Impian Afee U-topia Tak Pernah Padam – Mahu Jejak Kaki ke AJL

Oleh: Nafsiah Jani

Di sebalik kematangan dan pengalaman bertahun-tahun dalam bidang seni rupanya Afee U-topia yang popular dengan lagu Maya Percintaan mengakui masih mempunyai satu cita-citanya yang belum tercapai iaitu memasuki pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL).

“Saya tak pernah masuk AJL dan sehingga kini, itulah satu-satunya impian yang masih saya simpan,” kata Afee sambil ketawa.

Afee atau nama sebenarnya Mohamad Safee Soefjan,62, menambah, dulu lagu Di Sini Pasti dan Mithali Cintaku pernah tercalon untuk Muzik-Muzik dan kalau berjaya akan bertanding dalam AJL.

“Tapi kami tak tahu dimana silapnya, mungkin strategi kami silap,siap sahaja rekoding, kami terus hantar lagu tersebut masuk Muzik-Muzik sebelum lagu tersebut mendapat perhatian dan melekat iramanya di telinga peminat.

“Kalau hantar lewat sikit, mungkin lain cerita kerana lagu tersebut yang terkeluar daripada pencalonan Muzik-Muzik begitu disukai ramai orang dan evergreen sehingga hari ini” katanya dengan nada sayu tapi penuh harapan.

Afee U-topia yang sentiasa merendah diri orangnya.

Kini Afee baru selesai dengan Projek khas bersama syarikat rakaman Music Valley menampilkan tujuh buah lagu lama yang diberi nafas baru.

“Kali ini saya rakam semula lagu-lagu hit yang pernah dekat di hati peminat. Antara lagu-lagu tersebut ialah Maya Percintaan, Mithali Cintaku, Di Sini Pasti, Inikan Cinta Kita dan Aku Sayang Kamu. Dua lagi adalah lagu popular kumpulan Fotograf yang cukup disukai peminat iaitu Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal.

“Kesemua lagu ini bakal diberi susunan muzik yang lebih segar, lembut dan moden. Muziknya bukan rock keras macam dulu-dulu. Muzik kali ini lebih matang dan lebih rasa. Video klip bagi setiap lagu juga sudah siap dirakam dan cuma menunggu proses suntingan sahaja. InsyaAllah tak lama lagi, lagu ini akan keluar dan akan berkumandang di corong-corong radio. Kali ini saya akan keluarkan satu demi satu lagu dan bukannya semua lagu serentak,” jelas Afee lagi.

Afee U-topia diraikan sahabat dan rakan-rakan artis sempena sambutan harijadinya.

Selain kesibukannya menyanyi, Afee juga sibuk menguruskan restoran miliknya yang terletak di Kolam Pancing GP Templar. Restorannya dibuka pada setiap hari dari jam 10 pagi hingga 12 malam. Istimewanya restorannya ini pada setiap Jumaat hingga Ahad ada adanya sesi karaoke bermula pada jam 9 malam.

“Dalam sibuk-sibuk urus restoran, show saya tetap berjalan macam biasa. Staff memang dah ready untuk memastikan restoran berjalan lancar kerana semuanya sudah berpengalaman.

“Selain tempat untuk menjamu selera, restorannya kami juga menawarkan perkhidmatan untuk mengadakan majlis secara private, majlis harijadi, pertunangan dan apa saja boleh kami uruskan,” kata Afee sambil tersenyum.

Latest

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea...

Nama Shila Amzah semakin kukuh di China

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Shila Amzah melahirkan rasa syukur kerana...
spot_img

Jangan Terlepas!

Di Sebalik Kehebatan Di Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0

Oleh: Syed Yusof Wafa Sungguh luar biasa, seakan mengimbau kembali...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea...

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat...

Nama Shila Amzah semakin kukuh di China

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Shila Amzah melahirkan rasa syukur kerana...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber...
Nafsiah Jani
Nafsiah Jani
Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita, Saji terbitan Utusan Karya serta pernah menjadi wartawan tetap di Ladybosz.com
spot_imgspot_img

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat Saman sejak beliau menyertai program realiti Akademi Fantasia musim kedua pada 2004 dan ketika itu...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) BILA sebut lagu, Nasi Dagang yang popular satu...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea Selatan yang berjudul Taxi Driver, pasti kenal dengan watak Kim Do-gi, lakonan Lee Je Hoon....