Dolla Intim Bersama Peminat?

Oleh: Syed Yusof Wafa

DOLLA telah kembali bertemu para peminat dalam sebuah perhimpunan yang intim dan amat dinanti-nantikan, iaitu DOLLA Exclusive Fan Meet yang berlangsung pada 6 Disember yang lalu di LG1 Pyramid Concourse, Sunway Pyramid. Acara istimewa berfokuskan peminat ini diadakan bagi meraikan kesetiaan dan sokongan tidak berbelah bahagi para iDOLLA yang terus berdiri teguh bersama kumpulan wanita terkemuka Malaysia itu dalam setiap pencapaian dan cabaran.

Para peminat menikmati sebuah petang yang penuh warna, dipenuhi interaksi, perkongsian
cerita, dan pengalaman bersama apabila DOLLA membuka ruang untuk sesi beramah mesra secara lebih dekat. Para peminat turut membawa aksesori mini untuk “DOLL-ify” ahli-ahli DOLLA, sekali gus menyerikan lagi suasana acara dengan sentuhan peribadi yang menyeronokkan.

Acara ini turut menampilkan jualan barangan eksklusif di lokasi, termasuk Baby Tee, Crew Tee, Photocard Holder, Trading Card Pack, serta Light Stick V2 yang membuat penampilan rasmi pertamanya pada hari tersebut.

Berkongsi tentang acara itu, Tabby menzahirkan penghargaan mendalam buat para peminat.

Dalam kenyataannya sebelum ini, beliau berkata, “Tiada siapa yang sentiasa bersama kami
seperti iDOLLAs. Semakin sukar masa yang kami lalui, semakin kuat sokongan mereka. Kami mahu luangkan lebih masa dengan mereka dan kami tahu mereka pun mahu bersantai bersama kami! Jadi inilah masa terbaik untuk adakan acara khas demi menebus semula masa-masa sukar.

Ia juga untuk mengemas kini dan memaklumkan perancangan kami untuk 2026. Ini adalah tanda bahawa DOLLA tidak akan berhenti menghasilkan muzik dan kandungan yang boleh iDOLLAs nantikan.”

Selepas acara berlangsung, Tabby turut berkongsi, “DOLLA tak boleh lebih bersyukur kerana kami akhirnya dapat peluang untuk mengadakan meet & greet ini, dan kami sangat, sangat teruja.

Kami rindu nak tengok wajah-wajah peminat dan kami sangat gembira dapat berjumpa,
berinteraksi dan buat sedikit persembahan untuk mereka sebab itu perasaan paling best di dunia.

Memang kami mahukan konsert, tapi tengok peminat sanggup terbang dari merata tempat dan masih dapat peluang jumpa kami pun dah cukup awesome.”

Beliau menambah lagi, “Acara ini beri kami banyak motivasi dan kekuatan untuk melepasi waktu-waktu sukar. Kami sangat tidak sabar untuk memasuki tahun depan bersama iDOLLA. Tahun depan memang padat, festival antarabangsa, kami tengah siapkan album, dan pastinya showcase untuk semua peminat yang belum sempat kami persembahkan. Pasukan kami dah sediakan show yang sangat baik untuk 6 Disember dan kami takkan sia-siakan itu. Kami sangat teruja. Harapnya tahun depan kami dapat mengetuai satu kempen hebat bersama kerajaan dan membawa kesedaran kepada masyarakat.”

Turut berkongsi keterujaannya, Angel berkata, “Ia memang sangat bermakna. Kami jarang
mendapat peluang untuk bertemu peminat, dan tahun ini kami sangat-sangat nak adakan meet & greet yang proper. Dapat bercakap dan berinteraksi dengan mereka dalam suasana intim bukan saja menyeronokkan mereka, tapi juga memberi kami semangat sebagai sebuah kumpulan untuk terus melangkah lebih jauh.”

Sementara itu, Sabronzo menekankan ikatan kuat antara kumpulan dan para penyokong,
“Akhirnya, motivasi terbesar kami adalah iDOLLAs. Kehadiran mereka yang konsisten dan
sokongan yang tak pernah goyah melalui jatuh bangun kami benar-benar membuktikan kasih sayang mereka terhadap kami dan muzik kami. Kali ini, kami nak tunjukkan semula kasih sayang itu dengan bertemu, berhubung dan berkongsi momen yang bermakna dengan semua. Kami tak sabar nak ketawa bersama, luangkan masa berkualiti dan cipta satu lagi memori indah dengan day ones kami. Bahagian paling best semasa meet & greet adalah bila dapat dengar cerita bagaimana mereka menjadi iDOLLA atau pun lawak spontan yang mereka buat bila jumpa kami.”

DOLLA Exclusive Fan Meet telah memberikan sebuah petang yang tidak dapat dilupakan,
meraikan komuniti, muzik, dan semangat kental para iDOLLAs. Ketika DOLLA bersiap memasuki bab baharu menjelang 2026, acara ini menjadi detik bermakna untuk kembali berhubung, merenung perjalanan, dan mencipta memori baharu bersama-sama.

Latest

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...
spot_img

Jangan Terlepas!

Peluang jadi penyanyi rakaman dan menang motor di Community Members – Pahang Auto Show 2K26

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA anda ada impian nak menjadi penyanyi,...

Zaharah Agus seniwati serba boleh !

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...

Aneka Walk tampilkan pelbagai acara menarik untuk pengunjung

Oleh: Khadijah Ibrahim SEWAKTU penulis belajar di Institut Teknologi MARA,...
Syed Yusof Wafa
Syed Yusof Wafa
SYED Yusof Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai, URS, Hit, Variapop serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee dan editor portal terkenal Ladybosz.com
spot_imgspot_img

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) WALAUPUN memulakan langkah sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia 11 tahun dalam...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang sering mendapat perhatian warga maya adalah TikTok kerana ia merupakan platform video berdurasi pendek yang...