Shaffiq Erwin Muncul Bersama “Janjir”

Oleh : Syed Yusof Wafa

Shaffiq Erwin yang bukan sahaja dikenali sebagai seorang guru vokal, turut menempatkan nama sebagai penyanyi sejak tahun 2012. Terbaharu, Shaffiq atau lebih mesra disapa sebagai Apit kembali dengan single terbaharunya berjudul “Janjir”.

Selepas beberapa ketika menyepi daripada dunia nyanyian, Shaffiq kembali mencabar diri
melalui program reality terbitan TV3, Famili Duo Season 1 pada than 2020, bersama penyanyi terkenal Ara Johari.

Penyertaan mereka secara “one – off” itu membuahkan hasil apabila mereka dinobatkan sebagai juara Famili Duo episod – Saudara. Semangat kemenangan tidak terhenti disitu. Dalam Famili Duo Season 2 yang bersiaran pada tahun 2023, gandingan Shaffiq dan Ara Johari sekali lagi menyerlah apabila berjaya mara hingga ke peringkat separuh akhir.

Terbaharu, pada tahun 2025. Shaffiq tampil dengan nafas baharu menerusi “Janjir”, sebuah
karya yang memperlihatkan keberanian beliau mencuba genre Rockdut (gabungan Rock dan Dangdut). Lirik lagu ini juga memberi sentuhan yang dekat dengan hati pendengar.

“Janjir” bukan sekadar buah tangan biasa. Lagu ini merupakan hasil ciptaan dan terbitan
bersama Rudy Nastia, Aizad Khan serta Shaffiq Erwin sendiri di bawah naungan Sevoce Studio dan edaran Universal Music.

Lagu ini mengisahkan tentang pasangan yang pernah berjanji untuk setia, namun janji itu
dimungkiri apabila salah seorang memilih untuk pergi dan hanya untuk kembalisemula ketika kesusahan melanda.

Muzik video “Janjir” tampil meriah dengan tema warna merah jambu dan putih,
menambahkan lagi daya tarikan visual kepada karya ini. Kolaborasi bersama Kunafa Aiwah,
Anas Lips Serum dan Heetam Puteh turut menceriakan keseluruhan produksi muzik video
yang disunting oleh Shiha Zikir Empire.

“Janjir” boleh didengari di Youtube dan di semua digital platform mulai 12 November 2025.
Shaffiq berharap agar rakan-rakan media dan para pendengar dapat memberikan sokongan
kepada karya terbaharunya ini.

Latest

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...
spot_img

Jangan Terlepas!

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...
Syed Yusof Wafa
Syed Yusof Wafa
SYED Yusof Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai, URS, Hit, Variapop serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee dan editor portal terkenal Ladybosz.com
spot_imgspot_img

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama slow rock dan balada jiwang yang menusuk kalbu, nama Hasnol bukanlah nama asing. Suaranya pernah...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua pingat emas dan satu misi besar: memperkukuh usaha pemulihan ketagihan melalui pendekatan yang lebih tersusun,...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan berlangsung 'Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah' di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert anjuran Inteam Records...