Muhamad Izzat kongsi rezeki bersama anak yatim, tanda balas budi

Oleh: Khadijah Ibrahim

PERNAH menginap di rumah anak yatim selama enam tahun dan tahu bagaimana perasaan penghuni rumah kebajikan tersebut tatkala menjelang Syawal, justeru itulah Muhamad Izzat Samadi, menganjurkan program kebajikan “Jom Kongsi Rezeki – Bersama Anak Yatim”.

Untuk program yang berlangsung di Urban Park Hall, Shah Alam pada 13 Mac lalu, Muhamad Izzat telah meraikan 50 orang anak yatim dari Asrama Kasih YBK Serendah (ASKAS) dan tiga orang penjaga termasuk pengetua, Halimah Saadiah Mohd Nawi.

Ujarnya, objektif utama penganjuran majlis dengan tema “Berkongsi Rezeki, Menyemai Harapan” adalah untuk berkongsi kegembiraan, kasih sayang serta rezeki bersama anak-anak yatim dari ASKAS.

“Seramai 50 anak yatim dari Asrama Kasih YBK Serendah (ASKAS) hadir ke majlis ini kerana sebelum ini saya juga sebahagian daripada anak yatim. Ini merupakan tahun ketiga saya anjurkan acara sebegini.

Elly Arifin bukan hadir sebagai tetamu saja, dia merupakan pengacara untuk majlis tersebut.

“Saya pilih ASKAS kerana saya nak membalas balik budi kepada pengasas rumah anak yatim tersebut. Melalui penganjuran majlis sebegini saya juga berpeluang untuk berkolaborasi dengan beberapa penaja untuk berkongsi rezeki dengan anak-anak tersebut.

“Sumbangan yang diberi adalah baju raya, kasut, duit raya serta beberapa jenama lain turut menyumbang hadiah dan barangan kepada anak-anak ASKAS termasuk Jakel HQ (pakaian raya), Choctop (kasut), One Drop Perfume (minyak wangi), The Batek Boutique (set lukisan), Nestlé (ais krim) serta Bloomthis (hamper),” jelasnya.

Sebelum ini, beliau juga pernah buat beberapa program termasuklah bantuan kepada golongan asnaf yang terkesan oleh wabak covid di sekitar Hulu Selangor pada tahun 2020, program kebajikan di Al Khairiah di Sekinchan pada tahun 2024, serta program kebajikan di Maahad Tahfiz Al-Fateh, Batang Kali pada tahun 2025.

Elly Arifin dan Wanns Ahmad bergandingan dalam lagu Raya Huru Hara.

Tegasnya, program-program yang dianjur mencerminkan komitmen berterusan dalam menyemai semangat memberi kembali kepada masyarakat.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa tetamu jemputan dan tokoh industri termasuk wakil daripada Juz Coffee sebagai penaja bersama, serta individu-individu seperti YM Tengku Loreta Tengku Dato’ Setia Ramli AlHaj, Dato’ Ivan Lim dan Dato’ Che Mat Che Ismail .

Turut memeriahkan majlis adalah kehadiran artis dan selebriti tempatan seperti Elly Arifin, Asfan Shah, Wanns Ahmad, Aqeesh Aleeya, Wani Annuar dan Aiman Zaidi.

Program ini turut mendapat sokongan daripada beberapa pihak penaja yang menjayakan majlis ini. Zai Sri Gemilang Catering tampil sebagai penaja utama dengan menyediakan jamuan makanan serta lokasi majlis.

Latest

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea...

Nama Shila Amzah semakin kukuh di China

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Shila Amzah melahirkan rasa syukur kerana...
spot_img

Jangan Terlepas!

Di Sebalik Kehebatan Di Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0

Oleh: Syed Yusof Wafa Sungguh luar biasa, seakan mengimbau kembali...

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat...

Bukan Sekadar Menghibur, Agih 100 Pek Makanan Kepada Golongan Gelandangan

Oleh: Syed Yusof Wafa Sungguh mulia, tidak hanya menghiburkan di...

Nama Shila Amzah semakin kukuh di China

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Shila Amzah melahirkan rasa syukur kerana...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat Saman sejak beliau menyertai program realiti Akademi Fantasia musim kedua pada 2004 dan ketika itu...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) BILA sebut lagu, Nasi Dagang yang popular satu...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea Selatan yang berjudul Taxi Driver, pasti kenal dengan watak Kim Do-gi, lakonan Lee Je Hoon....