Terbaik…Hotel Tenera Dinobatkan Best Ramadan Buffet 2026, Kali Ketujuh Berturut-turut!

Oleh: Syed Yusof Wafa

Tenera Hotel & Suites terus mengukuhkan reputasinya dalam industri hospitaliti apabila dinobatkan sebagai penerima anugerah Best Ramadan Buffet 2026 bertaraf lima bintang buat tahun ketujuh berturut-turut.

Pengurus Besarnya, Fadzly Hamzah menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai satu pencapaian yang amat bermakna buat seluruh warga kerja hotel berkenaan.

Pengurus Besar Tenera Hotel, Fadzly Hamzah menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai satu pencapaian yang amat bermakna buat seluruh warga kerja hotel berkenaan.

Menurut beliau, kejayaan itu bukan sahaja membuktikan komitmen pasukan dalam menyediakan pengalaman berbuka puasa yang berkualiti, malah menjadi pembakar semangat untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada para tetamu.

“Alhamdulillah, pengiktirafan ini merupakan satu penghormatan besar buat kami di Tenera Hotel & Suites. Untuk tahun ketujuh berturut-turut kami menerima anugerah Best Ramadan Buffet lima bintang.

Penyanyi terkenal tanah air Datin Alyah antara pengunjung setia amat bangga dengan kejayaan Tenera Hotel ini.

“Pengiktirafan ini pastinya menjadi motivasi kepada seluruh warga kerja kami untuk terus mengekalkan standard perkhidmatan terbaik,” katanya.

Tambah beliau lagi, kejayaan tersebut juga didorong oleh usaha berterusan pasukan hotel dalam memastikan setiap hidangan serta pengalaman berbuka puasa yang ditawarkan memenuhi cita rasa para pengunjung.

Pada masa sama, Fadzly berkata pihaknya turut menampilkan kelainan pada tahun ini apabila berjaya menghimpunkan tetamu dari tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam program yang dianjurkan.

Kejayaan Tenera Hotel, bukan sahaja membuktikan komitmen pasukan dalam menyediakan pengalaman berbuka puasa yang berkualiti, malah menjadi pembakar semangat untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada para tetamu.

“Ini merupakan satu perkembangan yang sangat positif apabila kita dapat menghimpunkan tetamu dari tiga negara. Ia memberi peluang kepada mereka untuk menikmati pengalaman berbuka puasa yang unik di Tenera Hotel & Suites,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, beliau turut berharap pengiktirafan yang diterima itu akan terus menjadi pemangkin kepada pasukan hotel untuk meningkatkan mutu perkhidmatan serta mengekalkan kedudukan sebagai antara destinasi pilihan bagi bufet Ramadan di negara ini.

Latest

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea...

Nama Shila Amzah semakin kukuh di China

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Shila Amzah melahirkan rasa syukur kerana...
spot_img

Jangan Terlepas!

Di Sebalik Kehebatan Di Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0

Oleh: Syed Yusof Wafa Sungguh luar biasa, seakan mengimbau kembali...

‘Lalok’ Fauziah Nawi menjadi

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU bercakap mengenai penjiwaan watak, tidak dapat...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea...

‘Doa Sang Pendosa’ penuh pengajaran

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI anda sudah menonton telefilem 'Doa Sang...

Nama Shila Amzah semakin kukuh di China

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Shila Amzah melahirkan rasa syukur kerana...
Syed Yusof Wafa
Syed Yusof Wafa
SYED Yusof Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai, URS, Hit, Variapop serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee dan editor portal terkenal Ladybosz.com
spot_imgspot_img

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat Saman sejak beliau menyertai program realiti Akademi Fantasia musim kedua pada 2004 dan ketika itu...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) BILA sebut lagu, Nasi Dagang yang popular satu...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea Selatan yang berjudul Taxi Driver, pasti kenal dengan watak Kim Do-gi, lakonan Lee Je Hoon....