Suara Merdeka Kencana 2026 Anjuran Illa Sabry Paling Meriah!

Oleh: Khadijah Ibrahim

SEMPENA merai sambutan Hari Kebangsaan ke-69, baru-baru ini, sementara menunggu pertunjukan bunga api, 12 finalis pertandingan nyanyian Suara Merdeka Kencana 2026, beradu bakat di Bazaria Laman Kencana, Dataran Selayang Mutiara, untuk merebut gelaran juara dan menerima wang tunai RM500 beserta hamper.

Pertandingan nyanyian yang dijuri oleh penyanyi Ila Sabry, Fairuz Selamat, bekas vokalis kumpulan Q-Face, Zazleen Zulkifli, wartawan hiburan, Syed Wafa dan penyampai radio Kool FM, Jamal Jamaludin sebagai pengacara itu memilih Maimunah Mohd Daud, yang menyanyikan lagu “Keangkuhanmu” dendangan asal oleh Ramlah Ram itu sebagai juara.

Manakala tempat kedua yang menawarkan wang bernilai RM200, dimenangi oleh Nor Atiqah Mohamad Amzah, yang mendendangkan lagu “Laksamana Raja Di Laut”, nyanyian asal oleh Iyeth Bustami dari Indonesia.

Jamal Jamaludin (tengah) menjadi penari pengiring sewaktu peserta Norpaizah Nordin mendendangkan lagu “Bossanova”.

Tempat ketiga yang menawarkan hadiah wang tunai RM100 dimenangi oleh Azlan Mohsin yang memilih lagu “Teratai” (Sweet Charity) dan Faraziana Mohd Jani yang memilih lagu “Ya Maulai”, dendangan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Selaku penganjur, Ila Sabry atau nama sebenarnya Fasillah Sabry, 47, yang popular dengan lagu “Keranamu Kekasih” tak sangka pertandingan yang terbuka untuk peserta berusia 17 tahun ke atas itu mendapat sokongan ramai.

“Alhamdulillah, ini merupakan projek pertama yang saya lakukan di sini sejak mengendalikan Bazaria Laman Kencana, Dataran Selayang Mutiara ini, lapan bulan lalu.

Pengunjung yang hadir menikmati makanan di situ juga berpeluang menyertai cabutan bertuah yang diadakan pada malam itu.

“Daripada 30 orang yang mendaftar dan menjalani saringan sebelah siang tadi, kami telah pilih 12 peserta untuk peringkat akhir.

“Kebanyakan peserta adalah penduduk di kawasan Selayang dan yang berhampiran. Pertandingan ini dianjur bagi memberi ruang dan peluang kepada mereka yang berbakat dalam bidang nyanyian.

Pertandingan nyanyian yang dijuri oleh penyanyi Ila Sabry, Fairuz Selamat, bekas vokalis kumpulan Q-Face, Zazleen Zulkifli, wartawan hiburan, Syed Wafa dan penyampai radio Kool FM, Jamal Jamaludin sebagai pengacara itu memilih Maimunah Mohd Daud, yang menyanyikan lagu “Keangkuhanmu” dendangan asal oleh Ramlah Ram itu sebagai juara.

“Mungkin mereka ada impian nak menjadi penyanyi tapi belum begitu berani untuk sertai acara yang lebih besar, jadi di sini adalah platform untuk mereka mencuba bakat,” jelas Illa yang pernah menyertai program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) sebelum ini.

Selain menilai persembahan peserta, Illa bersama rakan juri lain turut menghibur pengunjung yang hadir.

Menariknya, para peserta dan saudara mara mereka yang hadir memberi sokongan sangat ‘sporting’ kerana turut menari sewaktu Zazleen menyanyikan lagu “Seperti Mati Lampu”.

Pemenang bergambar kenangan bersama juri dan urus setia program pada malam itu.

Suasana seperti itu sangat menarik kerana tanpa mengenali antara satu sama lain, mereka disatukan menerusi muzik.

