worldwide, Zamberi Shaari atau Bombay akui, beliau telah beberapa kali bekerjasama dengan penyanyi Datuk Awie dalam penganjuran konsert...

Awie kongsi perjalanan seni menerusi konsert Rock King – Last Man Standing 2026

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Datuk Awie bakal menjayakan konsert berskala besar pada 12 September 2026 ini, di Stadium Merdeka. Konsert anjuran Bombbay Legend Worldwide bersama Ultimate...