Wow… Ahmad Nawab terima pengiktirafan MBOR bagi Muzik Sinematik Terbanyak!

Oleh: Syed Yusof Wafa

Sungguh luar biasa dan membanggakan, Allahyarham Tan Sri Dr. Ahmad Nawab atau nama asal, Ahmad Khan Nawab Khan dilahirkan di Pulau Pinang di pagi hari Raya Aidil Adha pada tahun1933. Allahyarham merupakan seorang pencipta lagu, pemuzik, penyanyi serta pengubah lagu yang tiada nilainya buat tanah air tercinta.

Mendapat pendidikan awal di sekolah Francis Light School pada tahun 1946. Ketika zaman persekolahan cenderung dalam bidang melukis. Allahyarham mula mempelajari muzik sejak usia belasan tahun daripada bapa nya Allahyarham Nawab Khan Rana Khan dan Instrument pertama adalah klarinet.

Ahmad Nawab semasa kecil (berdiri paling kanan)bersama ayah Nawab Khan dan adik Akbar Nawab.

Mula berkhidmat dengan pancaragam polis Kedah pada tahun 1951 selama dua tahun.Semasa bertugas Allahyarham telah mencipta lagu pertama ‘Bintang Malam’ yang telah dirakam oleh Zaharah Agus serta dinyanyikan oleh Saloma dalam filem ‘DO RE MI’. Lagu tersebut juga telah dirakam semula oleh Uji Rashid dan Hetty Koes Endang.

Pada tahun 1957 Allahyarham telah mendapat tawaran bekerja sebagai pemuzik kelab malam di Bukit Bintang Cabaret.(Sungai Wang).

P.Ramlee merupakan sahabat Ahmad Nawab sejak bangku sekolah.

Mula berkhidmat dengan Orkestra RTM selama 17 tahun malah telah memenangi banyak anugerah dan antaranya Anugerah Merak Kayangan (Lagu Terbaik) bagi lagu ciptaan pertamanya Bintang Malam pada 1980.

Setelah itu mendapat tawaran sebagai A&R manager di E.M.I. Seterusnya ditawarkan dengan W.E.A. Menumbuhkan syarikat sendiri Nawab Production pada tahun 80an.

Allahyarham diberi penghormatan tertinggi apabila dipilih untuk menerima “Anugerah Seniman Negara” 2006 pada 20 November 2006 anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Bergambar kenangan bersama barisan pelakon yang menjayakan Filem ‘Nasib Si Badul’ 1977.

Allahyarham juga dijadikan wakil Kekkwa di seminar atau forum di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sepanjang penglibatan seawal tahun 50an, Allahyarham telah menghasilkan lebih 2000 lagu, 200 lebih buah album serta 42 lagu-lagu untuk filem yang telah didendangkan oleh artis-artis tempatan dan luar negara yang popular seperti Dato Sharifah Aini, Uji Rashid, Dato Hail Amir, Hetty Koes Endang, Dato’ Khatijah Ibrahim, Latiff Ibrahim, Dato Jamal Abdilah,Sudirman Haji Arshad, Dato Shake, Ramlah Ram, Dato D.J Dave, Broery Marantika, Siti Fairuz, Shidee dan ramai lagi.

Ahmad Nawab amat terasa kehilangan sahabat beliau Broery Marantika

Populariti Allahyarham telah membuktikan bahawa lagu-lagu ciptaannya mampu bersaing serta dapat bertahan lebih dari tujuh puluh tahun. Ahmad Nawab merupakan orang yang
bertanggung jawab mencipta lagu dengan gubahan muzik yang melambangkan warisan negara yang bertajuk Cuti Cuti Malaysia nyanyian Siti Nurhaliza dan “Malaysia Truly Asia” yang dinyanyikan oleh Datuk Khatijah Ibrahim. Lagu tersebut dijadikan lagu tema bagi mempromosi Malaysia dan telah dirakam dalam 17 bahasa di persada antarabangsa.

Sepanjang pembabitannya sejak era 1950-an, beliau menghasilkan lebih 200 lagu untuk 42 filem tempatan, sekali gus melakar sejarah tersendiri dalam industri perfileman dan muzik tanah air.

Sepanjang pembabitannya sejak era 1950-an, beliau menghasilkan lebih 200 lagu untuk 42 filem tempatan, sekali gus melakar sejarah tersendiri dalam industri perfileman dan muzik tanah air. Dengan ini, legenda muzik negara, Ahmad Nawab menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori Penerbitan Muzik Sinematik Terbanyak.

Dengan ini, legenda muzik negara, Ahmad Nawab menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori Penerbitan Muzik Sinematik Terbanyak.

Sijil pengiktirafan itu diserahkan Pegawai Rasmi MBOR, Siti Hajar Johor kepada anak keempat iaitu Nasir Khan, dalam satu majlis khas.

Menurut wakil MBOR, ini adalah rekod kedua dipegang Allahyarham selepas menerima pengiktirafan sebagai Komposer Dengan Lagu Terbanyak Dirakamkan iaitu kira-kira 2,000 lagu pada 2006.

Latest

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea...

Nama Shila Amzah semakin kukuh di China

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Shila Amzah melahirkan rasa syukur kerana...
spot_img

Jangan Terlepas!

‘Lalok’ Fauziah Nawi menjadi

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU bercakap mengenai penjiwaan watak, tidak dapat...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea...

‘Doa Sang Pendosa’ penuh pengajaran

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI anda sudah menonton telefilem 'Doa Sang...

Bukan Sekadar Menghibur, Agih 100 Pek Makanan Kepada Golongan Gelandangan

Oleh: Syed Yusof Wafa Sungguh mulia, tidak hanya menghiburkan di...
Syed Yusof Wafa
Syed Yusof Wafa
SYED Yusof Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai, URS, Hit, Variapop serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee dan editor portal terkenal Ladybosz.com
spot_imgspot_img

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat Saman sejak beliau menyertai program realiti Akademi Fantasia musim kedua pada 2004 dan ketika itu...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) BILA sebut lagu, Nasi Dagang yang popular satu...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea Selatan yang berjudul Taxi Driver, pasti kenal dengan watak Kim Do-gi, lakonan Lee Je Hoon....