Erra Fazira seronok jadi juri, masih fikir untuk showcase

Oleh: Khadijah Ibrahim

SEJAK kebelakangan ini kalau kita tonton layar kaca, pelakon dan penyanyi Erra Fazira, jarang sekali kita dapat melihat beliau menyanyi, sebaliknya kehadirannya lebih kepada menjadi juri, antaranya untuk program Kilauan Emas 2024/2025 serta Pilih Kasih 3.

Wajah Erra atau nama penuhnya, Fazira Wan Chek, 51, dapat ditonton sebagai juri menerusi program yang bukan hiburan. Mulai 6 Disember ini, jam 9 malam, penampilan Erra sebagai juri untuk program Innovathon 3 dapat ditonton di Astro Ria (saluran 104), RTM 1 (saluran 101), Okey (saluran 146), Astro Vaanavil (saluran 201), Astro AEC (saluran 306) dan Astro Showcase (saluran 413).

Innovathon 3 adalah program realiti TV yang berteraskan sains, teknologi dan inovasi yang merupakan platform untuk mengangkat kemahiran dan idea inovatif dalam kalangan rakyat Malaysia seiring dengan usaha mencari penyelesaian serta penambahbaikan terhadap isu-isu sosioekonomi semasa.

Dapat banyak tawaran berlakon tapi Erra Fazira tidak dapat terima kerana tidak berupaya memberi komitmen yang terlalu lama.

Program yang merupakan kerjasama Astro dengan Kementerian Ekonomi dan juga Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu, menampilkan Erra sebagai Juri Selebriti yang akan bergandingan dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang dan Ketua Setiausaha Menteri Ekonomi, Dato’ Nor Azmie Diron sebagai Juri Tetap.

Sementara itu, Datuk Aznil Hj. Nawawi kembali sebagai Mentor Persembahan, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta. Manakala Awal Ashaari dan Amelia Henderson pula bertindak sebagai hos Innovathon 3.

Erra akui penglibatannya dalam program yang menampilkan lapan inovasi pada setiap episod dan hanya satu dipilih untuk ke pentas akhir itu, membuka matanya dan tak sangka, ramai orang genius di Malaysia.

Sering ditanya tidak mahu buat konsert ke? Erra Fazira masih berfikir kerana tugasan itu berat.

“Saya dah berpuluh tahun dalam industri hiburan tiba-tiba saya masuk dalam Innovathon ini, secara tak langsung membuka mata saya bahawasanya ramai rakyat Malaysia sebenarnya sangat bijak pandai. Telah membuat inovasi untuk memartabatkan lagi produk-produk mereka untuk bersaing di dunia luar sana.

“Ada benda-benda yang di luar kotak pemikiran saya bahawasanya benda ini boleh diinovasikan. Saya rasa sangat-sangat berbesar hati bila berada dengan kumpulan ini dan membuka mata bahawasanya kalau ada platform yang bagus dan peluang yang baik, kadang-kadang mereka ada idea tapi tak tahu macam mana nak sebar.

“Inilah platform untuk mereka yang diberi oleh Kementerian. Dibuka pintu untuk bersaing dengan sihat dan di waktu yang sama, mungkin kita ada seorang saja pemenang tetapi memberi peluang kepada lebih 50 orang untuk menunjukkan innovasi masing-masing,” kongsi Erra tentang pengalamannya menyertai program Innovathon 3.

Jelas Erra, beliau menjuri dari sudut sebagai pengguna, keperluan sesuatu produk yang dikeluarkan itu dan dari sudut komunikasi dalam carta sebab setiap juri lain-lain carta.

Erra Fazira bersyukur walaupun diundang sebagai juri kerana baginya kepercayaan orang terhadap dirinya itu yang penting.

“Saya punya carta juga bahagian komunikasi, bagaimana mereka persembahkan produk dan apabila ditanya soalan, mereka yakin dengan produk sendiri dan jawab dengan baik, itu semua peranan saya.

