Wow!..Lebih 3,000 Kanak-Kanak Serbu Royale Chulan Seremban!

Oleh: Syed Yusof Wafa

Golongan kanak-kanak sentiasa istimewa pada kita semua. Begitu juga, seramai 3,000 kanak-kanak bersama ibu bapa diraikan dalam acara Children’s Day Festival 2025 atau Festival Hari Kanak-Kanak 2025 anjuran Royale Chulan Seremban.
Acara tahunan kali kedua yang berlangsung di Royale Chulan Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini menjadi agenda yang ditunggu-tunggu oleh ibu bapa khususnya kanak-kanak untuk meluangkan masa terbaik bersama keluarga dalam suasana yang meriah dan santai.

Pengurus Besar, Royale Chulan Seremban, Abd Halim Md Yusof berkata, sambutan yang diterima cukup menggalakkan dengan penyertaan ramai kanak-kanak yang tidak mahu melepaskan peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti antaranya pertandingan mewarna, treasure hunt, pertandingan fesyen tradisional dan menyanyi.

Nicole (tengah) bersama Abd Halim (tujuh dari kanan) meraikan rakan kolaborasi strategik acara Children’s Day Festival 2025.

“Penganjuran pada tahun ini menyasarkan hampir 2,000 pengunjung hadir sebaliknya, sambutan yang diterima kali ini lebih baik berbanding tahun lepas. Apa yang lebih mengujakan adalah jumlah rakan strategik pada tahun ini juga bertambah dan lebih banyak hadiah serta cabutan bertuah disediakan,” katanya.

Tambahnya, idea penganjuran Children’s Day Festival 2025 tercetus daripada komitmen Royale Chulan Seremban untuk terus menjadi sebuah hotel yang bukan sahaja menawarkan pengalaman penginapan bertaraf premium tetapi juga menjadi sebahagian daripada komuniti tempatan.

“Kanak-kanak adalah aset masa depan negara dan kami percaya sambutan seperti ini mampu memupuk nilai kasih sayang, kreativiti dan kebersamaan antara keluarga. Melihat sambutan menggalakkan terhadap program komuniti terdahulu, kami merasakan sudah tiba masanya untuk meraikan generasi muda dengan cara yang lebih meriah dan bermakna.

Gelagat salah seorang peserta cilik pertandingan mewarna.

“Matlamat utama kami ialah mencipta satu platform yang menggabungkan elemen pendidikan, hiburan dan kekeluargaan dalam suasana yang ceria dan selamat. Sebagai sebuah hotel yang berperanan penting dalam sektor pelancongan dan hospitaliti di Negeri Sembilan, kami ingin menunjukkan bahawa peranan kami tidak hanya tertumpu kepada perniagaan semata-mata tetapi juga dalam memperkukuh hubungan dengan masyarakat setempat,” katanya.

Ujarnya, acara ini juga menjadi peluang untuk Royale Chulan Seremban menyumbang kepada pembangunan sosial dan emosi kanak-kanak melalui aktiviti yang menyeronokkan dan berfaedah.

“Tahun ini, kami merancang pelbagai aktiviti menarik dengan konsep Fun, Learn & Inspire. Antara pengisian yang mencuri tumpuan termasuk pertandingan mewarna, menyanyi dan menari, pertunjukan fesyen, bengkel pastri kek serta persembahan maskot kegemaran kanak-kanak.

Kanak-kanak paling teruja sertai aktiviti memasak.

“Festival ini dijayakan dengan sokongan rakan kolaborasi strategik daripada pelbagai pihak termasuk jenama komuniti dan rakan media yang menyumbang hadiah dan sokongan logistik. Antaranya ialah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Tentera Darat Malaysia (Kem 1 Briged), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), SnowLim Wonderland, PMB Invesment, Chinese Maternity Hospital Specialist (CMH), Mawar Medical Centre, Aurelius Hospital, Adabi NS Trading, Anggun Cotton Collection, MCL Sunrise, Hayyan Huda Play Project, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Seremban, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan. Bahagian Kesihatan Pergigian dan Radio Televisyen Malaysia (RTM),” katanya.

Abd Halim turut menambah, kerjasama ini mengukuhkan lagi objektif festival untuk mewujudkan satu acara komuniti yang berimpak besar dan memberi manfaat kepada kanak-kanak.

Mikael berpeluang mencuba permainan yang disediakan

“Kami telah menyediakan pelbagai hadiah menarik termasuk Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) daripada PTPTN, cabutan bertuah dengan baucar penginapan di Royale Chulan Hotels & Resorts, goodie bags eksklusif untuk kanak-kanak, tiket Taman Tema SnowLim serta hadiah istimewa bagi pemenang aktiviti dan pertandingan yang diadakan.

“Selain itu, pengunjung juga berpeluang menikmati tawaran istimewa seperti family weekend package khas sempena acara ini. Kami berharap Children’s Day Festival 2025 dapat menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan bukan sahaja oleh warga Seremban tetapi juga keluarga dari seluruh Negeri Sembilan dan kawasan berdekatan.

“Kami mahu festival ini dikenang sebagai simbol kasih sayang dan penghargaan terhadap generasi muda. Dari sudut lain, kami juga ingin menjadikan acara ini sebagai bukti bahawa Royale Chulan Seremban terus komited dalam mengangkat nilai kekeluargaan dan kebersamaan masyarakat.

Barisan peserta cilik yang menyertai pertandingan baju tradisional.

“Kami di Royale Chulan Seremban percaya bahawa setiap senyuman anak-anak membawa makna besar kepada masa depan negara. Children’s Day Festival 2025 adalah cara kami menghargai mereka dengan penuh kasih, keceriaan dan kenangan indah yang akan terus mekar dalam ingatan,” katanya.

Acara tersebut dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perlancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Nicole Tan Lee Koon. Hadir sama, Nurkhairiah Nawi yang merupakan Pengurus Bahagian Komunikasi Korporat, PTPTN.

Latest

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...
spot_img

Jangan Terlepas!

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Peluang jadi penyanyi rakaman dan menang motor di Community Members – Pahang Auto Show 2K26

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA anda ada impian nak menjadi penyanyi,...

Salam Maulidur Rasul 1448H

Oleh : Syed Yusof Wafa Sambutan Maulidur Rasul 1448H di...

Precious of Malaysia Citraloka 2026 Sasar 500,000 Pengunjung, Bawa Warisan Lebih Dekat Dengan Rakyat

Oleh: Syed Yusof Wafa/Faizah Yasmin Tan Sri Mustapa KUALA LUMPUR:...

Wow… Wani Kayrie bakal ‘disunting’ FM Group Kerana Cak Cak Cekuk

Oleh: Syed Yusof Wafa Kerana sebuah lagu yang memartabatkan irama...
Syed Yusof Wafa
Syed Yusof Wafa
SYED Yusof Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai, URS, Hit, Variapop serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee dan editor portal terkenal Ladybosz.com
spot_imgspot_img

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) WALAUPUN memulakan langkah sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia 11 tahun dalam...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang sering mendapat perhatian warga maya adalah TikTok kerana ia merupakan platform video berdurasi pendek yang...