Konsert Wings 40 Tetap Gah Tanpa Setia Kawan!

Oleh: Syed Yusof Wafa

Sungguh luar biasa, kumpulan legenda rock Wings berjaya menyampaikan sekitar 33 lagu termasuk medley lagu-lagu popular mereka dan berjaya membuatkan peminat terhibur di Konsert Wings 40 Tahun: 4 Dekad Terbang Tinggi baru-baru ini.

Biarpun berdepan kejutan pengunduran dua anggota mereka iaitu Eddie (pemain bass) dan Black (pemain drum), kekosongan itu diisi oleh Pae dan Ilham Ishak (Am) yang berjaya menampilkan persembahan cemerlang bersama dua anggota Wings, Syam gitar dan Edrie yang kedua-duanya bermain gitar.

Konsert Wings 40 Tahun: 4 Dekad Terbang Tinggi berjaya menarik kehadiran 4,500 peminat dari seluruh negara termasuk dari Singapura dan Brunei.

Kata-kata Datuk Awie sebelum menutup tirai Konsert Wings 40 Tahun: 4 Dekad Terbang Tinggi, menggamatkan suasana venue Idea Live Arena, 3 Damansara, malam tersebut.

Awie yang tampak bertenaga dalam persembahan yang berlangsung selama tiga jam itu, seakan meluahkan perasaan yang selama ini dipendamnya.

“Di penghujung penceritaan kita pada hari ini, dengarkan. ​Wahai saudaraku berlima. Syam, Edrie, Pae, Am dan diriku sendiri, Awie. Dan semua yang ada di sini.

Biarpun berdepan kejutan pengunduran dua anggota mereka iaitu Eddie (pemain bass) dan Black (pemain drum), kekosongan itu diisi oleh Pae dan Ilham Ishak (Am) yang berjaya menampilkan persembahan cemerlang bersama dua anggota Wings, Syam gitar dan Edrie yang kedua-duanya bermain gitar.

“Dengarkan ini. ​Dengari lima lagu seterusnya kami tujukan kepada mereka yang telah pergi. Pergi mengkhianati peperangan dan perjuangan ini.

“Hukum Karma! Setiap perbuatan pasti ada kifarahnya. Kau bukan brother. Tinggalkan kami semasa peperangan bermula.

“Lagak tidak elok, lipas kudung. Pergi seperti lipas kudung tanpa berita. Meninggalkan harapan. ​Kini harapan telah berubah,” katanya yang disambut tepukan bergemuruh daripada peminat.

Konsert Wings 40 Tahun: 4 Dekad Terbang Tinggi berjaya menarik kehadiran 4,500 peminat dari seluruh negara termasuk dari Singapura dan Brunei.

Menambah lagi, Awie berkata, Wings akan terus terbang tinggi dalam karier mereka selepas ini walaupun berdepan cabaran getir.

“Bukan lagi Gunung Ledang yang kami kejar tetapi Everest yang akan kami jajahi! ​Biarkan berlalu. Untuk kau, kamu dan lu.

“Pergilah… Pergilah… biarkan ianya berlalu. ​Wahai telinga-telinga yang mendengar. Marilah kita menyanyikan bersama. Rangkaian lagu riang… jiwa luka,” katanya.

Kata-kata Datuk Awie sebelum menutup tirai Konsert Wings 40 Tahun: 4 Dekad Terbang Tinggi, menggamatkan suasana venue Idea Live Arena, 3 Damansara, malam tersebut.

Awie seterusnya menyampaikan lagu Hukum Karma, Kau Bukan Brader, Lipas Kudung, Harapan dan Mabuk Tujuh Lautan sekali gus menutup persembahan mereka.

Terdahulu, Awie meluahkan hasrat untuk menyampaikan 40 buah lagu sempena ulang tahun ke-40 tahun mereka. Namun ia tidak kesampaian disebabkan kesuntukan masa.

Latest

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...
spot_img

Jangan Terlepas!

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe...
Syed Yusof Wafa
Syed Yusof Wafa
SYED Yusof Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai, URS, Hit, Variapop serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee dan editor portal terkenal Ladybosz.com
spot_imgspot_img

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama slow rock dan balada jiwang yang menusuk kalbu, nama Hasnol bukanlah nama asing. Suaranya pernah...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua pingat emas dan satu misi besar: memperkukuh usaha pemulihan ketagihan melalui pendekatan yang lebih tersusun,...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan berlangsung 'Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah' di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert anjuran Inteam Records...