Flat Simpang Satu sebuah Supertelemovie seram unik

Oleh : Nafsiah Jani

Berbeza dengan kebanyakan drama, supertelemovie karya seram tempatan, Flat Simpang Satu memilih pendekatan POV roh, menjadikan penonton ‘melihat dunia’ dari sudut pandang mereka yang telah mati.

“Selalunya manusia takutkan hantu. Kali ini, hantu pula yang memerhati manusia. Pendekatan ini menjadikan penceritaan lebih emosional, simbolik dan menyentuh sisi kemanusiaan, berbanding sekadar elemen kejutan atau seram semata-mata,” kata Datuk M. Razlan Ismail selaku pengarah dan juga produser.

Pengarah Datuk M Razlan (menuding jari) agar kameraman mengambil angle seperti yang diinginkannya.
Raja Azrey ( kiri) bersama Kilafairy melihat semula adegan yang telah mereka lakonkan.

Menurut M. Razlan lagi, karya ini tidak sekadar meletakkan elemen hantu sebagai ‘pelengkap’ atau alat menakut-nakutkan penonton, sebaliknya memberi ruang kepada penonton untuk memahami dunia mistik dari perspektif berbeza.

“Kebiasaannya cerita seram hanya meletakkan hantu sebagai objek. Kali ini kami ceritakan dari sudut pandang hantu itu sendiri, bagaimana dia melihat dunia dan mengenali entiti lain.

Scene Fahrin Ahmad dalam Flat Simpang Satu.

“Untuk menghasilkan karya dengan jalan cerita yang baik, kita perlu berkongsi perkara yang baik kepada penonton. Disebabkan itu pemilihan pelakon begitu penting, dimana barisan artis juga perlu kuat dan sesuai dengan naskhah,” jelasnya.

M. Razlan menambah, barisan pelakon dipilih sendiri oleh pihak produksi bagi memastikan keserasian dengan naskhah.

“Kami sendiri yang memilih barisan pelakon. Alhamdulillah, kami dapat barisan yang baik. Bagi kami, naskhah yang kuat perlu disokong oleh pelakon yang tepat. Pada pandangan saya pengalaman bukan satu-satunya faktor pemilihan, sebaliknya keupayaan membawa watak secara jujur dan berkesan menjadi keutamaan.”

Adegan Nadya Nissa bersama anaknya.

Beliau menyifatkan projek ini sebagai satu usaha untuk menaikkan standard teknikal karya tempatan dan pada masa sama membuktikan kesungguhan pihak produksi dalam industri hiburan.

“Dari sudut produksi, penggambaran dilakukan secara ringkas tetapi intensif. Keseluruhan supertelemovie ini melibatkan lapan babak utama yang dirakam dalam tempoh dua hari, menggunakan teknik one-shot dan pergerakan kamera minimum bagi mengekalkan emosi serta realisme cerita.

Scene seram Nadya Nissa

“Walaupun berdepan cabaran teknikal dan logistik, kru produksi kekal optimis terhadap hasil akhir. Alhamdulillah, proses penggambaran berjalan lancar. Kini kami hanya menunggu masa untuk mempersembahkan hasilnya kepada penonton.

“Dari sudut teknikal pula, kami memberi penekanan kepada perancangan rapi termasuk pergerakan kamera, kesinambungan babak serta visual. Setiap babak dirancang dengan teliti. Posisi kamera, pergerakan dan kesinambungan pelakon visual perlu konsisten supaya tidak mengganggu penceritaan,” ujarnya lagi.

Datuk.M Razlan (tengah) bersama Datuk Aaron Aziz dan Siti Elizad menunggu scene yang seterusnya.

Flat Simpang Satu membawa penonton menyelami kisah tiga individu yang tinggal di sebuah flat kos rendah, masing-masing dengan latar kehidupan dan tekanan berbeza. Namun segalanya berubah apabila mereka pulang ke rumah dan mendapati keseluruhan kawasan flat itu kosong, sunyi dan ditinggalkan tanpa penghuni.

Keadaan menjadi semakin meresahkan apabila kehidupan mereka mula diganggu oleh satu lembaga misteri yang sentiasa mengekori dan mengacau, menyebabkan ketiga-tiga watak ini terperangkap tanpa jalan keluar. Bagaimanakah kesudahan drama tersebut, nantikan tayangannya tidak lama lagi.

Barisan pelakon bersama krew dan pengarah supertelemovie Flat Simpang Satu

Dengan gabungan seram psikologi, realiti sosial dan penceritaan berlapis, Flat Simpang Satu terbitan Dream At Work Sdn. Bhd. ini bakal ditayangkan menerusi platform Unifi pada Aidilfitri ini. Supertelemovie ini adalah sebuah karya yang berani, relevan dan bakal meninggalkan kesan mendalam.

Drama ini turut dibintangi Datuk Aaron Aziz sebagai Samad, Aiman Hakim (Farouk), Nadya Nissa (Sari), Fahrin Ahmad ( Hadi), Kilafairy (Nor), Siti Elizad (Mariam) dan Raja Azrey (Wahad).

Latest

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe...

AKAR//NEXT 2026 ajak pengunjung terokai pelbagai sisi budaya, kreativiti dalam satu ruang

Oleh: Khadijah Ibrahim PASAR Seni atau Central Market merupakan salah...
spot_img

Jangan Terlepas!

AKAR//NEXT 2026 ajak pengunjung terokai pelbagai sisi budaya, kreativiti dalam satu ruang

Oleh: Khadijah Ibrahim PASAR Seni atau Central Market merupakan salah...

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe...

Faizal Tahir salurkan semangat patriotik menerusi muzik

Oleh: Khadijah Ibrahim SUDAH 20 tahun Faizal Tahir terbabit dalam...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...
Nafsiah Jani
Nafsiah Jani
Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita, Saji terbitan Utusan Karya serta pernah menjadi wartawan tetap di Ladybosz.com
spot_imgspot_img

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan berlangsung 'Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah' di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert anjuran Inteam Records...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk kosmetik tempatan berbanding jenama luar. Sebagai tanda sokongan kepada jenama Elegant Cosmetics, marilah kita ramai-ramai menghadirkan...

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe Kuala Lumpur yang ke-35 tahun, pusat hiburan tersebut akan meraikan detik bersejarah tersebut dengan menganjurkan...