Jelasnya lagi, selain ingin memberi peluang kepada orang ramai mengetengahkan bakat mereka, Illa juga menganjurkan pertandingan nyanyian itu sebagai salah satu cara untuk mempromosi medan selera di kawasan tersebut.

Dari kiri, Nor Atiqah Mohamad Amzah, Maimunah Mohd Daud, Faraziana Mohd Jani dan Azlan Mohsin merupakan pemenang untuk pertandingan, Suara Merdeka Kencana 2026, baru-baru ini.

“Tak sangka saya boleh buat sendiri program nyanyian ini dalam tempoh dua minggu saja dan alhamdulillah dapat sokongan daripada orang sekeliling.

“Acara ini adalah sebahagian daripada promosi untuk perniagaan di sini. Bila buat macam ni ramai yang boleh menyanyi di kawasan Selayang, datang sertai.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan di saat akhir ada juga yang nak taja hadiah hamper. Acara nyanyian ini tidak akan henti di sini saja, saya cadang akan adakan lagi di masa akan datang,” katanya tersenyum puas.

Illa Sabry mengeluarkan banyak kos untuk mempromosi Bazaria Laman Kencana, Dataran Selayang Mutiara.

Selain itu, di medan selera yang mempunyai 30 gerai dengan pelbagai menu itu, beroperasi setiap hari dari tengah hari hingga ke jam 12 tengah malam. Untuk hujung minggu, tempoh operasi dilanjutkan hingga dua pagi.

Memandangkan orang sekitar Selayang meminati hiburan, Illa berhasrat untuk mengadakan sudut karaoke berbayar di situ. Bagi kanak-kanak pula pihak pengurusan menyediakan gelongsor angin, dengan kadar bayaran yang berpatutan.

@divawafa Wow…Meriahnya Sambutan Merdeka 2026 Di Laman Kencana Selayang Mutiara! #illasabry #lamankencanadataranselayangmutiarab #lamankencana ♬ bunyi asal – ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂ – ꧁ R.kay_OfficiaL ꧂

Latest

Asal solo, kini Kaka Azraff berpasangan untuk “Lepaskan”

Oleh: Khadijah Ibrahim MANUSIA hanya merancang dan Allah yang menentukan....

Ultra Kalcer Malaysia 2026 tampilkan 19 artis serumpun

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 7 dan 8 November ini bakal...

Iman Troye tetap sama, walau jana pendapatan tinggi

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 25 Disember ini usianya baru mencecah...
spot_img

Jangan Terlepas!

Ezad mahu mencipta nama sebagai komposer pula

Oleh: Khadijah Ibrahim LEBIH tiga dekad mewarnai industri hiburan tanah...

Lokasi konsert Spideraya tukar demi keselesaan penonton

Oleh: Khadijah Ibrahim DEMI keselamatan dan keselesaan penonton, penganjur konsert...

Cheng Lei terharu dengan sokongan peminat Malaysia

Oleh: Khadijah Ibrahim RAMAI peminat sanggup datang awal ke Sunway...

Ultra Kalcer Malaysia 2026 tampilkan 19 artis serumpun

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 7 dan 8 November ini bakal...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Asal solo, kini Kaka Azraff berpasangan untuk “Lepaskan”

Oleh: Khadijah Ibrahim MANUSIA hanya merancang dan Allah yang menentukan. Begitulah ketentuan lagu "Lepaskan" yang asalnya dirancang untuk dirakam secara solo, tapi akhirnya menjadi lagu...

Ultra Kalcer Malaysia 2026 tampilkan 19 artis serumpun

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 7 dan 8 November ini bakal berlangsung festival muzik Ultra Kalcer Malaysia 2026 di The Volume, Kuala Lumpur. Festival dua hari itu...

Iman Troye tetap sama, walau jana pendapatan tinggi

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 25 Disember ini usianya baru mencecah 24 tahun, namun Siti Nur Alyssa Sahabudin atau lebih dikenali dengan nama Iman Troye sudah...