Wow!..”Best Part Of Raya” Dari Najmi Niery

Oleh: Syed Yusof Wafa

Selama tiga tahun menceburkan diri dalam industri muzik rakaman tanah air, tidak pernah terlintas sekalipun di fikiran penyanyi-komposer muda, Najmi Niery untuk menghasilkan sebuah single raya.

Namun, ilham datang secara tiba-tiba dan akhirnya tercetuslah sebuah lagu raya berjudul “Best Part Of Raya” iaitu hasil gubahan melodi dan lirik yang ditulis bersama Brendan Lim Seng Meng serta Amanda Gnai Song Hui daripada MFMF.

Majlis berbuka puasa dan sidang media single raya ini diadakan di AEON Mall Shah Alam dan seramai 30 anak-anak yatim dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia dan Pusat Jagaan Budi Bestari turut diraikan sama.

Pemberian duit raya kepada anak-anak di kedua-dua rumah kebajikan ini telah disampaikan Pengurus Kanan Perniagaan Digital dan Komersial Sony Music Malaysia, Puan Aiman Nubailah, Pengurus Kanan Operasi Pusat Beli-belah Aeon Mall, S. Vettrivelu serta Najmi Niery dan Adrianna Cinta.

Bercerita lebih lanjut tentang kisah di sebalik penghasilan single raya, BEST PART OF RAYA ini, Najmi mendedahkan bahawa lagu itu telah ditulis bersama MFMF sekitar October 2025.

“Mula-mula, kita memang tak tahu nak tulis pasal apa. Tapi, setelah berbincang, kita akhirnya mengambil keputusan untuk menulis lagu ini berdasarkan surat cinta di hari raya tapi dalam bentuk lagu.

“Raya merupakan hari kemenangan buat seluruh umat Islam selepas sebulan berpuasa, menahan lapar dan dahaga serta menjauhi segala perkara yang dilarang Tuhan. Ia juga merupakan detik istimewa untuk diraikan bersama insan tersayang.

“Justeru, lagu ini dihasilkan sebagai sebuah ‘surat cinta’ dalam bentuk lagu, menggambarkan luahan hati sepasang kekasih yang saling merindui dan tidak sabar untuk bertemu pada hari Raya,” jelasnya.

Jelas Najmi lagi, proses penghasilan lagu “BEST PART OF RAYA” itu bermula dengan penghasilan melodinya terlebih dahulu.

“Kita buat melodinya dulu dan bukan liriknya. Melodi keluar secara semulajadi tetapi sebelum itu, MFMF datangkan dulu satu chord progression sebab cara saya menulis harus begitu. Bila ada chord progression, barulah datang melodi-melodi yang lain.

“Selebihnya, barulah kita sama-sama bekrja untuk menyiapkan lagu itu. Setiap penulis lagu memang memiliki stail penulisan yang berbeza dan tersendiri,” katanya.

MFMF yang diwakili Brendan Lim Seng Meng pula berkata, bekerja dengan seorang penyanyi yang juga komposer muda seperti Najmi Niery sungguh mudah.

“Najmi seorang yang sangat mesra, peramah dan menyenangkan. Sejak pertemuan pertama lagi kami terus ‘klik’ dan ada keserasian yang sangat baik dari segi idea dan tenaga kreatif. Jadi proses kolaborasi terasa selesa dan terbuka.

“Kebetulan, saya juga sudah mengenali beliau sebelum ini kerana kami pernah terlibat dalam satu episod MFMF Healing bersama, jadi saya sudah agak biasa dengan range dan warna vokalnya. Itu banyak membantu dari segi arah penulisan lagu.

“Dari segi penulisan pula, Najmi memang ada bakat semula jadi. Prosesnya sangat lancar dan organik. Dia juga sangat terbuka untuk mencuba perkara baharu.

“Bila saya mencadangkan konsep lagu ini dibawakan seperti sepucuk surat yang ditulis antara dua individu, dia terus dapat menangkap idea tersebut dan menambah sentuhan peribadinya sendiri. Itu yang menjadikan lagu ini lebih hidup dan jujur dari segi emosi,” katanya.

Awalnya, Najmi sendiri tidak tahu siapa penyanyi wanita yang akan jadi pasangan duetnya, Kemudian, satu hari, nama Adrianna Cinta telah diusulkan.

Adrianna Cinta pasangan duet

Selain menulis lagunya sendiri bersama MFMF, “BEST PART OF RAYA” juga turut menggandingkan Najmi bersama Adrianna Cinta sebagai pasangan duetnya.

“Awalnya, saya sendiri tidak tahu siapa penyanyi wanita yang akan jadi pasangan duet saya. Kemudian, satu hari, nama Adrianna Cinta telah diusulkan.

“Saya terus bersetuju kerana saya mengenali Adrianna sebagai seorang penyanyi-komposer yang cukup berbakat. Bahkan dia banyak menulis lagu bersama komposer lain.

“Suaranya cukup menenangkan sangat kena dengan ton suara saya dan dia sememangnya pasangan duet yang tepat buat saya,” hurai Najmi.

Sementara itu, Adrianna Cinta pula berkata, sebelum ini, dia sudah pernah berjumpa dengan Najmi di beberapa acara nyanyian, namun tidak pernah terfikir bahawa mereka akan bekerjasama dalam sebuah karya lagu.

