Dr. Kinmi, Sariya Ng dan Charlotte Yeung curi tumpuan di Paris Fashion Week 2026

Oleh : Nafsiah Jani

PARIS: Malaysia sekali lagi membuktikan keupayaan anak watan di persada antarabangsa apabila dua peragawati tempatan, Dr. Kinmi dan Sariya Ng, dipilih memperagakan busana di pentas berprestij, Paris Fashion Week 2026 baru-baru ini.

Kehadiran mereka bukan sekadar menyerlahkan bakat, keyakinan dan keanggunan, malah menjadi platform penting dalam mempromosikan kepelbagaian budaya serta potensi besar industri kreatif Malaysia di mata dunia.

Tugasan mereka juga untuk menggalas tanggungjawab bagi memartabatkan nama negara dan rantau Asia di Pentas Fesyen Antarabangsa

Turut melengkapkan perjalanan indah ini ialah Charlotte Yeung, pemegang gelaran Miss Charm Asia, yang membawa semangat serta warisan kebudayaan Asia ke pentas global.

Penampilan berani dan keunikan gaya Sariya Ng.

Ketiga-tiga wanita hebat ini membuktikan bahawa dunia fesyen bukan lagi mengenai rupa paras semata-mata.

Sebagai generasi baharu jurucakap antarabangsa, mereka memanfaatkan platform ini untuk membawakan mesej identiti, kepimpinan dan perubahan positif kepada dunia.

Dr. Kinmi dan Sariya Ng Wajah Kebanggaan Malaysia

Membawa profil yang kukuh serta persona penuh karisma, Dr. Kinmi menyerlahkan gaya anggun dan profesionalisme tinggi di pentas Paris. Pembabitan beliau membuktikan keupayaan wanita Malaysia untuk menembusi pasaran global serta bersaing di peringkat tertinggi.

Sementara itu, Sariya Ng turut mencuri perhatian menerusi keunikan gaya, ketrampilan serta pembawakan dirinya di pentas runway. Kehadiran Sariya mencerminkan kepelbagaian bakat serta perkembangan pesat industri kreatif tanah air, sekali gus membawa semangat perpaduan dan kepelbagaian budaya Malaysia ke arena antarabangsa.

Dr.Kinmi menyerlahkan gaya anggun dan profesionalisme tinggi di pentas Paris.

Turut bersama di Paris ialah Charlotte Yeung (Miss Charm Asia), figura berpendidikan tinggi yang berdedikasi membawa perubahan bermakna. Pemegang ijazah Sarjana bidang Bioteknologi dari University of Cambridge, kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam sistem penyampaian ubat-ubatan (drug delivery systems), khusus bagi memperkasakan akses perkhidmatan kesihatan yang mesra alam serta inklusif.

Bukan sahaja aktif dalam bidang penyelidikan saintifik, Charlotte yang membesar dengan nilai-nilai murni Asia serta pengalaman luas mengembara ke lebih 15 buah negara turut bertindak sebagai ‘jambatan budaya’ yang menghubungkan dunia Timur dan Barat.

Penyertaan Dr. Kinmi, Sariya Ng dan Charlotte Yeung di Paris Fashion Week 2026 memberi nafas baharu dalam arena fesyen antarabangsa. Ia menjadi penanda aras bahawa platform fesyen kini berfungsi sebagai wahana pertukaran budaya, pemerkasaan wanita dan penyebaran inspirasi positif secara global.

Usaha ini dijangka terus membuka ruang kolaborasi secara strategik antara penggiat seni, pereka fesyen dan modal insan tempatan dengan komuniti fesyen antarabangsa.

Latest

Konsert Gema Bumantara Siti Nurhaliza Menggamit Kenangan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan Datuk Sri Siti Nurhaliza Sungguh...

KEBAIKAN SOLAT DALAM ISLAM — JANGAN TINGGALKAN SOLAT, KERANA SOLAT ITU TIANG AGAMA!

Oleh: Syed Yusof Wafa “Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan...

TAHUKAH ANDA? INI 7 KEBAIKAN PUTIH TELUR UNTUK KESIHATAN!

Oleh: Syed Yusof Wafa Putih telur bukan sekadar makanan biasa....

Juara bertemu juara di GV13

Oleh: Khadijah Ibrahim SEJAK dimulakan pada 2014, program realiti hiburan...
spot_img

Jangan Terlepas!

Konsert Gema Bumantara Siti Nurhaliza Menggamit Kenangan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan Datuk Sri Siti Nurhaliza Sungguh...

Sejarah tercipta, sanggup berhujan demi Siti Nurhaliza

Oleh: Khadijah Ibrahim "Saya sedih kerana akhirnya impian saya menjadi...

Rugi Tak Tonton Teater “TOK BIDAN SOMAH 2, ” Banyak Kejutan!

Oleh: Syed Yusof Wafa Sarat dengan konflik, fitnah, air mata...

KEBAIKAN SOLAT DALAM ISLAM — JANGAN TINGGALKAN SOLAT, KERANA SOLAT ITU TIANG AGAMA!

Oleh: Syed Yusof Wafa “Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan...

`Konsert Malam Drama Manusia’ Drama Band, Asfan Shah & Manusia 15 Januari 2027

Oleh : Nafsiah Jani Drama Band dan Asfan Shah &...
Nafsiah Jani
Nafsiah Jani
Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita, Saji terbitan Utusan Karya serta pernah menjadi wartawan tetap di Ladybosz.com
spot_imgspot_img

Konsert Gema Bumantara Siti Nurhaliza Menggamit Kenangan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan Datuk Sri Siti Nurhaliza Sungguh luar biasa, Konsert Gema Bumantara yang menampilkan Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, merupakan sebuah...

KEBAIKAN SOLAT DALAM ISLAM — JANGAN TINGGALKAN SOLAT, KERANA SOLAT ITU TIANG AGAMA!

Oleh: Syed Yusof Wafa “Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (Surah al-'Ankabut, ayat 45) 1. Solat Mendekatkan Diri kepada Allah SWT Solat ialah hubungan istimewa...

TAHUKAH ANDA? INI 7 KEBAIKAN PUTIH TELUR UNTUK KESIHATAN!

Oleh: Syed Yusof Wafa Putih telur bukan sekadar makanan biasa. Ia merupakan sumber protein yang berkualiti tinggi, rendah kalori dan mengandungi pelbagai nutrien yang membantu...