Selepas kemenangan, Nabila Huda mahu aktif dalam teater

Oleh: Khadijah Ibrahim

SEBELUM ini pelakon Nabila Huda Suhaimi, 42, sudah beberapa kali meraih kemenangan menerusi lakonannya dalam filem mahupun drama. Penjiwaannya dalam lakonan menerusi apa saja watak yang diberi, pasti tampak ‘hidup’.

Namun bagi yang empunya diri, beliau tidak jangka rezeki berpihak kepadanya sewaktu dinobatkan sebagai pemenang Pelakon Pembantu Terbaik bagi acara teater di Anugerah Seni Cameronian BOH ke-21 (21BCAA), baru-baru ini.

Nabila Huda atau mesra dengan panggilan Abil, meraih kejayaan itu menerusi watak Malam yang dibawa dalam teater Masmoona.

Kemenangan di Anugerah Seni Cameronian BOH ke-21 (21BCAA) membuatkan Nabila Huda sedia mencuba pelbagai watak untuk teater.

“Sejujurnya saya memang tidak sangka. Saya masih baharu dalam dunia teater dan sangat menghormati mereka. Setiap kali bersama, saya kagum dengan bakat mereka.

“Saya selalu rasa diri ini kecil kerana kemampuan mereka menyanyi dan menari jauh lebih hebat. Bila lihat senarai pencalonan tadi, saya rasa persembahan saya sangat jauh ketinggalan.

“”Bagi saya, semua calon lain hebat-hebat belaka. Saya rasa mungkin ada yang lebih layak, tetapi mungkin penilaian juri berbeza. Apa pun, saya sangat bersyukur,” akuinya tanpa berselindung.

Kemenangan ulung di Anugerah Seni Cameronian BOH ke-21 (21BCAA) itu secara tak langsung menyuntik semangat untuk beliau terus aktif meneroka dunia teater selain mencuba pelbagai karakter pada masa akan datang.

Sebagai pelakon, Abil akui beliau tidak pernah meletakkan batas terhadap cabang lakonan yang ingin diceburi kerana percaya setiap medium memberikan pengalaman dan proses pembelajaran berbeza.

“Sebenarnya, kalau boleh saya memang mahu mencuba pelbagai jenis teater. Saya tidak melihat diri sebagai pelakon drama televisyen (TV) atau filem sahaja. Saya seorang pelakon dan saya sanggup meneroka pelbagai jenis watak serta medium berbeza.

“Saya juga tidak kisah untuk terus terbabit dalam teater kerana kebiasaannya watak dalam teater sangat berbeza dengan apa yang saya bawakan di TV atau filem.

“Saya memang tidak kisah diberikan apa sahaja peranan. Kalau teater hanya beri saya dua babak pun saya boleh buat. Kalau jadi pelakon latar pun saya boleh buat, malah kalau jadi penari sekalipun saya sanggup berlatih,” katanya.

Nabila Huda bersama Sofea Jane (kiri) dan Nadia Aqilah yang sama-sama membintangi teater Visits terbitan Dramalab, arahan Ida Nerina.

Nabila berkata, minat mendalam terhadap seni lakonan menjadi pendorong utama untuk dirinya terus mencabar kemampuan diri tanpa mengira sebesar mana watak yang diberikan.

“Misi dan matlamat hidup saya memang mahu menjadi seorang pelakon. Saya sentiasa mahu meneroka apa sahaja karakter yang ada di depan mata.

“Bagi saya, setiap hari dan setiap perkara yang saya lakukan adalah proses pembelajaran dan saya tidak akan pernah sempurna. Jadi, apabila berada dalam kelompok berbeza, saya belajar perkara baharu,” katanya.

Selain Masmoona, Abil turut membintangi teater Visits terbitan Dramalab arahan Ida Nerina dengan menampilkan pelakon hebat lain seperti Sofia Jane dan Nadia Aqilah yang turut tercalon dalam beberapa kategori 21BCAA.

Pada edisi kali ini sebanyak 40 kategori dipertandingkan dengan 81 penyertaan merangkumi teater, tarian, muzik dan teater muzikal.

Setiap penyertaan dinilai oleh panel juri terkemuka merentasi disiplin persembahan, kreatif dan teknikal, sekali gus mengiktiraf karya yang merangkumi inovasi, integriti dan pendekatan baharu.

