Ernie Zakri hargai peminat dengan ikhlas

Oleh: Khadijah Ibrahim

MESKIPUN jumlah penonton terhad, kira-kira 600 penonton saja yang boleh memenuhi ruang Stage 1, PJPAC, namun rata-rata yang hadir amat berpuas hati dengan persembahan Ernie Zakri.

Persembahan ‘A Letter From Ernie Zakri’ anjuran SAH Entertainment dengan kerjasama Universal Music Malaysia yang berlangsung pada 29 November, baru-baru ini berlangsung penuh meriah, hangat dan intim.

Showcase selama dua jam itu bukan sekadar persembahan biasa, sebaliknya menjadi ruang pertemuan jiwa antara Ernie dan para peminatnya yang hadir untuk mendengar suara hatinya, baik melalui muzik mahupun kata-kata yang ditujukan khusus buat mereka.

Jumlah penonton terbatas kerana Ernie mahu lebih dekat dengan mereka yang hadir menyaksikan persembahannya.

Ernie yang kelihatan cukup terharu sepanjang persembahan menitipkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua peminat yang terus menjadi nadi perjalanan seninya.

“Malam ini terlalu indah… seolah-olah saya sedang membuka halaman baharu
dalam hidup saya bersama anda semua.

“Setiap wajah, setiap senyuman dan setiap tepukan yang saya dengar semuanya adalah kekuatan saya.

Ernie terharu kerana sokongan daripada peminat sejak dulu hingga sekarang.

“Terima kasih kerana sentiasa menerima saya dengan hati yang begitu besar,” katanya tulus.

Antara kenangan terindah yang dibawa pulang peminat pada malam tersebut termasuk detik ketika seluruh dewan bergema dengan nyanyian bersama, menjadikan ia momen yang tidak akan dilupakan.

Pengarah Urusan SAH Entertainment, Sufi Rashid, turut meluahkan rasa bangga melihat sambutan luar biasa daripada peminat yang memenuhi dewan.

“Showcase ini adalah ruang yang kami cipta untuk Ernie kembali kepada intipati dirinya iaitu seorang penyanyi yang berkarya dari hati.

Ketulusan Ernie menghibur penonton memberi impak positif kepada yang hadir.

“Malam ini membuktikan bahawa hubungan Ernie dengan peminatnya bukan sekadar di atas pentas, tetapi hubungan yang lahir daripada kejujuran dan cinta seni.

“Kami amat berbesar hati melihat bagaimana setiap momen diterima dengan begitu hangat oleh peminat,” ujarnya.

Sufi turut menambah bahawa kejayaan penganjuran ini menguatkan lagi komitmen SAH Entertainment untuk terus melahirkan acara yang bukan sahaja berkualiti, tetapi memberi pengalaman bermakna kepada peminat dan artis.

Latest

Pementasan Randai Macbeth, sebuah kreasi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA Festival Buka Panggung ASWARA yang bermula...

Awie lebih fokus persembahan daripada gelaran

Oleh: Khadijah Ibrahim PENGARAH Eksekutif Bombbay Legend Worldwide, Zamberi Shaari...

Awie kongsi perjalanan seni menerusi konsert Rock King – Last Man Standing 2026

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Datuk Awie bakal menjayakan konsert berskala...

Malaysia Marathon sempena Hari Merdeka bakal cipta sejarah

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 30 Ogos ini, Malaysia bakal mencipta...
spot_img

Jangan Terlepas!

Malaysia Marathon sempena Hari Merdeka bakal cipta sejarah

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 30 Ogos ini, Malaysia bakal mencipta...

Wali Band menghibur sambil berdakwah

Oleh: Khadijah Ibrahim ALA! 15 buah lagu saja? Itulah reaksi...

DPDDM DAN DPPKL JALIN RANGKAIAN STRATEGIK, PERKUKUH EKOSISTEM PENDIDIKAN DAN KEUSAHAWANAN NEGARA

Oleh : Nafsiah Jani Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM)...

Awie kongsi perjalanan seni menerusi konsert Rock King – Last Man Standing 2026

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Datuk Awie bakal menjayakan konsert berskala...

Pementasan Randai Macbeth, sebuah kreasi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA Festival Buka Panggung ASWARA yang bermula...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Pementasan Randai Macbeth, sebuah kreasi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA Festival Buka Panggung ASWARA yang bermula sejak 4 -22 Mei 2026, peminat teater berpeluang menonton pementasan Randai Macbeth di Panggung Eksperimen...

Awie lebih fokus persembahan daripada gelaran

Oleh: Khadijah Ibrahim PENGARAH Eksekutif Bombbay Legend Worldwide, Zamberi Shaari atau Bombay akui, beliau telah beberapa kali bekerjasama dengan penyanyi Datuk Awie dalam penganjuran konsert...

Awie kongsi perjalanan seni menerusi konsert Rock King – Last Man Standing 2026

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Datuk Awie bakal menjayakan konsert berskala besar pada 12 September 2026 ini, di Stadium Merdeka. Konsert anjuran Bombbay Legend Worldwide bersama Ultimate...