“Tapi, kami berdua memang memiliki vibes muzik yang sama. Maksud saya, vibes muzik, suara dan nyanyian ala-ala Pop R&B Indonesia.

“Najmi memang ke arah itu dan begitu juga dengan saya. Jadi, apabila kami digabungkan bersama dalam “BEST PART OF RAYA” ini, ia memang satu kombinasi yang cukup baik dan sesuai,” katanya.

Pengalaman merakamkan suara dan menjayakan visualizer “BEST PART OF RAYA” adalah suatu kenangan yang cukup manis buat Najmi dan Adrianna Cinta.

Pengalaman merakamkan suara dan penggambaran visualizer

Menurut Najmi, dia sebetulnya sudah pun merakamkan suara untuk single “BEST PART OF RAYA” ini sewaktu proses menulis lagu bersama MFMF dilakukan pada October 2025.

“Apabila Adrianna bergabung sebagai pasangan duet saya, kita terpaksa mengambil hari lain untuk melakukan proses rakaman suaranya iaitu pada minggu pertama bulan puasa.

“Proses penggambaran visualizer juga dilakukan pada waktu yang sama. Memang kita mahukan visualizer yang simple dan tidak terlalu banyak angle atau shot yang rumit. Sebab itu, kita banyak menggunakan one take shot.

“Untuk latar belakang visualizer ini, kita memilih tema yang cukup klasik untuk menggambarkan konsep retro raya. Proses penggambarannya mengambil masa kira-kira tiga jam untuk disiapkan,” jelasnya.

Pengalaman merakamkan suara dan menjayakan visualizer “BEST PART OF RAYA” adalah suatu kenangan yang cukup manis buat Adrianna Cinta.

“Waktu saya dapat lagu itu, Najmi dari awal-awal lagi sudah pun menyanyikan bahagian dia dan saya pula terpaksa rakamkan suara untuk lagu ini pada bulan puasa dan Najmi turut berada di dalam studio.

“Pada waktu yang sama juga kita juga kena shoot visualizer lagu. Ia sangat menarik dan menyeronokkan, lebih-lebih lagi apabila terpaksa berpindah ke lokasi lain pada saat-saat akhir hinggakan kami semua tak sempat nak berbuka puasa betul-betul.

“Tapi, ia memang satu pengalaman yang menarik yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila kerana vibesnya memang fun,” katanya.

Majlis berbuka puasa dan sidang media single raya ini diadakan di AEON Mall Shah Alam serta penyampaian kepada 30 anak-anak yatim dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia dan Pusat Jagaan Budi Bestari .

Harapan

Mengakui teruja apabila buat kali pertamanya muncul dengan lagu rayanya sendiri, Najmi percaya, “BEST PART OF RAYA” akan menjadi salah satu lagu raya terbaik pada 2026.

“Saya sangat positif dengan hal ini kerana “BEST PART OF RAYA” bukanlah sebuah lagu raya tipikal yang mempunyai unsur klasik. Ia lebih kepada Pop R&B yang mana tak ramai orang buat genre muzik ini untuk lagu raya.

“Saya rasa Malaysia perlukan sedikit kelainan untuk lagu raya sebegini dan sebelum saya luncurkan single raya ini, saya ada buat klip acah (teaser) bersama peminat saya di media sosial.

“Respon yang saya terima cukup baik dan rata-rata pendengar menyatakan mereka tidak sabar tunggu lagi ini,” katanya.

Adrianna Cinta pula tidak menyangkal hakikat bahawa tahun ini, ramai penyanyi yang mengeluarkan lagu raya pada tahun ini termasuklah dari kalangan kawan-kawannya sendiri.

“Tapi, saya berharap ramai akan mendengar, menghayati dan menyukai single raya pertama saya bersama Najmi ini.

“Kalau anda semua dapat menghargai karya lagu kami berdua ini, itu sudah cukup menggembirakan kami dan kami juga ingin mendengar maklum balas pendengar dan akan terima dengan hati yang terbuka, “ucapnya.

“BEST PART OF RAYA” yang diterbitkan Naj&Co, Sony Music Entertainment Malaysia serta Malika Entertainment & Management bakal berada di semua platform digital muzik utama termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube Music mulai esok, 6 Mac 2026.

Latest

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea...

Nama Shila Amzah semakin kukuh di China

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Shila Amzah melahirkan rasa syukur kerana...
spot_img

Jangan Terlepas!

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat...

‘Doa Sang Pendosa’ penuh pengajaran

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI anda sudah menonton telefilem 'Doa Sang...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea...

Nama Shila Amzah semakin kukuh di China

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Shila Amzah melahirkan rasa syukur kerana...
Syed Yusof Wafa
Syed Yusof Wafa
SYED Yusof Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai, URS, Hit, Variapop serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee dan editor portal terkenal Ladybosz.com
spot_imgspot_img

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat Saman sejak beliau menyertai program realiti Akademi Fantasia musim kedua pada 2004 dan ketika itu...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) BILA sebut lagu, Nasi Dagang yang popular satu...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea Selatan yang berjudul Taxi Driver, pasti kenal dengan watak Kim Do-gi, lakonan Lee Je Hoon....