“Sebagai orang yang baharu dalam bidang begini, saya memang teruja apabila melihat produk yang dipersembahkan. Macam ada satu inovasi dari bahagian perubatan, bagaimana dia mencipta salut luka, ada cara balut dan buka. Benda yang simple tapi berguna kepada masyarakat kita, kalau ianya diperluaskan,” kata Erra.

Tambah pelakon filem “Sembilu”, “Maria Mariana”, “Tragedi Oktober”, “Gerak Khas The Movie” dan “Hingga Hujung Nyawa” itu, rezekinya ketika ini lebih kepada menjadi juri dan beliau sedia memikul tanggungjawab tersebut.

“Rezeki saya sekarang ini lebih kepada jadi juri. Satu kepercayaan orang kepada kita bukan senang. Bila orang percaya kepada kita dan kita boleh berkomunikasi dengan orang atau boleh memberi motivasi serta memberi impak positif kepada orang, jadi orang percaya dan tawaran itu terus datang.

“Mungkin bersandarkan pengalaman saya dulu, alhamdulillah dan saya rasa sebab mungkin apa yang kita katakan itu sealiran dengan apa yang diinginkan. Itu rezeki la,” katanya sambil tersenyum.

Erra Fazira pada sidang media mengumumkan program ‘Innovathon 3’, baru-baru ini.

Sementara itu, Erra juga turut berkongsi tentang perjalanan kariernya. Ibu kepada Engku Aleesya Engku Emran itu berkata, jadual kerjanya padat hingga hujung tahun ini.

“Tawaran untuk lakonan itu memang ada tapi saya sampai hujung ini agak padat jadualnya. Kadang-kadangnya bila tawaran untuk saya adalah untuk 42 atau 52 episod, memang tak boleh nak komited sebab lama sangat.

“Kalau nak beri saya watak pun yang tidak melibatkan penglibatan hari-hari. Terlibat dalam drama berepisod ini agak payah tapi kalau saya ambil watak kecil takut tak memberi impak pula sebab tak nak komited lama. Kadang-kadang konflik itu yang menyukarkan saya membuat pilihan.

“Kalau ada watak yang best tapi tak komited terlalu lama, kalau seminggu dua masih boleh difikirkan dan atur mana yang patut. Masih belum ada lagi watak sebegitu, mungkin tahun depan kot, alhamdulillah tawaran memang ada,” katanya.

Selain tawaran berlakon, Erra akui ada juga beberapa penaja yang menawarkannya untuk mengadakan konsert atau mini showcase. Sebagai penyanyi, Erra memiliki enam buah album studio dan popular dengan lagu-lagu seperti “Yang Terindah Hanyalah Sementara”, “Berteman Sepi”, “Pasrah”, “Jendela Hati” dan “Hanya Di Mata”.

“Perancangan memang ada tapi sebelum kita nak merancang, saya kena set mind dulu untuk ready. Kalau minda saya sudah bersedia, kita seriuslah. Sekarang ini tawaran itu ada tapi masih lagi belum fikir ke arah serius.

“Bukan setakat mini showcase, memang ada yang propose saya untuk buat konsert. Cuma saya ni sebab dah lama tak menyanyi secara serius, bila nak diberi tanggungjawab itu berat sangat untuk saya.

“Saya tolak yang konsert tapi ada juga yang tawar untuk buat showcase. Showcase itu insya-Allah saya rasa saya bolehlah. Pikul tanggungjawab tu cuma kena fikir timing saja. Ada yang propose, Februari 2026, kita tengok macam mana,” ujarnya.

Latest

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...
spot_img

Jangan Terlepas!

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama slow rock dan balada jiwang yang menusuk kalbu, nama Hasnol bukanlah nama asing. Suaranya pernah...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua pingat emas dan satu misi besar: memperkukuh usaha pemulihan ketagihan melalui pendekatan yang lebih tersusun,...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan berlangsung 'Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah' di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert anjuran Inteam Records...