`Konsert Malam Drama Manusia’ Drama Band, Asfan Shah & Manusia 15 Januari 2027

Oleh : Nafsiah Jani

Drama Band dan Asfan Shah & Manusia bakal berkongsi pentas menerusi Konsert Malam Drama Manusia yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 15 Januari 2027.

Konsert anjuran Permaico Concerto,yang bermula pada pukul 8.30 malam itu nanti bakal menjanjikan pengalaman berbeza menerusi konsep fantasi yang menggabungkan kepelbagaian muzik, imaginasi dan emosi.

Ketua Pegawai Eksekutif Permaico Concerto, Datuk Norshida Mohamed Ali, memberikan kepercayaan kepada kedua-dua kumpulan untuk menjayakan projek berkenaan sebagai sebuah persembahan istimewa buat peminat muzik tempatan.

Aepul Roza (kiri) bersama Asfan Shah.

“Idea untuk menggabungkan kedua-dua kumpulan itu tercetus setelah melihat pada persamaan kedua-dua kumpulan. Lagu-lagu mereka sering menjadi runut bunyi drama tempatan dan ini secara tidak langsung menjadi faktor yang dapat memantapkan lagi konsep Malam Drama Manusia.

“Saya harap konsert itu dapat menghimpunkan peminat kedua-dua kumpulan dalam sebuah acara yang bukan sahaja menampilkan lagu popular, malah memberikan ruang kepada pemuzik mempersembahkan karya dalam pendekatan muzik yang berbeza.”

Drama Band dan Asfan Shah & Manusia bergambar kenangan dengan penganjur.

Vokalis Drama Band, Noor Syaiful Mohd Zalaludin atau mesra dengan panggilan Aepul Roza, menyifatkan peluang berkongsi pentas dengan Asfan sebagai satu pengalaman bermakna selepas beberapa kali bersaing dalam pertandingan muzik sebelum ini.

“Saya dan Asfan pernah bertanding di atas pentas yang sama sebanyak dua kali. Ada ketika dia menang dan ada ketika saya yang menang.

“Jadi, peluang untuk bergabung dalam sebuah konsert berskala besar ini memang sesuatu yang amat saya hargai dan teruja. Terima kasih kepada pihak penganjur, khususnya Datuk Norshida, atas kepercayaan yang diberikan,” katanya.

Nantikan gandingan mantap kedua- dua band pada 15 Januari 2027 di Zepp Kuala Lumpur.

Aepul turut mengusik peminat dengan kemungkinan membuat penampilan luar biasa pada malam konsert, termasuk membotakkan kepala atau muncul menggunakan helikopter.

Sementara itu, Vokalis Asfan Shah dan Manusia, Asfan Shah pula berkata, konsert itu dirancang untuk memberikan pengalaman berbeza kepada penonton menerusi konsep fantasi yang membawa ke dunia imaginasi.

“Konsep konsert ini berteraskan fantasi. Kami mahu memberikan pengalaman baharu kepada penonton, bukan sekadar datang untuk melihat penyanyi membuat persembahan di atas pentas.

Drama Band

“Kami mahu penonton merasai pelbagai emosi sepanjang persembahan, daripada lagu rancak hinggalah lagu sedih dan karya yang membangkitkan perasaan bercampur baur,” katanya.

Menurutnya, konsert yang berlangsung lebih dua jam itu bakal menampilkan sekurang-kurangnya 25 lagu, termasuk karyanya sendiri serta lagu yang pernah dihasilkan untuk penyanyi lain.

Lagu-lagu berkenaan akan dipersembahkan dengan susunan muzik baharu bagi memberikan kelainan kepada karya yang sudah dikenali pendengar.

Asfan Shah & Manusia

Asfan berkata, kumpulannya yang ditubuhkan pada penghujung tahun lalu turut memperkenalkan single berjudul Dusta, selain membawa pengalaman muzik tersendiri menerusi persembahan bersama Drama Band.

