Ramai tak mampu menahan “Rindu” pada Amelina

Oleh: Khadijah Ibrahim

HASRAT Amelina untuk mempersembahkan lagu-lagu hitnya di Konsert Millenial Dangdut Nusantara Inul Daratista Live In Malaysia di Setia SPICE Arena, Pulau Pinang pada 6 Disember lalu tidak kesampaian kerana konsert anjuran Fajar Baiduri Empire itu ditangguh buat sementara waktu.

Amelina dan Baby Shima adalah artis yang bakal berdangdut dengan Inul, namun impian itu terpaksa dipendam dulu hingga penganjur mengumumkan tarikh baharu untuk konsert tersebut.

Bagaimanapun Amelina atau Norazlina Amir Sharipuddin, 51, tetap meneruskan jadual kerja yang telah diatur. Sekarang ini Amelina sibuk mempromosi single baharu selepas sekian lama tidak tampil dengan karya terkini.

Amelina kini tampil dengan lagu “Rindu” yang didendangkan dalam versi baharu.

Meskipun single baharu Amelina yang berjudul “Rindu” versi 2025 bukanlah lagu baharu, namun lagu ciptaan sepenuhnya oleh Darwis itu tidak jemu didengar pada era sekarang walau dikeluarkan pada 1994.

Ini bukan kali pertama Amelina merakam semula lagu “Rindu” kerana sebelum ini beliau pernah merakam semula lagu tersebut memgikut zaman.

“Kalau ikutkan lagu “Rindu” ini sudah banyak kali saya buat remix. Daripada Rindu asal, kemudian Rindu Dang Dangdut, Rindu special projek Warner dan lepas tu ada juga Rindu yang Ajai buat masa mula-mula keluar dengan Stellar Band.

Pemilihan lagu “Rindu” kerana Amelina mahu memperkenalkan karya tersebut kepada generasi baharu.

“Moga “Rindu” remix terbaharu ini boleh menjadi satu momentum untuk kerjaya saya dan peminat dangdut sendiri. Sekarang ini saya bekerjasama dengan MVM Music kerana mereka percaya dan yakin dengan saya.

“Selepas lapan tahun inilah saya keluarkan single remix dulu lagu “Rindu” untuk tengok sambutannya. Alhamdulillah, nampaknya sangat positif untuk ke arah single lagu baharu nanti.

“Apa yang saya buat sekarang adalah teaser untuk peminat-peminat dangdut kerana saya  akan muncul dengan satu lagu baharu. Ini lagu remix yang dipersembahkan dengan cara penyampaian, susunan muzik baharu dan karakter baharu yang ditonjol mengikut zaman, ” jelasnya tentang single “Rindu” versi 2025 itu.

Asalnya, “Rindu” dimuatkan dalam album sulungnya yang berjudul “Amelina” yang berkonsep dangdut kontemporari. Album yang dikeluarkan pada 1994 berjaya terjual sehingga 200,000 unit dalam tempoh setahun dan merupakan salah sebuah album solo artis wanita paling laris dalam sejarah industri rakaman Malaysia.

Berencana untuk muncul dengan lagu baharu, berkemungkinan besar Amelina yang akan menghasilkan melodinya.

Lagu tersebut menjadi pilihan Amelina kerana ia pernah menjadi fenomena dulu yang berjaya menggubah persepsi penggemar muzik tanah air.

“Bila lagu itu menjadi fenomena dan mampu menggubah persepsi pendengar muzik tanah air kepada irama dangdut dan menggubah saya sendiri yang tak tahu apa itu dangdut. “Rindu” inilah yang membawa perubahan besar dalam kehidupan saya sebagai Norazlina Saripuddin kepada Amelina Saripuddin serta menggubah kehidupan saya juga.

“Lagu ini menjadi memori bukan untuk diri saya saja tapi untuk semua situasi. Lagu “Rindu” ini sangat berhantu dan keramat bagi saya. Macam-macam la pendapat orang tapi alhamdulillah atas penerimaan orang ramai, lagu itu menjadi satu fenomena. Pemilihan lagu “Rindu” adalah untuk diperkenalkan kepada generasi akan datang pula,” jelasnya.

Latest

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...
spot_img

Jangan Terlepas!

Salam Maulidur Rasul 1448H

Oleh : Syed Yusof Wafa Sambutan Maulidur Rasul 1448H di...

KamiSempoi buka akademi, bagi melatih pempengaruh

Oleh: Khadijah Ibrahim RAMAI yang bercita-cita ingin menjadi influencer atau...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...

Aneka Walk tampilkan pelbagai acara menarik untuk pengunjung

Oleh: Khadijah Ibrahim SEWAKTU penulis belajar di Institut Teknologi MARA,...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) WALAUPUN memulakan langkah sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia 11 tahun dalam...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang sering mendapat perhatian warga maya adalah TikTok kerana ia merupakan platform video berdurasi pendek yang...