Adira dapat pasangan duet baharu menerusi “Gelas Memori”

Oleh: Khadijah Ibrahim

PASANGAN duet pertama Adira Suhaimi adalah Hafiz Suip menerusi lagu “Mari Menari” pada 2010, tapi lagu “Ombak Rindu” pada tahun berikutnya yang melonjak nama mereka sebagai pasangan duet popular.

Selepas itu Adira atau Siti Adira Suhaimi, 34, yang banyak menyanyi lagu untuk runut bunyi drama atau filem, juga pernah berduet dengan penyanyi lain seperti Akim Ahmad, Mark Adam, Khai Bahar dan Black Hanifah.

Terbaharu Adira kembali berkolaborasi dengan Fiq7, seorang rapper penuh misteri yang sangat berpengaruh menerusi single berjudul “Gelas Memori”.

Kata Adira, walaupun tidak mengenali pasangan duetnya tapi dia tahu lagu Fiq7 sebab pemuda itu cukup popular di saluran YouTube. Lagu-lagu Fiq7 yang dimuat naik di YouTube mendapat tontonan jutaan.

Kali pertama Adira merakam lagu yang genrenya berbeza daripada kebiasaan karya yang dibawanya sebelum ini.

“Dia sangatlah misteri dan ada identiti tersendiri. Bakat macam Fiq7 ini perlu diketengahkan agar dia boleh tulis lagu untuk artis lain. Saya rasa dua-dua ni mainkan peranan sebab Fiq7 dah ada crowd kat YouTube dan saya pula kat pentas.“Fiq7 ni dah ada crowd tersendiri cuma kurang di TV, pentas atau radio.

Saya terima pelawaan untuk berduet sebab saya rasa Fiq ni ada sesuatu, dia ada aura dan bakat. Rasa rugi kalau dia duduk kat YouTube saja. Kita orang sebenarnya complete each other, mungkin crowd dia baru nak kenal Adira.

“Fan saya pun mungkin boleh support Fiq7 dan saya langsung tak terfikir siapa tunggang siapa. Walaupun Fiq7 artis baharu tapi bagi saya dia bukan artis yang tak tahu selok belok seni. Walaupun dia artis YouTube tapi dia dah tahu macam mana kehidupan selebriti ini,” jelas Adira kenapa beliau tidak menolak untuk berkolaborasi dengan komposer dan penulis lirik lagu “Gelas Memori” itu.

Adira yang mula aktif dalam bidang seni sejak 2010 mengaku inilah kali pertama, dia merakam lagu yang bergenre sedemikian, kombinasi balada dan rap yang membawa dimensi baharu kepada muzik tempatan.

Adira kagum dengan bakat Fiq7 dan harap pasangan duetnya itu boleh menyerlah dalam industri seni suara tanah air.

Gaya rap puitis Fiq7 dan vokal lembut penuh perasaan Adira menghasilkan keseimbangan emosi yang mengalir indah sepanjang lagu yang menyelami tema rindu, kehilangan dan janji yang kekal di hati menjadikan setiap bait lirik ibarat helaian kenangan yang tidak pernah pudar.

“Pertama kali dapat lagu tu, saya tengok lirik dulu sebab ia panjang. Fiq7 ni sangat teliti dalam membuat lirik mahupun melodi. Saya suka baca ayat-ayat kat lirik lagu tu. Ada part yang kena sangat dengan saya. Lirik lagu itu bukan setakat bagi perasaan saja tapi bagi nasihat juga untuk cari jalan keluar.

“Melodinya simple tapi padu. Saya tak pernah nyanyi lagu-lagu sebegitu dan rasa ini adalah satu peluang dan rezeki yang mungkin tak patut ambil lewa. Saya ada juga bagi orang sekeliling dengar sama ada okey tak lagu ini. Mereka semua kata okey.

“Walaupun lagu ini ada rap tapi ia ada part balada juga. Saya ikut hati saja dan bila dengar lagu itu ada part balada, terus on. Lagu ini senang dinyanyi sama-sama, sesuai didengar kat radio. Saya rasa setiap orang yang pernah merindui seseorang akan dapat memahami perasaan dalam “Gelas Memori”,” katanya.

“Gelas Memori” diterbitkan secara usahasama Nova Music dan Rhunut Music.

Tambah Adira lagi, kolaborasi bersama Fiq7 membuka peluang untuk dirinya meneroka sisi berbeza dalam dunia muzik.

“Saya kagum dengan cara Fiq7 menulis dan menyampaikan liriknya. Gaya rap yang dipersembahkan tidak hanya pantas atau teknikal, tetapi puitis dan jujur. Ia membuatkan saya lebih terinspirasi untuk memberi nyawa kepada bahagian balada dalam lagu ini.

“Meski kami datang daripada dua dunia muzik yang berbeza, tetapi tujuan kami sama iaitu untuk menyampaikan emosi yang benar,” katanya.Adira berkata, “Gelas Memori” juga bukan sekadar lagu, tetapi sebuah karya seni yang menzahirkan kejujuran, emosi, dan evolusi dua artis dari generasi berbeza.

“Lagu ini membuktikan bahawa muzik mampu menyatukan jiwa walau datang dari dunia yang berlainan. Saya berharap dengan penghasilan yang berkualiti, “Gelas Memori” meninggalkan kesan mendalam di hati para pendengar,” ujarnya.

Latest

Lagu “Pertama” penuh makna buat Syamel

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Syamel masih setia bersama komposer Edry...

Saadiah, seniwati pertama bawa watak ejen perisik

Oleh SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri...

MBWM bantah penganjuran Pesta Air kerana Malaysia ada budaya tersendiri

Oleh: Khadijah Ibrahim RAMAI yang membantah penganjuran Rain Rave Water...

Björn Again – The ABBA Forever Tour di Kuala Lumpur

Oleh: Khadijah Ibrahim BIARPUN kumpulan ABBA yang dianggotai oleh Agnetha...
spot_img

Jangan Terlepas!

Saadiah, seniwati pertama bawa watak ejen perisik

Oleh SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri...

Sakura Band kembali “Re:Start” sebagai tanda kebangkitan semula

Oleh: Khadijah Ibrahim SEWAKTU sidang media Sakura Band di Hard...

Ungu kembali ke Malaysia rai perayaan legasi 30 tahun

Oleh: Khadijah Ibrahim KUMPULAN Ungu bukan saja dikenali di negara...

Björn Again – The ABBA Forever Tour di Kuala Lumpur

Oleh: Khadijah Ibrahim BIARPUN kumpulan ABBA yang dianggotai oleh Agnetha...

Rubiah Suparman yang dirindui

Oleh SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Lagu “Pertama” penuh makna buat Syamel

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Syamel masih setia bersama komposer Edry Abdul Halim untuk single baharunya berjudul "Pertama". Sebelum ini Edry mencipta lagu "Lebih Sempurna" (2016)...

Saadiah, seniwati pertama bawa watak ejen perisik

Oleh SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) PEPATAH Melayu ada berkata 'Patah tumbuh hilang berganti' tetapi hakikatnya yang tumbuh tidak sama...

MBWM bantah penganjuran Pesta Air kerana Malaysia ada budaya tersendiri

Oleh: Khadijah Ibrahim RAMAI yang membantah penganjuran Rain Rave Water Music Festival 2026 atau Pesta Air, diinspirasikan daripada Songkran Thailand yang bakal diadakan Bukit Bintang,...