Achey terus bagi dua lagu raya

Oleh: Khadijah Ibrahim

DUA lagu sekali gus dikeluarkan oleh Achey sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, iaitu “Nak Balik Raya” dan “Ibu Raya”.

Kedua-dua lagu tersebut dihasilkan dengan pendekatan berbeza namun berkongsi mesej yang sama iaitu mengangkat nilai kekeluargaan, kegembiraan pulang ke kampung serta keindahan meraikan Syawal bersama insan tersayang.

Lagu “Nak Balik Raya” menampilkan Achey & Family dengan konsep ceria dan santai yang menggambarkan suasana perjalanan pulang ke kampung menjelang Aidilfitri. Karya ini menonjolkan elemen kekeluargaan apabila isteri dan anaknya, Tiara turut terlibat secara langsung dalam projek berkenaan.

Achey senang berkongsi pengalaman sendiri dalam lagu dendangannya.

Menurut Achey, konsep lagu ciptaan Achoi itu diolah untuk menggambarkan kegembiraan dan persiapan yang sering dilalui masyarakat setiap kali pulang ke kampung menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Konsep lagu ini sebenarnya sangat dekat dengan keluarga. Saya selitkan pembabitan isteri dan anak saya kerana mahu menonjolkan elemen kekeluargaan.

“Emosi lagu ini pula lebih kepada kegembiraan dan keterujaan orang ramai yang sedang membuat persiapan untuk pulang ke kampung,” katanya yang merupakan penulis lirik untuk lagu tersebut.

Achey turut menjelaskan bahawa pengalaman peribadinya sebagai artis turut menjadi inspirasi dalam menghasilkan lagu berkenaan.

“Nak Balik Raya” menampilkan Achey & Family dengan konsep ceria dan santai.

“Saya ambil sedikit pengalaman sendiri, terutamanya ketika mula-mula bergelar artis. Ada masa kita tidak sempat balik raya, ada masa pula raya secara mengejut.

“Jadi pengalaman itulah yang saya selitkan dalam lagu ini supaya pendengar boleh rasa nostalgia perjalanan pulang ke kampung,” jelasnya lagi.

Tambah Achey, “Nak Balik Raya” juga membawa mesej penting kepada generasi masa kini agar terus mengekalkan budaya pulang ke kampung setiap kali Aidilfitri.

“Saya harap generasi sekarang masih ada ‘vibe’ untuk balik kampung. Kadang-kadang kita lihat ada yang memilih untuk beraya di bandar sahaja.

“Bagi saya, budaya balik kampung itu sangat penting kerana di situlah kita berkumpul dengan keluarga dan berkongsi kegembiraan bersama,” katanya.

Achey senang bekerja sama dengan penyanyi cilik dalam lagu “Ibu Raya”.

Video muzik lagu “Nak Balik Raya” mendapat sambutan hebat daripada orang ramai hingga berjaya menduduki Top 10 carta trending untuk muzik di YouTube sebaik sahaja dimuat naik ke YouTube pada 28 Februari lalu dan kini sudah pun mencatat hampir 500,000 tontonan.

Selain “Nak Balik Raya”, Achey turut tampil dengan sebuah lagi lagu raya berjudul “Ibu Raya” yang dinyanyikan bersama penyanyi cilik Tantari serta dua bakat muda iaitu Dahlya dan Rayyan.

Seperti lagu “Nak Balik Raya”, “Ibu Raya” ciptaan sepenuhnya oleh Achey, turut menggambarkan kemeriahan sambutan hari raya tetapi lebih memberi fokus kepada peranan ibu dan kasih sayang keluarga ketika menyambut Aidilfitri.

Melalui kedua-dua lagu ini, Achey berharap karya yang dihasilkan dapat menemani perjalanan orang ramai ketika pulang ke kampung serta membangkitkan lagi semangat Aidilfitri.

Lagu “Ibu Raya” menggambarkan kemeriahan sambutan hari raya dan peranan ibu.

“Saya berharap lagu-lagu ini diterima dengan santai dan penuh kegembiraan. Kalau boleh, biarlah ia dimainkan di radio, dalam bas, di pasar raya atau ketika orang ramai keluar membeli-belah di bazar Ramadan dan bazar raya. Mudah-mudahan lagu ini dapat membangkitkan semangat untuk orang ramai pulang beraya bersama keluarga,” katanya.

Dengan gabungan elemen ceria, nostalgia dan kasih sayang keluarga, “Nak Balik Raya” dan “Ibu Raya” diharapkan mampu menjadi antara lagu yang menyerikan lagi sambutan Aidilfitri tahun ini.

Lagu “Nak Balik Raya” dan “Ibu Raya” terbitan Seventeen Eleven Music kini boleh distrim di semua platform penstriman muzik utama dan video muzik rasmi kedua-lagu tersebut juga boleh ditonton di saluran YouTube ‘Seventeen Eleven Music’.

Latest

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea...

Nama Shila Amzah semakin kukuh di China

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Shila Amzah melahirkan rasa syukur kerana...
spot_img

Jangan Terlepas!

Bukan Sekadar Menghibur, Agih 100 Pek Makanan Kepada Golongan Gelandangan

Oleh: Syed Yusof Wafa Sungguh mulia, tidak hanya menghiburkan di...

‘Doa Sang Pendosa’ penuh pengajaran

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI anda sudah menonton telefilem 'Doa Sang...

Nama Shila Amzah semakin kukuh di China

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Shila Amzah melahirkan rasa syukur kerana...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea...

Di Sebalik Kehebatan Di Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0

Oleh: Syed Yusof Wafa Sungguh luar biasa, seakan mengimbau kembali...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat Saman sejak beliau menyertai program realiti Akademi Fantasia musim kedua pada 2004 dan ketika itu...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) BILA sebut lagu, Nasi Dagang yang popular satu...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea Selatan yang berjudul Taxi Driver, pasti kenal dengan watak Kim Do-gi, lakonan Lee Je Hoon....