Perkembangan Terkini Ahmad Zaharil, Peguam Kotak Pensil Kesayangan Rakyat Malaysia!

Oleh: Syed Yusof Wafa
Foto: Ehsan Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar
Terima Kasih : Portal Ladybosz.com

“Nak saya tolong tak?,” kata seorang peguam muda kepada seorang ibu berbangsa India yang sedang menangis hiba di luar mahkamah dengan tangan bergari.

“Saya tak ada duit, saya malu dengan anak saya, saya mencuri kerana sudah janji kepada anak untuk bawa pulang hadiah.

“Jika dia dapat nombor satu dalam kelas, saya janji akan bagi anak hadiah,” kata ibu tersebut dengan sayu, begitu juga sayu dan runtuhnya hati peguam muda tersebut mendengar luahan hati seorang ibu demi pengorbanan buat seorang anak.

Dari situ peguam muda ini berjanji akan bantu ibu berbangsa India tersebut, niat yang ikhlas tanpa mengira bangsa atau agama malah bantuan secara percuma tanpa kena bayaran. Beliau telah membela ibu tersebut di mahkamah dengan bersungguh-sungguh dan akhirnya useha murni peguam muda ini membawa kejayaan atas dasar kemanusiaan dan cintakan perpaduan.

Comelnya Tok Mat semasa kecil.

“Saya tengok tangisan dia memang tak tahu apa-apa. Dia tidak tahu apa nak buat selepas dituduh mencuri kotak pensil. Saya fikir kalau tidak bantu dapatkan keadilan, saya rasa sungguh zalim dan amat berdosa,” kata Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar atau lebih mesra dipanggil Tok Mat.

Menurut Tok Mat lagi, apa yang difikirkan ketika itu adalah nasib anak wanita yang masih kecil jika dia dipenjara. Pasti tidak dapat kasih sayang seorang ibu.

“Mengikut pertuduhan, jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara tujuh tahun. Jujur dikatakan, saya tahu pada hari itu dia akan dipenjara. Saya fikir, apa jadi pada budak itu kalau mak dia dipenjara?” Ujar Tok Mat lagi.

Ketika di menara gading jurusan undang-undang di University of London.

Tok Mat juga amat terharu dapat berjumpa semula dengan anak wanita itu beberapa tahun lalu yang kini juga seorang peguam.

“Saya amat sebak bila dia perkenalkan dirinya, anak kepada ibu yang saya bantu kerana mencuri kotak pensil dan sehingga kini anak ini masih menggunakan kotak pensil yang sama,” kata Tok Mat sayu.

Paling membanggakan kisah benar penuh air mata ini telah menjadi jalan cerita sebuah iklan raya pada tahun 2024 yang lalu oleh RHB Group. Iklan tersebut sungguh menyentuh hati masyarakat Malaysia kerana berdasarkan kisah seorang peguam Melayu muda yang diberi hati seperti malaikat!

Bersama bonda tercinta.

Dari iklan tersebut juga menjadi inspirasi bukan saja dalam guaman tapi juga orang ramai tidak kira bangsa atau agama mengalir air mata bersama.

Dari cerita yang penuh sejarah ini, Tok Mat digelar “Peguam Kotak Pensil” kerana kes altruistiknya pada tahun 1998 yang lalu dan kini usianya sudah mencecah 59, lebih 33 tahun sebagai peguam masih terus membantu rakyat tak kira bangsa atau agama dalam mendapat bantuan atau nasihat guaman.

Tok Mat juga merupakan peguam “pro bono” ( “demi kebaikan awam” dan merujuk kepada perkhidmatan profesional yang diberikan secara sukarela dan percuma kepada golongan yang memerlukan) yang aktif di media sosial yang juga digelar “Peguam Rakyat” yang menjadi simbol perpaduan yang tulin bagi masyarakat Malaysia serta sepatutnya telah mendapat anugerah tertinggi dari negara kita, Malaysia. Jangan apabila Tok Mat sudah tiada baru kita terhegeh-hegeh bersusah payah untuk memberi pelbagai anugerah dan gelaran untuk insan hebat ini.

Sungguh luar biasa bagi seorang peguam, Tok Mat juga memenangi semua kes Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 sepanjang beliau sebagai peguam bela.

Sungguh luar biasa bagi seorang peguam, Tok Mat juga memenangi semua kes Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 sepanjang beliau sebagai peguam bela.