Kumpulan Asfan Shah dan Manusia turut dibarisi pemuzik berpengalaman iaitu Adam Karman (Treehill) yang juga pensyarah muzik dan Arash (Treehill) sebagai pemain gitar, Zack (New Boyz) pemain bass dan One (Sofazr) pemain dram.

Bagaimanapun, tarikan utama konsert itu ialah segmen yang menyaksikan kedua-dua kumpulan bergabung dan bermain muzik secara serentak di atas satu pentas.

Gabungan itu bakal menampilkan dua pemain dram, tujuh pemain gitar dan dua vokalis, sekali gus memberikan dimensi persembahan berbeza berbanding penampilan mereka secara berasingan.

Peminat kedua-dua band turut hadir pada majlis pengumuman Konsert Malam Drama Manusia di Kuala Lumpur baru-baru ini

Bagi melengkapkan pengalaman peminat, pelbagai barangan cenderamata eksklusif turut dirancang untuk ditawarkan pada hari konsert.

Tiket Konsert Malam Drama Manusia kini mula dijual menerusi platform Ticket2u di laman web Ticket2u.com.my. Peminat disarankan mendapatkan tiket melalui saluran rasmi berkenaan bagi menyaksikan persembahan pada 15 Januari 2027.

Maklumat lanjut mengenai konsert boleh diikuti menerusi tanda pagar rasmi #MalamDramaManusia dan #KonsertMalamDramaManusia di media sosial.

Latest

Konsert Gema Bumantara Siti Nurhaliza Menggamit Kenangan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan Datuk Sri Siti Nurhaliza Sungguh...

KEBAIKAN SOLAT DALAM ISLAM — JANGAN TINGGALKAN SOLAT, KERANA SOLAT ITU TIANG AGAMA!

Oleh: Syed Yusof Wafa “Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan...

TAHUKAH ANDA? INI 7 KEBAIKAN PUTIH TELUR UNTUK KESIHATAN!

Oleh: Syed Yusof Wafa Putih telur bukan sekadar makanan biasa....

Juara bertemu juara di GV13

Oleh: Khadijah Ibrahim SEJAK dimulakan pada 2014, program realiti hiburan...
spot_img

Jangan Terlepas!

Sejarah tercipta, sanggup berhujan demi Siti Nurhaliza

Oleh: Khadijah Ibrahim "Saya sedih kerana akhirnya impian saya menjadi...

Konsert Gema Bumantara Siti Nurhaliza Menggamit Kenangan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan Datuk Sri Siti Nurhaliza Sungguh...

Filem Jailer 2, lakonan Rajinikanth dapat sambutan

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA anda salah seorang peminat filem Tamil,...

Rugi Tak Tonton Teater “TOK BIDAN SOMAH 2, ” Banyak Kejutan!

Oleh: Syed Yusof Wafa Sarat dengan konflik, fitnah, air mata...

Pak Nil kongsi ilmu dan pengalaman hidup bersama orang ramai

Oleh: Khadijah Ibrahim SIAPA dulu masa zaman sekolah siap sapu...
Nafsiah Jani
Nafsiah Jani
Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita, Saji terbitan Utusan Karya serta pernah menjadi wartawan tetap di Ladybosz.com
spot_imgspot_img

Konsert Gema Bumantara Siti Nurhaliza Menggamit Kenangan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan Datuk Sri Siti Nurhaliza Sungguh luar biasa, Konsert Gema Bumantara yang menampilkan Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, merupakan sebuah...

KEBAIKAN SOLAT DALAM ISLAM — JANGAN TINGGALKAN SOLAT, KERANA SOLAT ITU TIANG AGAMA!

Oleh: Syed Yusof Wafa “Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (Surah al-'Ankabut, ayat 45) 1. Solat Mendekatkan Diri kepada Allah SWT Solat ialah hubungan istimewa...

TAHUKAH ANDA? INI 7 KEBAIKAN PUTIH TELUR UNTUK KESIHATAN!

Oleh: Syed Yusof Wafa Putih telur bukan sekadar makanan biasa. Ia merupakan sumber protein yang berkualiti tinggi, rendah kalori dan mengandungi pelbagai nutrien yang membantu...