Program ‘Muzikalisasi Lindung – Hati Nan Prihatin’ Simbol Perpaduan Komuniti Seni

Oleh: Syed Yusof Wafa

Buat julung kali, Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menganjurkan program pementasan teater muzikal berjudul Muzikalisasi Lindung – Hati Nan Prihatin yang diadakan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Presiden PROFIMA, Khalil Hj Saleh berkata, program ini turut mendapat sokongan padu DBP yang menjadi suatu bentuk tanda penghargaan kepada para penggiat seni tanah air.

Persembahan menarik daripada Haziq Rosebi.

“Ia merupakan inisiatif apresiasi penting kepada sektor kesenian, khususnya mereka yang berada dalam ekosistem pekerjaan bebas (gig workers) yang memerlukan perlindungan keselamatan sosial. Program ini menekankan mesej bahawa warga seni juga berhak menikmati perlindungan sosial, selaras dengan usaha PERKESO memperluas jaringan keselamatan kepada semua pekerja,” katanya.

Tambahnya, pementasan arahan Roslan Madun bersama Khalil Hj Saleh ini menggabungkan aspek nyanyian, lakonan, bacaan puisi, tarian dan persembahan berkonsepkan warisan budaya sebagai cerminan kekayaan seni dan identiti Malaysia.

Dato’ Ahmad Tamimi Siregar mencuri tumpuan dengan persembahan bertenaga.
Roslan Madun bertindak sebagai pengarah pementasan teater muzikal berjudul Muzikalisasi Lindung – Hati Nan Prihatin.

“Menariknya, pementasan ini menampilkan figura seni tersohor seperti Roslan Madun, Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, Zaidi Omar, Haziq Rosebi, Wanie Kayrie, Hazra Dollah, Sitara Syaimaa dan ramai lagi sebagai simbol perpaduan komuniti seni. Satu persembahan istimewa iaitu penyampaian puisi khas oleh Wan Saiful Shahrizan (Wan Shah) yang merupakan seorang pengarah filem dan juga penerima manfaat PERKESO yang berkongsi kisah benar hidupnya menerusi puisi,” katanya.

Ujarnya, apa yang lebih memberi kejutan kepada penonton adalah persembahan khas oleh Menteri Sumber Manusia, Yang Berhormat Tuan Steven Sim Chee Keong yang menunjukkan sokongan padu kerajaan terhadap usaha memperkasakan perlindungan sosial untuk penggiat seni.

Antara peserta cilik yang turut serta mengambil bahagian.

“Program ini juga dihadiri kepimpinan tertinggi PERKESO, DBP, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) serta para penggiat seni profesional yang melambangkan komitmen bersama untuk memperkukuh ekosistem seni negara.

“Program ini diharapkan menjadi pemangkin kepada kesedaran lebih luas mengenai kepentingan keselamatan sosial, serta penghargaan lebih besar terhadap peranan penggiat seni keseluruhannya sebagai aset negara.” katanya.

Steven Sim bergambar selfie dengan tetamu yang hadir.

Khalil yang juga ahli jawatankuasa Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (LINDUNG KENDIRI) PERKESO berharap lebih ramai penggiat seni mengambil langkah mendaftar menerusi caruman tersebut untuk menjamin masa depan yang lebih selamat dan terjamin.

Latest

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini...
spot_img

Jangan Terlepas!

Awie ‘langgar’ nasihat doktor demi tugas

Oleh: Khadijah Ibrahim Foto: Alang Nordin PENYANYI rock Awie bersyukur...

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang...

KRU Cafe, projek baharu KRU

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS bertahun meneroka industri muzik tanah air,...

Fahami isi hati Nadeera, “Cuba Jadi Aku”

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS berjaya mencipta fenomena luar biasa menerusi...
Syed Yusof Wafa
Syed Yusof Wafa
SYED Yusof Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai, URS, Hit, Variapop serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee dan editor portal terkenal Ladybosz.com
spot_imgspot_img

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah menonton filem "Qaisy & Laila", arahan Prof. Madya Raja Ahmad Alauddin yang diterbitkan pada 2005. Kini...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang dirinya, kini pelakon Fazura kembali meneruskan kerjaya seni suaranya dengan single baharu. Kali ini Fazura atau...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini pelakon Raja Afiq Raja Razali, 32, kembali aktif mengatur perjalanan seninya selepas melalui fasa yang...