Sebanyak 44 produksi dicalonkan dengan 10 dalam kategori tarian, lapan teater muzikal, sembilan muzik dan 17 dalam teater.Anugerah Seni Cameronian BOH atau Cammies, kembali sebagai platform berorientasikan masa depan yang melangkaui sekadar meraikan hasil kepada membentuk keadaan untuk masa depan karya kreatif di Malaysia.

Bersama Nabil Zahan, salah seorang pemenang di 21st BOH Cameronian Arts Awards, baru-baru ini.

Tema tahun ini, ‘COLLABeyond: Cipta Bersama Masa Depan’ mengiktiraf kecemerlangan sambil mewujudkan rangka kerja, prinsip dan etika yang membimbing bagaimana seni dicipta, dikongsi dan dihargai dalam era perubahan teknologi serta sosial yang pesat.

Pada majlis tersebut juga, dua naskhah teater, Fragments of Tuah yang dipersembahkan Five Arts Centre dan Setanggi Tari Melayu 2025 – Quintessential Malay Dance oleh ASK Dance Company memenangi kategori utama iaitu Persembahan Terbaik 2025.

Momen bersejarah itu menyaksikan dua karya berkenaan mengungguli calon finalis lain seperti A Salute to Cinema oleh Tutan Entertainment; Animal Farm (Pentas Project & W Productions); TEWAS: No Light at the End of the Tunnel (JDEV Studios) dan Visits (Dramala).

Bagi kategori Pelakon Utama Terbaik (Teater Muzikal) dimenangi Ileana Matin yang melakonkan watak Finn Dewey menerusi teater School of Rock, The Musical sementara kategori Pelakon Utama Terbaik (Teater) pula menjadi milik pelakon dari Scotland, Kingsley Judd yang melakonkan watak Edward dalam teater Someone Who’ll Watch Over Me.

21BCAA turut menyampaikan Anugerah Sepanjang Hayat BOH Cameronian kepada Prof. Dr. Mohd Anis Md Nor sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan berterusan beliau kepada Zapin dan dunia seni persembahan Malaysia.

Latest

Bragg Organic ACV Blends, produk bebas gula demi kesihatan

Oleh: Khadijah Ibrahim SETIAP orang menginginkan kesihatan yang baik dalam...

Kebangkitan dakwah moden menerusi Nasyid Friday

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI Jun ini, setiap Jumaat sebelum berakhir...

Konsert Revolusi Radja 25 Tahun, Julai ini

Oleh: Khadijah Ibrahim DALAM tempoh enam bulan kumpulan Radja dari...

DPDDM minta rakyat taat dengan titah Sultan Selangor

Oleh: Nafsiah Jani Berikutan isu hangat segelintir ahli politik yang...
spot_img

Jangan Terlepas!

DPDDM minta rakyat taat dengan titah Sultan Selangor

Oleh: Nafsiah Jani Berikutan isu hangat segelintir ahli politik yang...

Jee tak mudah mengaku kalah, bangkit mengatur langkah

Oleh: Khadijah Ibrahim RATA-RATA penonton yang hadir di Dewan Plenari,...

Konsert Revolusi Radja 25 Tahun, Julai ini

Oleh: Khadijah Ibrahim DALAM tempoh enam bulan kumpulan Radja dari...

Di sebalik tahi lalat Latifah Omar!

Oleh SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri...

Kebangkitan dakwah moden menerusi Nasyid Friday

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI Jun ini, setiap Jumaat sebelum berakhir...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Bragg Organic ACV Blends, produk bebas gula demi kesihatan

Oleh: Khadijah Ibrahim SETIAP orang menginginkan kesihatan yang baik dalam kehidupan. Justeru itu, ada di antara kita yang cukup prihatin tentang pemakanan dan tidak kurang...

Kebangkitan dakwah moden menerusi Nasyid Friday

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI Jun ini, setiap Jumaat sebelum berakhir pada Januari 2027, lapan penyanyi nasyid bakal bersatu untuk melahirkan karya-karya kerohanian bersama video muzik...

Konsert Revolusi Radja 25 Tahun, Julai ini

Oleh: Khadijah Ibrahim DALAM tempoh enam bulan kumpulan Radja dari Indonesia bakal kembali ke Malaysia untuk menjayakan Konsert Revolusi Radja 25 Tahun yang akan berlangsung...