Hael bangga muzik Malaysia diterima di peringkat global

Oleh: Khadijah Ibrahim

PENYANYI Hael Husaini Razmi, sekali lagi mencipta sejarah kerana bakal membuat persembahan di temasya anugerah 30th Asian Television Awards (ATA), yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 28-29 November ini.

Ini merupakan kali kedua Hael, 38, dipilih untuk memukau penonton di pentas besar bagi salah satu acara penghargaan televisyen paling berprestij di Asia.

Hael bukan sahaja mewakili bakat Malaysia, malah membawa imej negara ke persada antarabangsa dengan penuh kebanggaan. Tahun lalu, penampilannya meninggalkan impak besar kepada penganjur ATA, sehingga beliau dijemput sekali lagi untuk kembali membuat persembahan pada malam kedua.

Penyanyi lagu “Jampi” itu mengakui beliau rasa bangga dan berbesar hati menerima jemputan khas daripada pihak penganjur ATA dan stesen televisyen Indosiar.

Persembahan Hael Husaini sentiasa mendapat sambutan hangat kerana dia mempunyai aura yang tersendiri.

“Saya rasa amat terharu dan bersyukur kerana diberikan peluang sekali lagi untuk berdiri di pentas Asian Television Awards. Ini bukan sahaja tentang persembahan saya, tetapi tentang membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa.

“Setiap kali saya naik ke pentas, saya ingin menzahirkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia dan menunjukkan bahawa bakat tempatan mampu meninggalkan jejak yang tidak dapat dilupakan,” kongsi Hael.

Hael yang dikenali dengan vokal memukau dan persembahan pentas yang berkarisma menganggap peluang ini adalah pengiktirafan terhadap usaha dan dedikasinya dalam industri muzik, serta tanda bahawa muzik Malaysia kini mendapat tempat yang kukuh di mata dunia.

Tegasnya, setiap persembahan yang ditonjol, bukan sekadar hiburan, ia adalah naratif tentang Malaysia, budaya, dan perjalanan seni beliau yang menginspirasikan generasi baharu.

“Dengan pengalaman tahun lalu sebagai titik rujukan, saya bertekad untuk memberikan persembahan yang lebih dramatik, beremosi dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton antarabangsa.

“Untuk edisi ATA pada tahun ini, saya sudah pun mempersiapkan persembahan medley rangkaian lagu-lagu terbaik saya. Setiap detik di pentas antarabangsa adalah tanggungjawab besar. Saya mahu setiap nota, setiap lirik dan setiap gerak pentas mencerminkan identiti muzik Malaysia.

Setiap kali mengadakan persembahan di luar negara, Hael Husaini sentiasa membawa nama Malaysia.

“Saya ingin persembahan saya bukan sahaja menghibur, tetapi meninggalkan kesan yang kekal dalam ingatan penonton. Ini adalah peluang sekali seumur hidup, dan saya akan berikan yang terbaik untuk negara,” katanya penuh semangat.
Dengan jemputan kali kedua ini, Hael membuktikan bahawa beliau bukan sahaja artis berbakat, tetapi juga duta muzik Malaysia yang mampu membawa karya tempatan ke pentas global.

Persembahan beliau di 30th Asian Television Awards menjadi simbol bahawa muzik Malaysia kini bersaing di pentas dunia, dan Hael terus menjadi inspirasi bagi pemuzik muda tempatan.

Pencapaian luar biasa Hael turut mendapat pengiktirafan dari pihak Rocketfuel Entertainment secara kolektif. Ketua Rocketfuel Entertainment, Sher Leen Wee, turut menzahirkan rasa bangga terhadap penyanyi tersebut.

“Hael Husaini adalah contoh anak Malaysia yang bukan sahaja berbakat, tetapi juga berdedikasi dan profesional. Prestasi beliau di ATA tahun lalu bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam kepada penonton, tetapi juga memperkukuh kedudukan muzik Malaysia di pentas global.

“Jemputan semula ini adalah bukti bahawa bakat beliau terus diiktiraf dan dihargai. Kami di Rocketfuel berbangga dapat menyokong perjalanan beliau ke tahap lebih tinggi,” katanya memberi sokongan kepada Hael yang baru muncul dengan video muzik “Peluk” gandingan besama Nadeera yang boleh distrim di saluran Youtube Rocketfuel Network.

Latest

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...
spot_img

Jangan Terlepas!

Aneka Walk tampilkan pelbagai acara menarik untuk pengunjung

Oleh: Khadijah Ibrahim SEWAKTU penulis belajar di Institut Teknologi MARA,...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...

Precious of Malaysia Citraloka 2026 Sasar 500,000 Pengunjung, Bawa Warisan Lebih Dekat Dengan Rakyat

Oleh: Syed Yusof Wafa/Faizah Yasmin Tan Sri Mustapa KUALA LUMPUR:...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) WALAUPUN memulakan langkah sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia 11 tahun dalam...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang sering mendapat perhatian warga maya adalah TikTok kerana ia merupakan platform video berdurasi pendek yang...