Eda Ezrin kembali dengan “Adek Saye Abe Sore” bersama Den Manjo

Oleh: Khadijah Ibrahim

PASANGAN duet sensasi yang tular dengan lagu “Cinta Setandan Pisang” atau lebih dikenali sebagai “Bae Soba Bae” iaitu Eda Ezrin dan Den Manjo kembali bersatu dalam single baharu.

Populariti lagu “Bae Soba Bae” yang dikeluarkan pada Disember 2023 ternyata memberi impak besar kepada kedua-dua penyanyi tersebut. Sehingga kini, lagu ciptaan Eddie Hamid yang liriknya ditulis oleh Fadil Turbo dan Mama Ana berjaya mencapai tontonan melebihi 33 juta di saluran YouTube Kijang Music.

Yakin dengan sentuhan Eddie, kini Eda Ezrin dan Den Manjo tampil dengan lagu “Adek Saye Abe Sore” yang dicipta komposer tersohor itu bersama dengan pencipta baharu, Mekiya dan lirik pula ditulis oleh Fadil Turbo, Mama Ana, Jaju dan Te Ha.

Eda Ezrin harap lagu baharu ini dapat membuka ruang untuknya terus mengatur langkah dalam industri hiburan.

Menurut Eddie, “Adek Saye Abe Sore” merupakan kesinambungan daripada lagu “Cinta Setandan Pisang” yang akhirnya sedia menemui peminat.

Cuma kali ini, Eda Ezrin dan Den Manjo bakal menyanyikan lagu yang susunan muziknya dibuat lebih moden berbanding karya sebelum ini.

“Lagu ini dihasilkan dengan muzik yang lebih moden walaupun masih mengekalkan elemen dikir barat. Saya menjangkakan lagu ini juga akan mendapat sambutan baik sebagaimana “Cinta Setandan Pisang”.

“Sebenarnya, saya sudah buat lagu ini lebih setahun lalu, tapi terpaksa disimpan kerana kejadian yang berlaku terhadap Eda Ezrin. Malah ramai penyanyi lain yang meminta lagu ini, namun saya tetap menyimpannya untuk Eda Ezrin.

Den Manjo selesa berkolaborasi dengan Eda Ezrin menerusi karya ciptaan Eddie Hamid.

“Ini kerana genre dan vokal lagu ini sangat sesuai dibawakan oleh Eda Ezrin memandangkan ia adalah kesinambungan daripada karya sebelum ini,” katanya yang berharap lagu “Adek Saye Abe Sore” diterima ramai dan mendapat sambutan baik sebagaimana hits terdahulu.

Bagi Eda Ezrin atau nama lengkapnya, Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 31, peluang yang diberi oleh Eddie untuk beliau kembali bergandingan dengan Den Manjo merupakan saat yang dinanti-nantikan.

“Alhamdulillah, syukur sangat kerana Abang Eddie masih memberi kepercayaan kepada saya untuk menyanyikan lagu ciptaannya.

“Untuk menyanyikan lagu ini, saya tak ada masalah kerana saya pernah berkolaborasi dengan Den sebelum ini, masing-masing tahu tanggungjawab.

“Tempoh rakaman pun tak mengambil masa lama sebab saya dan Den sudah hafal bahagian masing-masing. Sesungguhnya, saya gembira dan bersyukur kerana dapat kembali bekerjasama dengan orang yang sama,” katanya.

Meskipun sudah biasa bekerjasama dengan pasukan produksi yang sama, namun Eda akui hatinya berdebar menunggu maklum balas daripada pendengar.

Eda Ezrin dan Den Manjo harap lagu baharu dendangan mereka mendapat sambutan hangat.

“Bohonglah kalau kata saya tak berdebar sewaktu diberi lagu ini. Saya berdebar sebab tahu mesti orang akan bandingkan dengan lagu sebelum ini.

“Apapun, saya tetap berdoa agar lagu ini mendapat sambutan hangat daripada orang ramai dan mampu berada di tangga teratas carta lagu,” katanya penuh harapan.

Selepas melalui episod hitam dalam hidupnya sebelum ini, Eda akui rezekinya dalam industri hiburan tetap berjalan lancar dan berharap dengan kehadiran lagu “Adek Saye Abe Sore”, ruang untuknya terus berkarya terbentang luas.

Bagi Den Manjo atau nama sebenarnya Mohamad Hafizzudin Md. Yusof, 30, peluang merakam lagu “Adek Saye Abe Sore” keluaran Kijang Music itu merupakan hadiah yang tak ternilai.

“Selepas sambutan hangat yang diberikan terhadap lagu duet saya dengan Eda Ezrin, memang saya tak sabar untuk bekerjasama lagi dengan dia.

“Walaupun terpaksa tunggu lama tapi saya tetap bersyukur kerana dapat kembali berpadu suara dengan Eda. Saya harap lagu ini juga mendapat sambutan hangat seperti mana lagu duet kami sebelum ini,” katanya.

Lagu “Adek Saye Abe Sore” terbitan Kijang Music dan edaran Nova Music Malaysia boleh mula distrim di semua platform penstriman muzik digital pada 26 Mac 2026 dan video muzik lagu tersebut boleh mula ditonton di saluran YouTube rasmi Kijang Music pada 25 Mac 2026 di pautan ini: https://youtu.be/cDee7SZwtbk?si=kBnG2y8VmXO-iNIz

Latest

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea...

Nama Shila Amzah semakin kukuh di China

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Shila Amzah melahirkan rasa syukur kerana...
spot_img

Jangan Terlepas!

Nama Shila Amzah semakin kukuh di China

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Shila Amzah melahirkan rasa syukur kerana...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea...

Di Sebalik Kehebatan Di Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0

Oleh: Syed Yusof Wafa Sungguh luar biasa, seakan mengimbau kembali...

‘Lalok’ Fauziah Nawi menjadi

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU bercakap mengenai penjiwaan watak, tidak dapat...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat Saman sejak beliau menyertai program realiti Akademi Fantasia musim kedua pada 2004 dan ketika itu...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) BILA sebut lagu, Nasi Dagang yang popular satu...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea Selatan yang berjudul Taxi Driver, pasti kenal dengan watak Kim Do-gi, lakonan Lee Je Hoon....