Universal Music Malaysia akur, turunkan video muzik “Question” Dolla

Oleh: Khadijah Ibrahim

KUMPULAN Dolla yang dianggotai oleh Tabby, Sabronzo dan Angel baru saja melancarkan single baharu berjudul “Question” pada 6 November lalu dan serentak itu juga video muzik lagu tersebut dimuat naik di saluran YouTube Universal Music Malaysia.

Melihat kepada penampilan Dolla dalam video muzik yang berkonsepkan suasana diner retro, yang dirakam di Fowlboys, The Campus, Ampang itu, ramai yang terkejut.

Salah seorang yang terkesima dengan penampilan Dolla adalah pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun yang tampil menegur kumpulan pop sensasi itu menerusi Facebook miliknya.

Pada pandangan Asma’ video muzik terbaharu Dolla disifatkan semakin melampau dan keterlaluan. Beliau berharap tiga wanita itu berubah lebih sopan dan bermaruah dan bukannya memaparkan wajah seni hiburan negara sebegitu.

Asma’ menegaskan, apa dipertontonkan tidak menggambarkan persembahan seni tapi lebih kepada pertunjukan tidak bermoral. Lebih menyedihkan kerana salah seorang anggota Dolla ialah wanita Melayu yang beragama Islam.

Universal Music Malaysia mengambil keputusan menurunkan video muzik Dolla darpada semua platform digital.

Katanya, budaya hiburan yang terlalu bebas semakin berbahaya apabila masyarakat mula menganggapnya normal.

“Bagi saya, videonya amat tidak bermoral. Memalukan wanita Islam dan mencalar identiti negara. Lebih perit, ada pula yang memuji dan berbangga. Ini bahaya apabila maksiat dianggap trend. Apa mencolok mata dikata ‘artistik’,” tegasnya.

Teguran daripada Ustazah Asma’, pada 14 November lalu di media sosialnya, mungkin dipandang sebelah mata tapi bila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar juga berpendapat sedemikian, tindakan segera diambil.

Sehubungan itu, pihak Universal Music Malaysia mengambil keputusan untuk menurunkan video muzik tersebut daripada semua platform digital sebagai langkah bertanggungjawab serta demi menjaga sensitiviti masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim, berkata keputusan ini dibuat selepas melakukan penelitian semula terhadap keseluruhan kandungan produksi dan maklum balas masyarakat.

“Sebagai sebuah syarikat rakaman yang beroperasi dalam ekosistem majmuk seperti Malaysia, kami sentiasa menghormati nilai budaya, sensitiviti agama dan pandangan peminat. Kami mengambil serius semua maklum balas dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kekhilafan yang berlaku.

“Kami percaya bahawa kreativiti dan ekspresi seni perlu seiring dengan kepekaan terhadap norma setempat. Oleh itu, keputusan untuk menurunkan video muzik tersebut adalah langkah yang wajar demi menjaga keharmonian dan rasa hormat semua pihak,” katanya.

Universal Music Malaysia juga menegaskan bahawa pihaknya komited memastikan setiap perancangan kreatif selepas ini melalui proses semakan yang lebih ketat, melibatkan perbincangan dalaman serta konsultasi profesional bagi mengelakkan isu sebegini berulang.

Pihak syarikat turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan masyarakat yang memberikan maklum balas secara terbuka dan membina, serta berharap perkara ini dapat ditangani dengan baik tanpa menjejaskan hubungan antara artis, peminat dan komuniti muzik Malaysia secara keseluruhan.

Latest

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...
spot_img

Jangan Terlepas!

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama slow rock dan balada jiwang yang menusuk kalbu, nama Hasnol bukanlah nama asing. Suaranya pernah...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua pingat emas dan satu misi besar: memperkukuh usaha pemulihan ketagihan melalui pendekatan yang lebih tersusun,...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan berlangsung 'Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah' di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert anjuran Inteam Records...