“Satukan Kami Di Syurga” pinta Inteam

Oleh: Khadijah Ibrahim

Sewaktu mengumumkan yang Inteam akan mengadakan konsert sempena 25 tahun pembabitan mereka dalam industri muzik, kumpulan nasyid itu juga menyatakan yang mereka bakal mengeluarkan single baharu.

Kini apa yang dijanjikan oleh Inteam untuk peminat irama nasyid, maka lahirlah single “Satukan Kami Di Syurga”, sebuah karya istimewa hasil ciptaan komposer prolifik, Farouk Roman, dan lirik menyentuh jiwa oleh personaliti TV dan penulis terkenal, Fedtri Yahya.

Farouk Roman yang dikenali melalui karya-karya hit bersama Khai Bahar, Hazama dan Dato’ Seri Siti Nurhaliza, membawa sentuhan baharu dalam nasyid kontemporari melalui kolaborasi ini.

Inteam yang dianggotai Hazamin Harun, Syahril Khalid, Abdul Rahim dan Hisyam Ahmad  meluahkan rasa teruja dapat bekerjasama dengan Farouk, menyifatkan lagu ini sebagai satu kelainan dalam perjalanan seni mereka.

Hazamin berharap lagu tersebut mampu menjadi fenomena, dan dekat di hati pendengar, seperti mana lagu-lagu dendangan mereka sebelum ini.

Inteam harap lagu ciptaan Farouk Roman dan lirik oleh Fedtri Yahya mendapat sambutan hangat.

Sementara Syah pula berkata, lagu tersebut  sangat universal, mudah diterima dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Rahim juga optimis yang lagu “Satukan Kami Di Syurga”, ada potensi besar untuk jadi popular, kerana ia memberi nafas baharu buat Inteam.

Manakala Hisyam juga berpendapat, ia bukan sekadar lagu, sebaliknya  ia perlu disampaikan dengan rasa dan keikhlasan yang mendalam.

Menambah istimewa, muzik video “Satukan Kami Di Syurga” menampilkan pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza bersama anak-anak mereka. Kolaborasi ini merupakan penampilan semula mereka dalam muzik video Inteam selepas lagu “Dia” pada 2019.

Norman Hakim menyatakan, rasa syukur dapat kembali bekerjasama dengan Inteam selepas sekian lama dan ia merupakan satu momen yang menyentuh hati.

Lagu ini membawa mesej kasih sayang, pengharapan dan doa agar dipertemukan
kembali di syurga bersama insan tersayang,  menjadikannya relevan dalam dunia penuh cabaran hari ini.

“Satukan Kami Di Syurga” boleh ditonton di saluran YouTube Inteam Digital dan didengari di semua platform penstriman digital utama.

Latest

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini...
spot_img

Jangan Terlepas!

Mariani, seniwati paling sejati

Oleh SYED WAFA Foto Koleksi SYED WAFA/Ehsan Nazran HM Rohaizad...

Fahami isi hati Nadeera, “Cuba Jadi Aku”

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS berjaya mencipta fenomena luar biasa menerusi...

Busana Kitar Semula ‘Eco Futuristik Lestari’ Juara Persona Lestari FELDA

Oleh : Nafsiah Jani JENGKA, 8 Julai – Kreativiti mengubah...

M.Nasir berjaya pikat jiwa penonton

Oleh: Khadijah Ibrahim BERMULA 2024 hingga kini, setiap tahun maestro...

KRU Cafe, projek baharu KRU

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS bertahun meneroka industri muzik tanah air,...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah menonton filem "Qaisy & Laila", arahan Prof. Madya Raja Ahmad Alauddin yang diterbitkan pada 2005. Kini...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang dirinya, kini pelakon Fazura kembali meneruskan kerjaya seni suaranya dengan single baharu. Kali ini Fazura atau...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini pelakon Raja Afiq Raja Razali, 32, kembali aktif mengatur perjalanan seninya selepas melalui fasa yang...