Putera Bobo bercerita tentang “Kisah Hidupku”

Oleh: Khadijah Ibrahim

SELEPAS berjaya membuat orang ramai tersentuh hati dengan dendangan lagu “Korban Rindu”, sehingga mencecah tontonan 1 juta di saluran YouTube rasmi Nova Music Malaysia, kini Putera Bobo atau nama penuhnya Putera Shah Nasratullah Mohd Nasran, 14, tampil dengan single kedua, “Kisah Hidupku”.

Sebelum “Kisah Hidupku” dirakam secara rasmi, penciptanya Elyani Queen telahpun memperdengarkan nyanyian Putera Bobo untuk rangkap pertama kepada orang ramai di media sosial miliknya dan ternyata, ramai yang suka. Antara barisan lirik lagu tersebut ialah:

“Kisah hidupku, anak orang kampung…Hinanya diriku, nasib tak beruntung…Ayah dan ibu, bukan asal senang… Nak tanggung diriku, nak boleh makan…Hinanya aku….”

Melihat kepada sambutan menggalakkan, Elyani yang merupakan ibu kepada Putera Bobo membawa lagu tersebut kepada komposer Eddie Hamid dan mereka akhirnya berkolaborasi menghasilkan lagu tersebut menjadi lengkap.

Nama Putera Bobo melonjak naik selepas single sulungnya, “Korban Rindu” mendapat sambutan hangat.

“Sebenarnya, lagu tu saya buat separuh je dulu, asalnya. Lepas tu cakap dengan abang Eddie Hamid dan dia kata teruskan sebab lagu tu sedap katanya. Lepas tu, teruskan bersama-sama dengan abang Eddie hinggalah lagu itu boleh siap.

“Untuk lirik pula, abang Eddie perkenalkan saya dengan Zaza dan Rumie. Bersama mereka, saya berjaya siapkan lirik dan lagu pula adalah ciptaan saya bersama abang Eddie,” jelas Elyani yang sebelum ini pernah mencipta lagu untuk nyanyian sendiri dan penyanyi lain.

Bercerita mengenai lagu yang didendangkan dalam dialek Kelantan itu, Elyani berkata, beliau lebih senang menghasilkan karya yang dekat dengan kehidupan orang ramai.

“Saya buat kisah itu berkaitan kehidupan yang ramai orang lalui dan saya sampaikan mesej itu melalui Putera. Bila lagu ini terbit, pasti ramai yang suka kerana lagu ini pasal kehidupan orang dari dulu lagi. Orang susah kan ramai, sebelum menjadi senang ramai yang lalui kesusahan dulu.

“Kalau kita tengok kat posting TikTok ada anak-anak kalau pergi sekolah dalam keadaan lapar, jadi kita sampaikan situasi ini melalui nyanyian Putera. Meskipun lagu itu berkisar tentang umum tapi kita jadikan Putera sebagai mewakili mereka yang terkesan,” katanya mengenai lagu dendangan anak ketiganya daripada lima beradik itu.

Tambahnya lagi, lagu “Kisah Hidupku” terbitan Kijang Music dan edaran Nova Music Malaysia itu dirakam pada pertengahan bulan Oktober lalu di Studio SSR dan Putera tidak mengambil masa yang lama untuk merakam lagu tersebut.

Single kedua dendangan Putera Bobo dinyanyikan dalam dialek Kelantan.

“Masuk studio bulan Oktober baru-baru ini. Putera tak mengambil masa lama sebab dia dah tahu lagu itu. Kemudian dia belajar korus sikit dan terus buat rakaman.

“Alhamdulillah, selain Allah permudahkan proses rakaman, pembikinan video muzik pun tidak mengambil masa yang lama. Penggambaran untuk video muzik “Kisah Hidupku” dibuat di kawasan kampung tempat tinggal kami saja,” katanya yang menetap di Jerteh, Terengganu.

Sementara itu, Eddie Hamid yang mengetengahkan bakat Putera Bobo ke dunia rakaman mengakui pertama kali dengar lagu “Kisah Hidupku” yang diberikan oleh Elyani, beliau sudah tertarik dan sedia menjadikan lagu tersebut sebagai single kedua Putera Bobo.

“Walaupun waktu lagu itu diberikan kepada saya hanya serangkap saja tapi melodi dan liriknya menyentuh hati, sebab itulah saya setuju agar lagu itu dirakam.

“Bagi saya, tak ada masalah lagu itu didendangkan dalam dialek Kelantan kerana banyak saja lagu-lagu dialek yang popular. Apa yang penting mesej lagu tersebut sampai ke hati pendengar,” katanya yang turut bertindak sebagai penerbit lagu tersebut.

Lagu “Kisah Hidupku”, nyanyian Putera Bobo ciptaan bersama Elyani Queen dan Eddie Hamid manakala lirik pula kolaborasi Elyani Queen bersama Zaza dan Rumie itu kini boleh didengar di semua pelantar penstriman muzik utama manakala video muzik lagu tersebut juga boleh ditonton di saluran YouTube ‘Nova Music Videos’ di pautan ini
https://www.youtube.com/watch?v=VDi2Au_ZqiY

Latest

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua... Kami di Wafa News. Com mengucapkan Selamat menyambut...

DPDDM jalin kerjasama dengan Standard Chatered

Oleh: Nafsiah Jani Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia...

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati...

Pendekatan Pelarasan Tulang Tanpa Pembedahan Diperkenalkan oleh MMW Bone Alignment Centre

Oleh : Nafsiah Jani Gaya hidup moden yang melibatkan duduk...
spot_img

Jangan Terlepas!

Filem Nar’sata: Sekutu Setan percubaan berani Metrowealth

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda seorang penakut, dilarang menonton filem...

Kenny G datang ke Malaysia lagi, 12 Julai ini

Oleh: Khadijah Ibrahimw PEMAIN saksafon tersohor, Kenny G, bakal kembali...

Ekspo Lanhua Malaysia ke-2, Mampu Perkukuh Kerjasama Perdagangan Shandong–Malaysia

Oleh : Nafsiah Jani Sambutan yang cukup memberangsangkan bagi membeli...

Suami selamatkan Neng Yatimah daripada kerakusan tentera Jepun!

Oleh SYED WAFA Foto Koleksi Syed Wafa Sumber : Ladybosz (Terima...

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua... Kami di Wafa News. Com mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Haji! Semoga ibadah korban kita diterima dan kita menjadi insan yang lebih sabar...

DPDDM jalin kerjasama dengan Standard Chatered

Oleh: Nafsiah Jani Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) telah mengadakan satu pertemuan penuh bermakna dan cukup produktif bersama pihak pengurusan Standard Chartered...

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati yang bergenre komedi romantik akan menemui penonton di pawagam di seluruh negara. Filem arahan Nadiah Hamzah...