Pembinaan Surau Ar-Rijal hasil sumbangan orang ramai, sudah beroperasi

Oleh: Khadijah Ibrahim

HASIL sumbangan orang ramai dan penyumbang persendirian menerusi Yayasan Rizalman Ibrahim (Yayasan RI), akhirnya Surau Ar-Rijal yang bernilai RM1.5 juta sudah boleh diguna oleh jemaah dan penduduk di Taman Merbau Jaya, Sungai Dua, Butterworth.

Surau tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Rizalman Ibrahim selaku pengasas Yayasan RI pada Jumaat, 6 Februari baru-baru ini.

Rizalman berkata pembinaan surau itu memberi makna besar kepadanya kerana tidak pernah menyangka akan terlibat dalam usaha membina rumah ibadah bagi komuniti setempat.

Beliau turut menyatakan rasa terharu terhadap komitmen para penyumbang yang memungkinkan projek itu disempurnakan dalam tempoh setahun.

Surau Ar-Rijal yang terletak di Taman Merbau Jaya, Sungai Dua, Butterworth sudah beroperasi.

“Saya sendiri tidak pernah terfikir akan terbabit dalam pembinaan rumah Allah di kawasan ini. Namun Allah permudahkan segala urusan, dan saya sangat bersyukur.

“Jarang ada projek yang sepenuhnya bergantung kepada dana orang ramai dan penyumbang persendirian berjalan begitu lancar. Ini semua nikmat Allah yang sangat luar biasa,” katanya.

Menurutnya, pembangunan surau itu bermula daripada kawasan kosong sebelum ia diangkat menjadi pusat ibadah yang akan dimanfaatkan penduduk setempat.

Beliau berkata pembinaan itu juga membuktikan keupayaan Yayasan Rizalman Ibrahim menguruskan dana orang ramai dengan amanah dan telus.

Selain membawa sentuhan pengalaman beliau sebagai bekas pereka fesyen, Rizalman berkata reka bentuk surau tetap mengekalkan unsur kesederhanaan selaras dengan fungsi rumah ibadah.

Katanya, nilai paling utama surau itu bukan pada aspek estetik, tetapi peranannya sebagai tempat menyatukan masyarakat melalui ibadah.

Rizalman Ibrahim tidak pernah terfikir akan terbabit dalam pembinaan rumah ibadah dan bersyukur kerana diberi peluang tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa membina masjid atau surau merupakan salah satu amalan jariah yang membawa ganjaran pahala berpanjangan kepada umat Islam.

Katanya lagi, projek tersebut memberi peluang kepada para penyumbang yang mungkin tidak berkesempatan membina rumah ibadah sendiri untuk turut serta dalam amalan yang mulia ini.

Rizalman turut menyeru masyarakat agar sentiasa bergantung kepada Allah dalam setiap usaha, selari dengan contoh yang ditunjukkan para rasul.

Beliau berkata Surau Ar-Rijal menjadi bukti bahawa kesungguhan dan keikhlasan mampu merealisasikan sesuatu yang pada awalnya kelihatan mustahil.

Dalam masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada semua penderma, sukarelawan serta penduduk setempat yang terlibat menjayakan pembinaan surau tersebut.

Surau Ar-Rijal kini dibuka sepenuhnya kepada masyarakat setempat bagi pelaksanaan ibadah dan program komuniti.

Latest

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea...

Nama Shila Amzah semakin kukuh di China

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Shila Amzah melahirkan rasa syukur kerana...
spot_img

Jangan Terlepas!

‘Lalok’ Fauziah Nawi menjadi

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU bercakap mengenai penjiwaan watak, tidak dapat...

Bukan Sekadar Menghibur, Agih 100 Pek Makanan Kepada Golongan Gelandangan

Oleh: Syed Yusof Wafa Sungguh mulia, tidak hanya menghiburkan di...

Di Sebalik Kehebatan Di Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0

Oleh: Syed Yusof Wafa Sungguh luar biasa, seakan mengimbau kembali...

Nama Shila Amzah semakin kukuh di China

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Shila Amzah melahirkan rasa syukur kerana...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat Saman sejak beliau menyertai program realiti Akademi Fantasia musim kedua pada 2004 dan ketika itu...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) BILA sebut lagu, Nasi Dagang yang popular satu...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea Selatan yang berjudul Taxi Driver, pasti kenal dengan watak Kim Do-gi, lakonan Lee Je Hoon....