Penyelaras: Syed Wafa
Sumber: FB Kenny Kok
Mungkin ramai masih lagi ingat Bas Mini Wilayah (BMW) ni yang begitu hebat dan membantu di sekitar kolompo. Sedikit info mengenai BMW ini :
Mula Operasi : Tahun 1975
Warna bas di selaraskan jadi pink/putih : Tahun 1990
Tamatnya perkhidmatan Minibas : Tahun 1998
Penumpang-penumpang zaman tersebut telah melalui banyak situasi-situasi dan pengalaman-pengalaman yang berlainan, macam-macam pun ada dalam hal minibus ini. Bukan saja yg melucukan dan mencemaskan, malah mengemparkan pun ada. Masing-masing ada pengalaman-pengalaman dan cerita-cerita nya sendiri yang bernostaljia.

Keadaan yang saya paling geram adalah, penumpang-penumpang dah susah payah rebut-rebut naik bas untuk dapatkan tempat duduk, yang tak dapat tempat duduk kena la berdiri. Dah elok dah, tunggu bas bertolak saja. Tiba-tiba bus drebar ataupun konduktor buat pengumuman … “ah!!! semua turun-turun-turun naik minibas kat belakang.” Apaaala … dah elok dah tadi berebut-rebut dapat tempat duduk, kena turun balik pulak. Akibatnya, yang berdiri tadi dapat tempat duduk sekarang, yang berduduk tadi sekarang kena berdiri pulak”. Rasa geram bercampur dengan marah pun ada, tapi imbas kembali keadaan tersebut betul bernostaljia dan melucukan.
Bas mini yang saya naik masa dulu adalah No. 13 dari pusat bandar ke Taman Salak Selatan (Sungai Besi). Anda bas nombor berapa pulak dan ke mana? Gambar di sini adalah yang paling saya suka yang menggambarkan keadaan jalanraya yg sibuk penuh sesak, sepertimana zaman7 70an dan 80an. Kesesakan bas mini bas mini ini tiada bandingan, betol huru-hara tapi seronok. Tapi zaman dah berlalu.

Bagi mereka yang ingin kongsi pengalaman indah boleh mesej kami di emel wafa.gallery@gmail.com


