Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 bukan sekadar hiburan

Oleh: Khadijah Ibrahim

KIRA-KIRA 25 orang anak seni yang berdepan masalah kesihatan dan kewangan dirai pada majlis Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 yang berlangsung di Saloma Kuala Lumpur pada 14 Mac, baru-baru ini.

Setiap daripada mereka menerima sumbangan RM2,000 daripada penganjur majlis iaitu HS Event & Ent Sdn Bhd, yang menggunakan kutipan jualan meja untuk disalurkan kepada penerima.

Antara penerima sumbangan pada malam tersebut adalah pengarah Murali Abdillah, M.Jamil anak kepada Seniwati Datuk Sarimah Ahmad, Shariza Mahmud, Amyza Aznan, Zaiton Sameon, Dr Sam, Ali XPDC, Nine (vokalis kumpulan Coco) dan Akmal Abdullah (bekas wartawan Berita Harian).

The Rayhan memulakan persembahan dengan lagu “Iman Mutiara”.

Sumbangan tersebut diserahkan sendiri oleh penganjur majlis iaitu Datin Sri Dr. Riza Dato’ Che Umar bersama rakan kongsi, Mubarak Akhtar.

Dr. Riza berharap, usaha yang dilakukan itu dapat meringankan beban golongan terlibat menjelang Aidilfitri, sekali gus menjadikan Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 bukan sekadar medan hiburan, tetapi platform menyemai kasih sayang dan kebajikan dalam bulan penuh keberkatan.

Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 hanya bermula pada pukul 10 malam selepas selesai solat tarawih.

Persembahan Noorshila Amin diiringi oleh tiupan saksafon oleh anaknya.

Sepuluh ikon seni tanah air era 80-an dan 90-an disatukan di atas satu pentas menerusi Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0. Setiap daripada mereka perlu mengadakan persembahan dua kali, iaitu di dalam dewan dan di luar dewan dengan iringan pemuzik profesional.

The Rayhan yang dianggotai oleh Nazrey Johani, bersama dua lagi bekas anggota Raihan iaitu Afad dan Amran Ibrahim, memulakan persembahan dengan lagu “Iman Mutiara” dan di akhiri dengan lagu “Puji-Pujian”.

Penghibur kedua yang tampil ke pentas adalah Noorshila Amin yang mendendangkan lagu-lagu popularnya, “Rambu Ramba”, “Aku Sudah Jatuh Cinta” dan “Kad Ucapanmu” dengan iringan tiupan saksafon oleh anaknya, Mohd Banni Basyishar.

Kopratasa menyanyikan lagu-lagu popular mereka seperti “Masihkah Kau Ingat”.

Kemudian Roy mengambil alih pentas dengan menyanyikan lagu “Diari Mimpi” yang merupakan album pertamanya, keluaran 1989 dan disudahi dengan lagu “Kau Ratnaku”.

Pentas kemudian diserikan dengan penampilan kumpulan Kopratasa yang terkenal dengan lagu-lagu berunsur puisi yang menyentuh isu rakyat, ketuhanan dan masyarakat.

Pada malam itu Sani Sudin, Usop atau Mohd Yusof Ahmad dan Siso yang nama sebenarnya, Syed Indera Syed Omar memulakan persembahan dengan lagu “Masihkah Kau Ingat”.

Sudah pasti penonton menunggu Zack Budak Kacamata menyanyikan lagu “Bintang” secara langsung.

Kemudian disusuli dengan lagu “Permata Untuk Isteri” dan “Tetamu Senja” yang merupakan puisi nukilan Sasterawan Negara, Datuk Seri A Samad Said.

Meskipun lagu “Untukmu Ibu” dan lagu raya “Ku Pohon Restu Ayah Bonda” dirakam oleh Mamat sewaktu usia remaja, namun tiap kali beliau mendendangkan lagu-lagu tersebut pasti mendapat perhatian ramai.

Begitu juga dengan lagu “Bintang” dendangan kumpulan Budak Kacamata yang dikeluarkan pada 2002, kini kembali tular turut dinyanyikan secara langsung oleh Zack, vokalis utama kumpulan tersebut.

“Selepas hampir 20 tahun duduk dalam gua, sekarang saya kembali menyanyi,” gurau Zack sebelum meneruskan persembahan menerusi lagu “Doa Buat Kekasih” duet bersama Zur Eda.

Zur Eda mendendangkan lagu popularnya termasuklah “Kelmarin” dan “Pelitaku”.

Kemudian Zur Eda atau Zuraidah Mokhtar menunjukkan kemahirannya menari tango dengan melibas kain sewaktu mendendangkan lagu “Kelmarin”. Beliau juga menghibur penonton dengan lagu “Pelitaku” yang diterbitkan pada 1987.

Manakala To’ki atau Mohd Zaki Mansor pula memilih lagu “Hampa” dan “Firasat” untuk menghibur tetamu yang ada di dalam dewan itu sambil memetik gitar.

Kemudian tampil pula penyanyi Shima yang popular dengan lagu “Teringin” dan “Luka Dilukai” mengambil alih pentas.

Manakala Dayangku Intan merupakan selebriti terakhir mengadakan persembahan sebelum jam mencecah 1 pagi.

Persembahan Dayangku Intan mengembalikan nostalgia penonton yang meminati lagu-lagu nyanyiannya.

Dayangku Intan atau Tunku Intan Tunku Abdul Hamid memulakan persembahan dengan lagu “Kita Insan Biasa”, lagu duetnya bersama Allahyarham Jay Jay.

“Selalu orang minta saya nyanyikan lagu ini. Walaupun ini lagu duet tapi saya lebih selesa menyanyikan secara solo kerana tiap kali nyanyi lagu ini mesti ingat pada rakan saya itu,” katanya.

Tiga lagu lain yang dipersembahkan oleh Dayangku Intan adalah “Berpaut Di Dahan Cinta”, “Semakin Rindu Semakin Sayang” dan “Senandung Hari Raya Untukmu”.

Secara keseluruhan, Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 bukan sekadar pentas hiburan, tetapi platform menyemai kasih sayang dan kebajikan dalam bulan penuh keberkatan.

Latest

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea...

Nama Shila Amzah semakin kukuh di China

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Shila Amzah melahirkan rasa syukur kerana...
spot_img

Jangan Terlepas!

‘Lalok’ Fauziah Nawi menjadi

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU bercakap mengenai penjiwaan watak, tidak dapat...

Bukan Sekadar Menghibur, Agih 100 Pek Makanan Kepada Golongan Gelandangan

Oleh: Syed Yusof Wafa Sungguh mulia, tidak hanya menghiburkan di...

Nama Shila Amzah semakin kukuh di China

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Shila Amzah melahirkan rasa syukur kerana...

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat Saman sejak beliau menyertai program realiti Akademi Fantasia musim kedua pada 2004 dan ketika itu...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) BILA sebut lagu, Nasi Dagang yang popular satu...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea Selatan yang berjudul Taxi Driver, pasti kenal dengan watak Kim Do-gi, lakonan Lee Je Hoon....