Alumni ASWARA pentaskan teater mega muzikal Paduka Cik Siti

Oleh : Nafsiah Jani

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan kerjasama Persatuan Alumni ASWARA kini kembali menggegarkan persada seni negara dengan sebuah naskhah muzikal baharu, Teater Muzikal Paduka Cik Siti, yang akan berlangsung dari 19 hingga 21 Disember 2025 di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya.

Pementasan teater yang menjanjikan persembahan berskala besar dan berimpak tinggi ini akan mengangkat kisah epik dan menampilkan kehebatan luar biasa seorang Raja wanita Melayu, Cik Siti Wan Kembang, yang bangkit mempertahankan maruah, keberanian dan cintanya demi negeri.

Asmidar yang membawakan watak Cik Siti Wan Kembang

Penyanyi Asmidar Ahmad ditampilkan sebagai Cik Siti Wan Kembang manakala Dr Norzizi Zulkifli sebagai Seri Banun iaitu bonda Cik Siti Wan Kembang. Teater ini turut dijayakan Taqim Zaki sebagai Panglima Merah, Syukor Ibrahim Bachik seorang pelakon muzikal yang memiliki kualiti suara yang hebat dan Shahrul Mizad sebagai Raja Siam.

Rektor ASWARA, Prof. Dr. Tan Awang Besar, menyatakan sudah tiba masanya untuk mengangkat sesebuah seni kreatif ini dalam bentuk pementasan.

Beliau menekankan bahawa walaupun kisah Cik Siti Wan Kembang adalah legenda, tugas penting institusi tersebut adalah untuk mengangkat kisah zaman silam kepada zaman hari ini.

Antara adegan aksi-aksi Paduka Cik Siti ketika majlis pra tontonnya baru- baru ini.

“Memang kita tidak ikuti cerita Siti Wan Kembang sepenuhnya. Kita terjemahkannya dalam bentuk persembahan. Sekurang-kurangnya dari segi kehebatan Cik Siti Wan Kembang itu dan peranannya dalam konteks hubungan antara Siam, Kuching dan Kelantan boleh kita angkat melalui persembahan begini,” katanya pada majlis pelancaran Teater Muzikal Paduka Cik Siti.

Prof. Dr. Tan Awang Besar menambah, episod-episod yang dipersembahkan nanti akan memperlihatkan kehebatan Cik Siti Wan Kembang, terutamanya bagaimana beliau menangani “watak jahat” seperti Raja Siam, serta mengangkat kepahlawanan seorang Raja Wanita.

“Saya berharap pementasan ini dapat memperkenalkan watak ikonik seperti Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong kepada generasi muda. Naskhah megah ini menyingkap ketokohan Cik Siti Wan Kembang, satu-satunya waris takhta Tanah Serendah Sekebun Bunga, yang terpaksa memikul amanah diraja.”

Pelakon teater muzikal Paduka Cik Siti bergambar kenangan bersama Rektor ASWARA, Prof. Dr. Tan Awang Besar (duduk baju batik.merah) selepas majlis pelancarannya baru- baru ini.

Teater ini lebih memfokus kepada perjuangan Paduka Cik Siti yang menolak pinangan raja-raja, demi tugas, berdepan cabaran mempersoalkan kewibawaannya oleh pembesar sendiri, diancam oleh Siam, selain menundukkan kehendak hati dan perasaan akibat cinta yang didiamkan.

Sementara itu, Che Kem selaku pengarah teater menyatakan bahawa produksi ini tidak boleh berpaksikan cerita tradisional semata-mata, sebaliknya harus dimasukkan elemen kontemporari.

Rektor ASWARA, Prof. Dr. Tan Awang Besar ketika merasmikan teater muzikal Paduka Cik Siti.

“Selaras dengan tuntutan khalayak hari ini dengan nafas tradisional itu tetap dikekalkan. Kita sering memperkatakan bahawa Cik Siti Wan Kembang ini adalah seorang srikandi, tetapi tidak ada satu cerita, satu skrip atau satu naskah pun yang membincangkan tentang Cik Siti Wan Kembang sebagai seorang srikandi.

“Namun kami akan cuba menampilkan hal-hal kesaktian dan kebijaksanaan Cik Siti Wan Kembang sebagai pemimpin wanita di Kelantan akan diterokai dan diangkat dalam bentuk yang spektakular,” katanya.

Che Kem juga menjanjikan ada beberapa elemen spektakular yang cuba diangkat di pentas, walaupun berdepan cabaran untuk mengubah suai Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin di Putrajaya menjadi pentas teater berskala besar.

Rektor ASWARA, Prof. Dr. Tan Awang Besar ( empat dari kiri) bersama.penaja- penaja teater muzikal Paduka Cik Siti.

Teater muzikal “Paduka Cik Siti” akan dibuka dengan Malam Gala pada 19 Disember, jam 8.30 malam. Ia diikuti pementasan seterusnya pada 20 Disember (jam 3 petang dan 8.30 malam) serta 21 Disember (jam 3 petang).

Kategori tiket pula ialah Paduka Cik Siti: RM150 (untuk 71 kerusi), Seri Banun: RM120 (114 kerusi), Prasat Thong: RM80 (198 kerusi), Puteri Saadong: RM40 (concession-122 kerusi). Pembelian tiket boleh dibuat melalui cloudjoi.com.

Latest

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini...
spot_img

Jangan Terlepas!

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah...

Mariani, seniwati paling sejati

Oleh SYED WAFA Foto Koleksi SYED WAFA/Ehsan Nazran HM Rohaizad...

Awie ‘langgar’ nasihat doktor demi tugas

Oleh: Khadijah Ibrahim Foto: Alang Nordin PENYANYI rock Awie bersyukur...

Program REAKASIH 2026, bukti REA EMPIRE ambil berat perihal anak yatim

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 5 Julai baru-baru ini, penulis berpeluang...
Nafsiah Jani
Nafsiah Jani
Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita, Saji terbitan Utusan Karya serta pernah menjadi wartawan tetap di Ladybosz.com
spot_imgspot_img

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah menonton filem "Qaisy & Laila", arahan Prof. Madya Raja Ahmad Alauddin yang diterbitkan pada 2005. Kini...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang dirinya, kini pelakon Fazura kembali meneruskan kerjaya seni suaranya dengan single baharu. Kali ini Fazura atau...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini pelakon Raja Afiq Raja Razali, 32, kembali aktif mengatur perjalanan seninya selepas melalui fasa yang...