Rahsia Kemenangan Ernie Zakri Di ABPBH 37

Oleh: Syed Yusof Wafa

Sungguh luar biasa, malam penuh bersejarah tercipta buat Ernie Zakri di Anugerah
Bintang Popular Berita Harian ke-37 (ABPBH 37) apabila beliau bukan sahaja diumumkan
sebagai ‘Penyanyi Wanita Popular’, tetapi turut dinobatkan sebagai ‘Bintang Paling Popular’,
anugerah tertinggi yang menjadi dambaan ramai artis tanah air.

Kemenangan berganda ini hadir sebagai satu kejutan besar buat Ernie, yang mengakui beliau langsung tidak menjangka namanya akan diumumkan untuk mana-mana kategori tahun ini.

Mengulas saat kemenangannya, Ernie meluahkan rasa syukur yang mendalam dan mengakui bahawa segala kejayaan ini adalah hasil sokongan tidak berbelah bahagi peminat dari Malaysia dan Indonesia.

“Alhamdulillah, perasaan sangat-sangat happy, sangat-sangat bersyukur sebenarnya. Saya
bersyukur dengan kehadiran peminat-peminat yang mengundi dan yang sentiasa mendoakan kejayaan saya. Sebenarnya anugerah ini memang untuk peminat, yang sangat-sangat insist untuk saya at least merasa Anugerah ‘Top 10 Penyanyi Wanita Popular ini.”

Dengan jumlah undian sungguh luar biasa sebanyak 124 juta, Ernie Zakri telah meraih gelaran tertinggi iaitu ‘Bintang Paling Popular’. Kejayaan ini adalah bukti sokongan padu dan kasih sayang yang diberikan oleh para peminatnya. Ernie turut menambah, “Saya rasa sangat-sangat happy kerana setelah beberapa tahun kita bersama-sama berusaha, Alhamdulillah, peminat saya dapat anugerah Penyanyi Wanita Popular serta anugerah Bintang Paling Popular. Saya takkan dapat pengiktirafan ini kalau peminat-peminat saya tidak mengundi. Jadi saya nak buat special shout out to Ernienators kerana sudi memberikan saya merasa anugerah ini”.

Dengan jumlah undian sungguh luar biasa sebanyak 124 juta, Ernie Zakri telah meraih gelaran tertinggi
iaitu ‘Bintang Paling Popular’. Kejayaan ini adalah bukti sokongan padu dan kasih sayang yang
diberikan oleh para peminatnya.

“Alhamdulillah, this is one of my achievements yang saya akan kenang sampai bila-bila.
Alhamdulillah.”

Tahun 2025 turut menyaksikan deretan kejayaan besar buat Ernie Zakri. Selain momentum
kukuh daripada Perjalanan, single hit beliau Masing Masing berjaya meraih 3x Platinum di
Malaysia dan Indonesia, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai salah satu vokalis paling berpengaruh di Malaysia. Dengan vokal yang mantap, dedikasi tinggi dan personaliti yang dekat di hati peminat, kemenangan di ABPBH 37 ini menambah lagi kekuatan jenama seni Ernie dalam industri muzik tempatan.

Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim, turut berkata “Kami di Universal Music
Malaysia amat berbangga dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ernie Zakri atas kejayaan gemilang meraih anugerah Bintang Paling Popular dan Penyanyi Wanita Popular di ABPBH37. Kemenangan berganda ini adalah pengiktirafan sewajarnya atas dedikasi, bakat vokal luar biasa, serta hubungan erat beliau dengan peminat yang sentiasa menyokong. Ini adalah satu pencapaian yang memberi inspirasi, bukan sahaja untuk Ernie, tetapi juga kepada seluruh industri muzik tempatan”.

“Mengambil momentum dari kejayaan ini, Universal Music Malaysia komited untuk terus memacu kerjaya Ernie. Rancangan utama kami adalah untuk terus mengeksport karya-karya beliau ke peringkat serantau, terutamanya di Asia Tenggara. Kami melihat potensi besar untuk muzik Ernie menembusi pasaran baharu, mengikut jejak kejayaan seperti lagu ‘Masing Masing’ yang telah mendapat tempat di hati peminat Nusantara. Kami percaya bakat beliau memiliki potensi global yang besar, dan kami tidak sabar untuk melihat Ernie terus mengukir nama sebagai duta muzik Malaysia yang disegani”, ujar Kim Lim.

Sebagai kesinambungan kejayaannya di ABPBH 37, Ernie Zakri juga sedang bersiap sedia untuk acara terakhir sebelum melangkah ke tahun baru dengan ‘Nostalgia NYE Concert’ yang bakal berlangsung di Le Meridien Petaling Jaya pada 31 Disember ini.

Ernie juga turut mencetuskan keterujaan apabila memberi bayangan bahawa beliau bakal hadir dengan sebuah single Hari Raya baharu pada tahun hadapan, sekali gus menambah lagi keterujaan peminat terhadap projek-projek beliau akan datang.

Latest

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...
spot_img

Jangan Terlepas!

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...

AKAR//NEXT 2026 ajak pengunjung terokai pelbagai sisi budaya, kreativiti dalam satu ruang

Oleh: Khadijah Ibrahim PASAR Seni atau Central Market merupakan salah...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe...
Syed Yusof Wafa
Syed Yusof Wafa
SYED Yusof Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai, URS, Hit, Variapop serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee dan editor portal terkenal Ladybosz.com
spot_imgspot_img

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama slow rock dan balada jiwang yang menusuk kalbu, nama Hasnol bukanlah nama asing. Suaranya pernah...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua pingat emas dan satu misi besar: memperkukuh usaha pemulihan ketagihan melalui pendekatan yang lebih tersusun,...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan berlangsung 'Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah' di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert anjuran Inteam Records...