Semua sedia maklum, seseorang yang ditangkap di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya boleh dihukum dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekiranya hukuman yang diberikan oleh Mahkamah adalah hukuman penjara seumur hidup, tertuduh hendaklah juga disebat tidak kurang 15 sebatan.

“Saya amat kecewa ramai anak bangsa saya, orang Melayu terlibat dalam kes berat ini dan saya amat berharap anak-anak bangsa saya jauhkan diri dari benda haram ini, dadah akan membawa padah,” kata Tok Mat tegas.

Saat bahagia… Setelah 14 tahun bergelar bapa tunggal, Tok Mat korban kan segalanya untuk membesarkan lima anak beliau, setelah anak-anak sudah besar dan berjaya baru hatinya terbuka untuk bergelar suami kepada Raja Adzfa Wati Raja Adzman pada 14 Oktober 2018.

Tok Mat yang juga mewakili selebriti terkenal tanah air, Ismahalil Hamzah sebagai peguam bela
dalam kes yang sama dan mengemparkan rakyat Malaysia beliau turut menang dalam kes tersebut.

Tok Mat juga aktif di media sosial terutamanya di TikTok iaitu akaun @saya.. zaharil , di mana beliau berkongsi nasihat guaman secara santai dan sering memuat naik kisah kes-kesnya yang sungguh mencabar.

Bila ditanya adakah Tok Mat berminat menceburi bidang politik atau menjadi seorang pemimpin?

Keluarga bahagia Tok Mat.

“Terus terang saya katakan ramai pemimpin dari pelbagai parti politik datang berjumpa saya, pujuk untuk bertanding atas tiket parti mereka malah dijanjikn wang yang lumayan tapi saya tolak.

“Saya lebih suka membantu rakyat dengan ikhlas tanpa ganjaran atau pangkat, biar saya meninggal dunia sebagai peguam untuk rakyat dan bukanya sebagai seorang YB,” kata Tok Mat jujur.

Pada 5 September yang lalu, rakyat Malaysia digemparkan berita Tok Mat dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana serangan jantung. Ramai yang terkejut dan mendoakan semoga peguam rakyat ini diberi kesembuhan dan sihat seperti biasa.

“Saya lebih suka membantu rakyat dengan ikhlas tanpa ganjaran atau pangkat, biar saya meninggal dunia sebagai peguam untuk rakyat dan bukanya sebagai seorang YB,” kata Tok Mat jujur.

Apabila isteri beliau yang dikenali sebagai “Kak Engku Effa” atau nama sebenarnya
Raja Adzfa Wati Raja Adzman berkongsi di media sosial mengenai keadaan kesihatan Tok Mat sudah mula stabil dan memohon doa daripada orang ramai untuk kesembuhan sepenuhnya. Ternyata rakyat Malaysia sujud syukur dan gembira peguam rakyat yang mereka sayangi kini mula stabil.

“Ini semua doa dari rakyat Malaysia dan saya bersyukur kepada Allah SWT kerana bagi saya peluang untuk terus bernafas dalam membantu masyarakat.

Syed Yusof Wafa (Penulis) bergambar kenangan bersama Peguam Kotak Pensil kesayangan rakyat Malaysia.

“Mereka tahu saya baru je kuar hospital, tapi sehingga kini dari pagi hingga tengah malam datang ke rumah saya untuk minta bantuan dari segi guaman tapi saya tidak dapat menolak,” kata Tak Mat sambil tersenyum puas kerana sehingga kini beliau dapat membantu masyarakat.

Latest

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea...

Nama Shila Amzah semakin kukuh di China

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Shila Amzah melahirkan rasa syukur kerana...
spot_img

Jangan Terlepas!

Nama Shila Amzah semakin kukuh di China

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Shila Amzah melahirkan rasa syukur kerana...

‘Doa Sang Pendosa’ penuh pengajaran

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI anda sudah menonton telefilem 'Doa Sang...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea...

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat...

Di Sebalik Kehebatan Di Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0

Oleh: Syed Yusof Wafa Sungguh luar biasa, seakan mengimbau kembali...
Syed Yusof Wafa
Syed Yusof Wafa
SYED Yusof Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai, URS, Hit, Variapop serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee dan editor portal terkenal Ladybosz.com
spot_imgspot_img

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat Saman sejak beliau menyertai program realiti Akademi Fantasia musim kedua pada 2004 dan ketika itu...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) BILA sebut lagu, Nasi Dagang yang popular satu...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea Selatan yang berjudul Taxi Driver, pasti kenal dengan watak Kim Do-gi, lakonan Lee Je Hoon....