Haqiem Rusli Terus Cemerlang!

Oleh: Syed Yusof Wafa

Haqiem Rusli, menambah satu lagi kejayaan dalam kerjaya seninya apabila single hitnya, Mimpi, menerima Sijil Pengiktirafan Anugerah Emas daripada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).

Lagu yang dilancarkan pada 15 Disember 2020 itu mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya menjana pendapatan melebihi RM100,000 hasil penstriman digital.

Pensijilan itu berdasarkan audit angka sah meliputi muat turun serta strim audio dan video yang direkodkan.

Majlis penyampaian sijil berlangsung di ibu pejabat RIM di Solaris Mont’ Kiara, di sini, sekali gus menandakan pencapaian besar buat Haqiem dalam memastikan karyanya terus relevan dan diterima peminat.

Bagi Haqiem, pengiktirafan itu membawa makna istimewa.

Sementara itu, Pengerusi RIM, Rosmin Hashim, berkata kejayaan Mimpi membuktikan bahawa rakaman muzik tempatan masih mendapat tempat kukuh di hati pendengar, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga peringkat serantau.

“Mimpi adalah lagu yang sangat dekat dengan saya. Saya bersyukur atas sokongan FMC Music, pasukan saya dan semua yang mendengar lagu ini,” katanya dalam kenyataan.

Mimpi adalah hasil ciptaan bersama Haqiem Rusli dan penerbit drama terkenal, Datuk A. Aida, serta diterbitkan oleh FMC Music.

Video muzik rasmi lagu itu dimuat naik ke YouTube pada 7 Januari 2021 dan terus mendominasi carta trending, meraih hampir satu juta tontonan dalam tempoh beberapa hari selepas pelancaran.

Sementara itu, Pengerusi RIM, Rosmin Hashim, berkata kejayaan Mimpi membuktikan bahawa rakaman muzik tempatan masih mendapat tempat kukuh di hati pendengar, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga peringkat serantau.

“RIM sentiasa berbesar hati mengiktiraf artis dan label muzik tempatan yang mencapai kejayaan komersial membanggakan. Pensijilan Mimpi menunjukkan sokongan padu terhadap karya tempatan, termasuk dari luar negara. Tahniah kepada Haqiem Rusli dan FMC Music atas kreativiti dan dedikasi mereka,” katanya.

Sijil Pengiktirafan Anugerah Jualan RIM sebelum ini turut diberikan kepada beberapa nama besar termasuk Fazura bagi album pertamanya pada 2017 (Platinum/Emas), MOJO menerusi Andaiku Bercinta Lagi pada 2013 (5X Platinum) serta Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk pelbagai album yang menerima pensijilan Platinum sejak awal 2000-an.

Latest

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini...
spot_img

Jangan Terlepas!

Busana Kitar Semula ‘Eco Futuristik Lestari’ Juara Persona Lestari FELDA

Oleh : Nafsiah Jani JENGKA, 8 Julai – Kreativiti mengubah...

M.Nasir berjaya pikat jiwa penonton

Oleh: Khadijah Ibrahim BERMULA 2024 hingga kini, setiap tahun maestro...

Program REAKASIH 2026, bukti REA EMPIRE ambil berat perihal anak yatim

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 5 Julai baru-baru ini, penulis berpeluang...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang...
Syed Yusof Wafa
Syed Yusof Wafa
SYED Yusof Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai, URS, Hit, Variapop serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee dan editor portal terkenal Ladybosz.com
spot_imgspot_img

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah menonton filem "Qaisy & Laila", arahan Prof. Madya Raja Ahmad Alauddin yang diterbitkan pada 2005. Kini...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang dirinya, kini pelakon Fazura kembali meneruskan kerjaya seni suaranya dengan single baharu. Kali ini Fazura atau...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini pelakon Raja Afiq Raja Razali, 32, kembali aktif mengatur perjalanan seninya selepas melalui fasa yang...