Zoey Rahman nak Anis Suraya tapi dapat Elliza

Oleh: Khadijah Ibrahim

DIAM-DIAM pelakon dan pengacara, Zoey Rahman muncul dengan lagu raya berjudul “Kita Dah Raya”. Tahun ini memang banyak lagu raya yang dikeluarkan dan terpulang kepada pendengar untuk memilih.

Zoey atau nama penuhnya, Mohd Hairey Azhar Rahman, 41, berkata, idea untuk hasilkan lagu “Kita Dah Raya” dicetuskan oleh pengurusnya, Zafar.

Ujar Zoey, beliau tidak sangka yang pengurusnya serius mahu keluarkan single raya untuknya kerana sebelum ini, dia pernah menyanyi bersama Haqiem Rusli, Tajul, Ernie Zakri, Wani Syaz dan Sissy Iman menerusi lagu “Girang Syawal Tiba” projek khas untuk Mydin pada 2108.

“Ini lagu raya kedua saya. Asalnya Zafar minta saya tulis point tentang raya untk orang yang tengah hangat bercinta. Bila dah siap saya bagi dekat manager saya.

“Rupa-rupanya dalam diam dia ubah sikit-sikit dan tau tau dia bagi demo, cakap nah nyanyi lagu raya ni tapi kena duet. Terkejut juga la ingat dia main-main.

“Untuk pasangan duet sebenarnya Zafar nak aturkan duet dengan Anis Suraya. Setelah dia call Anis ada beberapa perkara yang perlu dibincang lanjut. Tapi masa sangat suntuk.

“So, manager suruh saya fikirkan siapa yang senang untuk bekerjasama sebab kita dah mula berpuasa. Maka tercetuslah idea duet dengan Elliza Razak. Sebab dia memang kawan baik saya, jadi senang nak bincang,” jelas Zoey.

Zoey menulis lirik untuk lagu dendangannya bersama Elliza Razak yang dicipta oleh RiaRaiba.

Lagu ciptaan RiaRaiba dan lirik oleh Zoey itu dirakam pada 25 Februari lalu lepas berbuka puasa di Platinum Studio Damansara. Ujar Zoey sewaktu sesi rakaman, Nine Phyne Ballerz turut membantu untuk menjaga vokal mereka.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Bila lirik lagu ini diberi pada RiaRaiba, tanpa lengah dia terus buat demo dan cadangkan lagu ini dinyanyikan berdua sebab lirik lagu ni lebih sesuai untuk duet.

“Dan konsep lagu ini dibuat bersesuaian dengan situasi sekarang tidak tradisional tetapi masih terkandung mood happy raya yang boleh dilayan oleh semua peringkat umur. Lagu raya tidak semestinya kena ada unsur tradisional sahaja.

“Apa yang penting masih dapat menyuntik semangat dan ada mood raya di dalamnya. Dan rata-rata lagu raya tahun ni terdapat sentuhan tradisional jadi kami memilih untuk keluar lagu yang sedikit berbeza dari orang lain,” katanya lagi.

Pengasas MIKASeries itu mengakui beliau bersedia menerima kritikan daripada netizen kerana itu adalah sebahagian daripada asam garam dalam kehidupan anak seni.

“Kalau nak kata bersedia sampai bila pun tak bersedia kalau tak dipaksa. Tapi sebagai anak seni saya kena panjangkan langkah. Dan melihat segala peluang yang ada sebagai pintu rezeki yang dibuka dan diatur oleh Allah.

“Dan lepas ni bermula la episod baru dalam kerjaya saya dan saya perlu hadiri kelas vokal yang akan diatur oleh piahak pengurusan saya. Saya tak pernah anggap apa yang orang komen tu sebagi kritikan kerana jadi anak seni kena selalu positif .

“Saya anggap apa yang dikomen itu semua sebagai satu kata-kata semangat dan tanda orang peduli tentang kita. So far, sejak lagu ni release di semua platform, rata rata cakap yang lagu ni sedap tak serabut melodi serta liriknya mudah melekat walau pun hanya sekali dengar,” kata Zoey terus terang.

Sebagai penyanyi untuk lagu “Kita Dah Raya” yang mengeluarkan kos sendiri, Zoey harap lagu dendangannya dengan Elliza itu menjadi lagu malar segar.

Sementara itu, Elliza yang merupakan adik kepada Ellina yang popular menerusi lagu “Suasana Hari Raya” bersama Anuar Zain sejak 2012 hingga kini berkata, apabila mendapat panggilan telefon daripada Zafar, beliau sangat teruja.

“Mula mula dapat call dari Zafar dia tanya saya, kau nak tak join projek gila, projek last minute . Dan bila dia dah terangkan ini projek lagu raya berduet dengan Zoey, Saya rasa sangat teruja sebab kami kawan yang dah lama tak berjumpa.

“Bila kami jumpa semula untuk pertama kali berbincang, semua kenangan masa kami lepak sama dulu keluar satu persatu. Dan sebab kami dah memang rapat, so chemistry untuk berduet tu memang ada. Maka mudahlah untuk kami bekerjasama.

“Selain bantuan Nine di studio. Saya turut bantu untuk vocal guide dan bagi semangat pada Zoey. Mula-mula dia memang nervous, but lama sikit roh dia baru masuk maka mudahlah proses rakaman vokal lagu ni,” cerita Elliza pula.

Malah lagu edaran Rusa Music ini juga akan diserikan dengan pembikinan video muzik.

Latest

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea...

Nama Shila Amzah semakin kukuh di China

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Shila Amzah melahirkan rasa syukur kerana...
spot_img

Jangan Terlepas!

Bukan Sekadar Menghibur, Agih 100 Pek Makanan Kepada Golongan Gelandangan

Oleh: Syed Yusof Wafa Sungguh mulia, tidak hanya menghiburkan di...

Di Sebalik Kehebatan Di Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0

Oleh: Syed Yusof Wafa Sungguh luar biasa, seakan mengimbau kembali...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber...

‘Lalok’ Fauziah Nawi menjadi

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU bercakap mengenai penjiwaan watak, tidak dapat...

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat Saman sejak beliau menyertai program realiti Akademi Fantasia musim kedua pada 2004 dan ketika itu...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) BILA sebut lagu, Nasi Dagang yang popular satu...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea Selatan yang berjudul Taxi Driver, pasti kenal dengan watak Kim Do-gi, lakonan Lee Je Hoon....