‘Papa Zola The Movie’, filem animasi penuh emosi

Oleh: Khadijah Ibrahim

SELALUNYA filem animasi lebih menarik perhatian kanak-kanak, namun tidak bagi filem animasi ‘Papa Zola The Movie’ keluaran MONSTA Studio dan Astro Shaw.

Filem arahan Nizam Abd Razak yang juga penulis untuk ‘Papa Zola The Movie’ dan Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA itu, turut mendapat perhatian penonton dewasa kerana jalan ceritanya dekat dengan realiti kehidupan.

Justeru itulah, filem yang mula ditayangkan di pawagam sejak 11 Disember lalu, mampu mencatat kejayaan memberangsangkan apabila berjaya meraih kutipan lebih RM10 juta.

Watak Papa Zola turut dirasai oleh bapa-bapa lain yang berusaha keras untuk membahagiakan keluarga.

Papa Zola The Movie mencetuskan ‘fenomena kebenaran’ apabila penonton membanjiri media sosial dengan pelbagai reaksi terhadap penceritaan jujur yang dekat dengan realiti kehidupan golongan dewasa, manakala penonton muda terpukau dengan aksi dan visual yang hebat.

Sekali gus perkongsian tersebut membuka ruang perbincangan yang lebih luas tentang tekanan hidup zaman sekarang, pengorbanan serta makna kejayaan sebenar. Ini adalah satu pendekatan yang jarang diterokai dalam genre animasi tempatan.

Penceritaan yang mendalam, tetapi jujur membuktikan animasi tempatan mampu melangkaui wadah hiburan semata-mata dan berfungsi sebagai medium penceritaan yang matang, berani dan relevan.

Ujar Nizam, pihaknya tidak menyangka sebuah filem animasi ‘Papa Zola The Movie’ mampu meninggalkan kesan yang begitu mendalam kepada penonton.

Filem animasi ini banyak memberi pengajaran dan kesedaran kepada penonton kerana ia berdasarkan fakta kehidupan.

“Terima kasih kepada penonton, media dan pemamer yang menyokong ‘Papa Zola The Movie’. Kami tidak menyangka sebuah filem animasi mampu menyentuh emosi dan meninggalkan kesan yang begitu mendalam kepada penonton.

“Hasil perkongsian dan reaksi penonton membuktikan bahawa ini adalah cerita kita, kisah yang lahir daripada realiti kehidupan. Kami berharap filem ini membuka ruang baharu untuk animasi tempatan tampil dengan penceritaan yang matang dan bermakna,” katanya.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Papa Zola The Movie yang juga Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, melihat reaksi penonton yang tersentuh dan berkongsi pengalaman mereka selepas menonton ‘Papa Zola The Movie’ merupakan satu penghargaan besar.

Filem Papa Zola The Movie bakal ditayangkan di luar negara.

“Terima kasih kepada semua penonton dan ‘pejuang kebenaran’ yang memberi sokongan pada filem ini.

“Menjelang cuti sekolah, kami berharap lebih ramai penonton, khususnya seisi keluarga, dapat meluangkan masa ke pawagam untuk menonton filem ini bersama-sama insan tersayang,” katanya tentang filem yang sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Filem ini bakal melangkah panggung antarabangsa bermula Januari 2026 di Indonesia dan di India, Vietnam dan pasaran Timur Tengah yang merangkumi Arab Saudi, UAE, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar serta Turki pada April 2026.

Latest

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...
spot_img

Jangan Terlepas!

Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama slow rock dan balada jiwang yang menusuk kalbu, nama Hasnol bukanlah nama asing. Suaranya pernah...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua pingat emas dan satu misi besar: memperkukuh usaha pemulihan ketagihan melalui pendekatan yang lebih tersusun,...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan berlangsung 'Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah' di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert anjuran Inteam Records...