Pantun, Kebaya dan Tarian Singa Jadi Tarikan Festival Pertukaran Budaya 2026

Oleh: Nafsiah Jani

Pantun, keanggunan kebaya dan kepelbagaian seni persembahan tradisional antara tarikan Festival Pertukaran Budaya: Meraikan Warisan Silang Budaya 2026 yang berlangsung di
Pekarangan Muzium Istana Kesultanan Melaka, Bandar Hilir pada 31 Oktober hingga 1 November lalu.

Festival yang disertai enam negara ini membincangkan usaha-usaha dalam membantu memperkukuh dan memelihara warisan kebudayaan negara Malaysia, Brunei Darussalam, Republik Rakyat China, Indonesia, Singapura dan Thailand sebagai wadah pertukaran budaya serta pengukuhan hubungan antara negara.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man berkata, pengiktirafan UNESCO terhadap warisan budaya merupakan satu pencapaian penting, namun usaha memeliharanya perlu diteruskan melalui amalan tradisi, pewarisan ilmu serta sokongan kepada komuniti yang menjadi penjaga warisan berkenaan.

“Warisan budaya berperanan penting dalam memperkukuh pelancongan budaya kerana pengunjung bukan sahaja mahu melawat sesuatu tempat, malah ingin merasai pengalaman, memahami cerita di sebalik warisan budaya dan berinteraksi dengan masyarakat tempatan.”

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man ketika memberi ucapan.

Majlis perasmian disempurnakan Datuk Wira Salhah Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka mewakili Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Dr Haji Ab. Rauf Yusoh.

Festival anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Jabatan Warisan Negara (JWN), dengan kerjasama strategik Kerajaan Negeri Melaka dan The International Training Center for Intangible Cultural Heritage in the Asia-Pacific Region under the Auspices of UNESCO (CRIHAP), bertemakan “Memupuk Pertukaran, Mempromosi Persefahaman Bersama dan Meraikan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara”.

Chiew turut menekankan bahawa pembangunan pelancongan berasaskan warisan perlu dilaksanakan secara bertanggungjawab supaya manfaat ekonomi dapat dikembalikan kepada komuniti tanpa menjejaskan keaslian serta nilai warisan berkenaan.

Antara persembahan pada malam perasmian.

“Pendekatan itu penting bagi memastikan warisan budaya bukan sahaja menjadi tarikan kepada pelancong, malah terus memberikan manfaat kepada masyarakat yang memelihara dan mengamalkannya.

“Saya juga ingin merakamkan banyak-banyak penghargaan kepada pihak yang terlibat termasuk semua agensi, persatuan, komuniti, pengamal warisan dan rakan strategik yang menjayakan festival berkenaan.

“Kerjasama yang terjalin ini diharap dapat berkembang bagi memastikan perlindungan warisan, pendidikan, penyelidikan, pelancongan budaya dan pembangunan komuniti.”

Chiew menambah, diharap festival Pertukaran Budaya 2026 dapat meningkatkan penghayatan masyarakat terhadap warisan kebudayaan tidak ketara serta memupuk semangat kebersamaan dalam kepelbagaian.

Peserta dari enam negara yang menyertai Bengkel Antarabangsa Warisan Kebudayaan Tidak Ketara (International Workshop on Intangible Cultural Heritage) bergambar kenangan bersama Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man (enam dari kanan).

“Usaha itu selaras dengan matlamat memastikan warisan yang dikongsi bersama bukan sekadar diraikan dan dipamerkan, sebaliknya terus diamalkan, dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang.”

Antara warisan yang diketengahkan menerusi festival itu termasuk upacara Wangkang, pantun dan kebaya yang telah mendapat pengiktirafan UNESCO melalui pencalonan bersama negara-negara terlibat.

Chingay dan Tarian Singa juga turut menjadi antara elemen warisan yang diberi perhatian dalam usaha memperkukuh kerjasama antarabangsa bagi pengiktirafan serta perlindungan warisan budaya.

