Pertama kali beraya sebagai isteri, Amira Othman kena “Bincang Raya” dulu

Oleh: Khadijah Ibrahim

DALAM tempoh beberapa hari video muzik lagu “Bincang Raya” dimuat naik di saluran YouTube rasmi Amira Othman, jumlah tontonan telah mencecah 2.8 juta.

Tahniah diucapkan kepada Amira dan pasangan duet iaitu adiknya, Irfan Haris kerana berjaya memikat hati ramai penonton singgah ke platform tersebut untuk menonton penampilan mereka dalam video muzik arahan Khalid Nadzri bersama Fattah Amin.

Bukan sekadar video muzik yang membuatkan penonton berteka-teki, benarkah Amira sedang hamil (hint) tapi kerana lagu ciptaan Haiqal Iskandar, Irfan Haris, Shazriq Azeman dan Omar K, yang berentak moden dengan sentuhan klasik yang unik dan menyeronokkan.

Selain mengarah bersama Khalid Nadzri, Fattah Amin turut membuat kemunculan istimewa dalam video muzik “Bincang Raya”.

Ditambah pula dengan lirik yang dekat di hati peminat, hasil nukilan Irfan Haris, Shazriq Azeman dan Omar K, sekali gus membuatkan karya tersebut mendapat perhatian ramai walaupun tahun ini banyak lagu raya diterbitkan.

Ini kerana lagu “Bincang Raya” keluaran Sony Music Entertainment Malaysia itu diilhamkan daripada pengalaman sebenar Amira sebagai isteri kepada Fattah yang pertama kali bakal sambut raya bersama.

Amira turut berkongsi keseronokan apabila dirinya dijadikan inspirasi utama lagu ini.

“Irfan memang sengaja tulis lagu ini tentang saya. Sebelum ini setiap tahun saya hanya beraya di Johor sahaja, tidak ada apa yang perlu dibincangkan.

Sebelum ini lagu duet mereka “Rasa & Takdir” turut mendapat sokongan ramai.

“Tapi bila dah ada suami, mestilah kena bincang dahulu. Lagu ini memang buat saya tersenyum setiap kali dengar. Ia cerita yang dekat dengan hati. Setiap tahun, pasangan suami isteri mesti ada perbincangan kecil ini. Lagu ini pasti buat semua orang terhibur bila mendengarnya,” ulas Amira tentang lagu penuh makna bagi dirinya itu.

Menurut Irfan, idea lagu tersebut lahir secara spontan daripada perbualan ringan antara kakak dan adik.

“Sehari sebelum memasuki studio, saya ada bertanya dengan kakak saya, ‘Kak, tahun ini raya belah mana?’ Soalan itu nampak biasa, tapi bagi saya kisah ini agak istimewa. Ini kerana kakak saya pertama kali beraya sebagai isteri, jadi terus terdetik hendak menjadikan ia lagu.

“Bincang Raya” membawa cerita yang mudah difahami iaitu perbincangan pasangan tentang giliran pulang beraya. Tema ini membuatkan lagu ini sangat dekat dengan realiti masyarakat kita.

“Saya hendak lagu ini bukan untuk kakak dan abang Fattah sahaja, tapi semua pasangan di luar sana boleh relate. Bila lihat respons awal di media sosial, ramai yang suka sebab mereka rasa ini cerita mereka juga,” kata Irfan.

Pasangan adik-beradik ini sempat menghibur tetamu yang hadir pada majlis pelancaran single “Bincang Raya”, baru-baru ini.

Tambahnya, lagu bergenre pop raya moden dengan elemen klasik, menjadikannya segar dan berbeza daripada lagu raya biasa.

“Instrumen “seruling” yang lembut memberi sentuhan nostalgia, sesuai dengan cita rasa kakak yang gemar dengan muzik klasik Melayu.

“Kami campurkan elemen klasik untuk beri rasa istimewa, namun masih ceria dan moden. Ia gabungan yang menjadi,” jelas Irfan yang senang bekerjasama dengan Haiqal, Syazriq dan Omar K.

Katanya, lagu tersebut tidak akan menjadi tanpa mereka. Irfan akui lagu tersebut dicipta dari hati, dan apabila peminat kata mereka suka dan boleh relate dengan lagu ini, itu sudah menjadi penghargaan buat dirinya.

“Lagu “Bincang Raya” lahir dari kejujuran, bukan untuk mengejar angka atau pencapaian semata-mata,” ujarnya.

Menambahkan lagi tarikan single ini, selain mengarah Fattah turut tampil sebagai kameo dalam video muzik “Bincang Raya”.

Lagu ini kena dengan siapa saja yang baru pertama kali sambut raya sebagai suami isteri.

“Abang Fattah memang peminat muzik. Bila dengar demo, dia terus hendak terlibat dan mengarah video muzik. Itu yang membuatkan pengalaman ini lebih peribadi dan menyeronokkan,” kata Irfan.

Sementara Amira berkata, beliau tiada masalah berlakon di bawah pengawasan suami kerana di set Fattah merupakan pengarah.

“Bahagian ‘Tak bolehlah sayang’ di penghujungnya tercetus secara spontan. Ketika rakaman, saya cadangkan apa kata kita tambah plot twist yang comel sebagai tarikan, namun itu semua hiburan dalam lagu semata. Hakikatnya suami saya sangat mudah untuk dibawa berbincang,” tambahnya tersenyum.

Latest

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea...

Nama Shila Amzah semakin kukuh di China

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Shila Amzah melahirkan rasa syukur kerana...
spot_img

Jangan Terlepas!

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat...

Nama Shila Amzah semakin kukuh di China

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Shila Amzah melahirkan rasa syukur kerana...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea...

‘Doa Sang Pendosa’ penuh pengajaran

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI anda sudah menonton telefilem 'Doa Sang...

Bukan Sekadar Menghibur, Agih 100 Pek Makanan Kepada Golongan Gelandangan

Oleh: Syed Yusof Wafa Sungguh mulia, tidak hanya menghiburkan di...
spot_imgspot_img

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat Saman sejak beliau menyertai program realiti Akademi Fantasia musim kedua pada 2004 dan ketika itu...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) BILA sebut lagu, Nasi Dagang yang popular satu...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea Selatan yang berjudul Taxi Driver, pasti kenal dengan watak Kim Do-gi, lakonan Lee Je Hoon....