Kerana Cinta Sejati!

Penyelaras : Syed Yusof Wafa
Sumber/Foto: FB Astro Awani

Hari ini 89 tahun yang lalu, Raja Britain, Edward VIII mengumumkan pelepasan takhtanya untuk mengahwini seorang wanita Amerika.

Edward, lahir pada 1894 sebagai anak sulung Raja George V yang menaiki takhta Empayar British pada 1910. Sepanjang ayahandanya menjadi pemerintah, Edward menikmati kehidupan sosialnya & tidak berkahwin sehingga menuju usia 40 tahun.

Pada 1934, beliau jatuh cinta pada sosialit A.S., Wallis Warfield Simpson, isteri kepada Ernest Simpson, seorang ahli perniagaan Inggeris-Amerika. Sebelum itu pun, Wallis pernah berkahwin & bercerai dengan seorang juruterbang Tentera Udara A.S..

Keluarga Edward tidak menerima kekasihnya itu yang merupakan isteri orang, namun Edward berkeras mahu mengahwininya. Belum sempat hasrat itu disampaikan kepada ayahandanya, Raja George V mangkat pada Januari 1936 & Edward diisytihar sebagai Raja.

Istiadat pertabalannya dijadual berlangsung pada Mei 1937, tetapi pada 27 Oktober 1936, Wallis mendapat dekri awal penceraian untuk membolehkannya mengahwini sang raja. Ia mencetuskan skandal besar yang dicanang media A.S. & Eropah, kecuali media British.

Atas tekanan keluarga & kerajaan, akhirnya Edward menghantar instrumen turun takhta pada 10 Disember. Ia diluluskan Parlimen pada keesokan harinya lantas diumumkan secara rasmi oleh Edward menerusi radio BBC secara langsung dari Istana Windsor.

Berakhir era singkat Raja Edward VIII tidak sampai setahun & digantikan adiknya, Albert (bapa Ratu Elizabeth II) yang memakai gelaran Raja George VI. Dinamakan Duke of Windsor, Edward & Wallis berkahwin pada 3 Jun 1937 di Loire, Perancis.

Edward pulang ke England hanya beberapa kali selepas itu, sebelum meninggal dunia pada 28 Mei 1972 di Paris di usia 78 tahun. Jasadnya dibawa pulang & disemadikan di Frogmore, Istana Windsor. Wallis meninggal dunia pada 1986 & dikebumikan di sisinya.

Sumber: History, Biography, Britannica

Latest

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...
spot_img

Jangan Terlepas!

Zaharah Agus seniwati serba boleh !

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

SCAM MAKIN GANAS: Fahmi Arah Telco Beri Penjelasan Isu Ratusan Nombor Telefon Atas Satu Nama

Oleh: Syed Yusof Wafa Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil...

Salam Maulidur Rasul 1448H

Oleh : Syed Yusof Wafa Sambutan Maulidur Rasul 1448H di...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...
Syed Yusof Wafa
Syed Yusof Wafa
SYED Yusof Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai, URS, Hit, Variapop serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee dan editor portal terkenal Ladybosz.com
spot_imgspot_img

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) WALAUPUN memulakan langkah sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia 11 tahun dalam...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang sering mendapat perhatian warga maya adalah TikTok kerana ia merupakan platform video berdurasi pendek yang...