Penganjuran itu turut mencerminkan komitmen Malaysia sebagai platform memperkukuh persefahaman antarabangsa, meraikan kepelbagaian warisan budaya serta memartabatkan khazanah warisan tidak ketara di persada dunia.

Bergambar kenangan.

Sepanjang festival pengunjung berpeluang menyaksikan pelbagai pengisian menarik termasuk perarakan warisan, pameran pertukaran budaya, pertandingan bertemakan warisan, demonstrasi dan peragaan kebaya, persembahan kebudayaan serta jualan produk warisan.

Kepelbagaian seni dan tradisi yang diketengahkan turut merangkumi persembahan Mak Yong, Dondang Sayang, silat, Mek Mulung, Wayang Kulit Kelantan, zapin dan gamelan, sekali gus memperlihatkan kekayaan warisan budaya Malaysia bersama negara-negara sahabat.

Festival itu turut merangkumi Bengkel Antarabangsa Warisan Kebudayaan Tidak Ketara (International Workshop on Intangible Cultural Heritage) yang menghimpunkan wakil enam negara bagi berkongsi pengalaman dan membincangkan pendekatan melindungi warisan seperti Upacara Wangkang, pantun, kebaya, Chingay dan Tarian Singa.

Bengkel berkenaan menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama dalam pembangunan pelan perlindungan warisan, di samping memastikan ilmu, kemahiran dan tradisi terus diperturunkan kepada generasi seterusnya.

Latest

Siti Nurhaliza hargai kerjasama insan-insan di belakang tabir

Oleh: Khadijah Ibrahim "Alhamdulillah, anugerah ini bukan untuk diri saya...

Sharifah Hanim terkenal kerana “Masam-Masam Manis”

Oleh SYED WAFA Foto Koleksi SYED WAFA Sumber: Ladybosz (Terima Kasih...

Hadiah bernilai RM20,000 untuk penonton konsert ‘Elegant Selamanya’

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 30 Oktober lalu, penulis sempat menghadirkan...

Utamakan integriti dan patuhi undang-undang, teras perniagaan Cindai Gold Palace

Oleh: Khadijah Ibrahim SEWAKTU dalam perjalanan menuju ke Horizon Square,...
spot_img

Jangan Terlepas!

Fatimah Ahmad seniwati yang disemadikan di Amerika Syarikat

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Hadiah bernilai RM20,000 untuk penonton konsert ‘Elegant Selamanya’

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 30 Oktober lalu, penulis sempat menghadirkan...

Utamakan integriti dan patuhi undang-undang, teras perniagaan Cindai Gold Palace

Oleh: Khadijah Ibrahim SEWAKTU dalam perjalanan menuju ke Horizon Square,...

Sharifah Hanim terkenal kerana “Masam-Masam Manis”

Oleh SYED WAFA Foto Koleksi SYED WAFA Sumber: Ladybosz (Terima Kasih...

Protox Cikgu Ayu boleh diguna tanpa ragu, ada sijil halal

Oleh: Khadijah Ibrahim TAk pernah mengguna tapi berani mendakwa produk...
Nafsiah Jani
Nafsiah Jani
Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita, Saji terbitan Utusan Karya serta pernah menjadi wartawan tetap di Ladybosz.com
spot_imgspot_img

Siti Nurhaliza hargai kerjasama insan-insan di belakang tabir

Oleh: Khadijah Ibrahim "Alhamdulillah, anugerah ini bukan untuk diri saya seorang. Anda semua tengokkan macam mana rakan-rakan lain bekerja keras di belakang tabir. Ramai insan,...

Sharifah Hanim terkenal kerana “Masam-Masam Manis”

Oleh SYED WAFA Foto Koleksi SYED WAFA Sumber: Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan)  APABILA sebut nama Seniwati Sharifah Hanim tidak boleh tidak pasti akan membuatkan...

Hadiah bernilai RM20,000 untuk penonton konsert ‘Elegant Selamanya’

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 30 Oktober lalu, penulis sempat menghadirkan diri ke Zepp Kuala Lumpur. Eh! Kenapa macam sepi je ni! Selalunya kalau ada konsert...