Minyak masak terpakai berharga, boleh jadi bahan api pesawat

Oleh: Khadijah Ibrahim

Jika sebelum ini anda sering membuang minyak masak terpakai kerana kalau simpan pun buat menyemak saja. Sebenarnya, minyak masak terpakai itu amat berharga kerana ia boleh dijadikan sebagai biodiesel, sabun pencucui rumah dan lilin.

Jangan terkejut kerana ada pihak yang sanggup membeli minyak masak terpakai tersebut terutamanya yang berasaskan minyak sawit, kerana ia mampu diproses dan dikitar semula sebagai satu tenaga baharu malah bahan api penerbangan mampan (SAF).

Sempena Kongres dan Pameran Antarabangsa Minyak Sawit MPOB (PIPOC 2025) anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini, Naib Presiden Eksekutif Operasi EcoCeres Renewable Fuels Sdn. Bhd., Dannis Poon menerusi ceramahnya berkongsi tentang “Perkembangan Terbaharu Penyahkarbonan Industri Penerbangan: Peluang dan Cabarannya”.

Menurut Dannis, pihaknya telah merancang sebuah kempen khas kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang manfaat SAF. Justeru itu, EcoCeres Renewable Fuels Sdn. Bhd., yang merupakan sebuah syarikat tenaga bersih telah merintisnya dengan loji operasi di Johor, dengan kapasiti penghasilan kira-kira 1,000 tan produk sehari, setanding loji mereka di China.

“Mungkin pada Januari 2026, kempen ini dapat menggalakkan penyertaan masyarakat dalam pengumpulan minyak masak terpakai bagi mengitar semula tenaga.

Pameran dan Persidangan Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC) 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“Bagi orang lain, minyak ini hanya buangan tetapi bagi kami, ia merupakan sesuatu yang berharga kerana boleh ditukar kepada bahan api termasuk SAF.

“Kami tidak menggunakan minyak fosil atau sumber yang dicari gali dari tanah sebaliknya memproses minyak masak terpakai (dari rumah dan restoran), sisa minyak industri dan buangan minyak makanan sebagai bahan mentah utama,” katanya.

Tegas Dannis, EcoCeres mengelak daripada menggunakan minyak boleh dimakan bagi mengelakkan persaingan dengan sektor makanan serta mengurangkan jejak karbon daripada proses penanaman.

“Melalui teknologi rawatan hydrotreating kami, minyak buangan dipecahkan kepada beberapa produk seperti SAF untuk pesawat, diesel boleh diperbaharui untuk industri dan pengangkutan, nafta bagi sektor petrokimia.

“SAF yang dihasilkan kini dibekalkan kepada syarikat penerbangan antarabangsa termasuk Cathay Pacific, Hong Kong Airlines dan British Airways di bawah kontrak jangka panjang,” jelasnya.

Tatkala ditanya kenapa Johor dipilih bagi meluaskan operasi lojinya, kata Dannis, pihaknya telah menilai beberapa negara Asia seperti Thailand dan Indonesia tetapi tertarik dengan dasar kerajaan di Malaysia yang mesra pelaburan.

“Infrastruktur minyak dan gasnya telah sedia ada, akses kepada sisa minyak daripada industri makanan tempatan, budaya dan persekitaran perniagaan serantau yang lebih serasi.

“Tambahan pula, lebih 99% pekerja loji Johor ialah rakyat Malaysia dan ia selari dengan hasrat syarikat untuk membangunkan sosioekonomi tempatan.

“Bahan mentahnya dikumpul dari Malaysia, diproses di Malaysia dan akhirnya mungkin digunakan oleh syarikat penerbangan Malaysia seperti MAS dan AirAsia,” katanya.

Namun katanya, terdapat beberapa cabaran utama seperti jumlah minyak masak terpakai di Malaysia hanya sekitar 200,000 tan setahun yang tidak cukup untuk loji besar.

“Cabaran lain termasuk kualiti sisa minyak yang berbeza, termasuk yang sangat kotor atau bercampur air, dasar perdagangan antarabangsa yang mengenakan tarif tertentu dan keperluan kerjasama negara jiran serantau Asia Tenggara berkongsi bekalan bahan mentahnya.

“Jika setiap negara membina loji sendiri, bekalan tidak akan mencukupi. Kita perlu melihat penyelesaian di peringkat serantau,” katanya.

Latest

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...
spot_img

Jangan Terlepas!

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...

AKAR//NEXT 2026 ajak pengunjung terokai pelbagai sisi budaya, kreativiti dalam satu ruang

Oleh: Khadijah Ibrahim PASAR Seni atau Central Market merupakan salah...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama slow rock dan balada jiwang yang menusuk kalbu, nama Hasnol bukanlah nama asing. Suaranya pernah...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua pingat emas dan satu misi besar: memperkukuh usaha pemulihan ketagihan melalui pendekatan yang lebih tersusun,...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan berlangsung 'Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah' di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert anjuran Inteam Records...