The Vazz Society anjurkan BANGKIT bantu artis berbakat

Oleh: Khadijah Ibrahim

SETIAP orang ada kelebihan masing-masing, dan semua orang boleh menyanyi, bezanya nyanyian itu sedap didengar atau sebaliknya.

Tanpa bakat semula jadi tak mungkin seseorang itu dapat melebarkan sayapnya dalam industri hiburan.

Namun apa yang terjadi sekarang, orang yang berbakat tidak dipandang, mereka yang ‘ala-ala’ pula lebih menonjol. Apapun semua itu adalah rezeki daripada Yang Maha Esa.

Justeru itu, mana-mana artis yang berbakat harus diberi peluang agar kelebihan mereka itu tidak terpendam begitu saja.

Menyedari hakikat itu, The Vazz Society mengambil inisiatif menganjurkan BANGKIT: Bakat Yang Tak Pernah Padam – Kempen CSR Apresiasi Bakat Seni, sebuah usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang bertujuan membuka semula ruang kepada penyanyi berpengalaman untuk mengetengahkan bakat, memperkenalkan karya dan kembali mendapat perhatian industri muzik tanah air.

Muhammad Zairee Izwan Zahir berkata, pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan The Vazz Society.

Kempen yang julung kali dianjurkan di Kuala Lumpur International Hotel (KLIH) itu mengetengahkan tiga penyanyi daripada latar perjalanan seni berbeza iaitu Sahri, Pija Yasin dan Fatin Faishal yang masing-masing mempunyai pencapaian, pengalaman serta kisah perjuangan tersendiri.

Berbeza daripada penganjuran persembahan hiburan biasa, BANGKIT bukan diwujudkan semata-mata untuk mengimbau nostalgia, sebaliknya menjadi platform mempertemukan kembali bakat seni dengan penggiat industri, rakan media dan peminat yang berperanan penting dalam memastikan kelangsungan kerjaya seseorang penyanyi.

Pemilihan tiga penyanyi berkenaan bukan dibuat berdasarkan populariti semata-mata, tetapi mengambil kira pengalaman, kemampuan serta potensi mereka untuk terus menyumbang kepada perkembangan muzik tempatan sekiranya diberikan peluang dan sokongan sewajarnya.

Sahri, bekas peserta separuh akhir Akademi Fantasia musim pertama (AF1), pernah mencipta kejayaan apabila lagu “Izinku Pergi” dinobatkan sebagai pemenang Kategori Balada Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL22) pada 2007.

Namun, kekurangan tawaran nyanyian pernah mendorongnya beralih ke bidang produksi televisyen sebelum mengambil keputusan kembali aktif sebagai penyanyi.

Manakala, Pija Yasin pula pernah menjuarai Mentor musim pertama terbitan TV3 selain membawa bakatnya ke peringkat antarabangsa menerusi World Championships of Performing Arts (WCOPA) dan Asia’s Got Talent bersama kumpulan The 15.

Sahri mengajak peminat untuk turut serta sewaktu membuat persembahan.

Di sebalik pencapaian berkenaan, beliau turut melalui pelbagai pengalaman pahit termasuk pernah ditipu sepanjang menguruskan kerjaya seninya.

Sementara itu, Fatin Faishal yang pernah menyertai Lagu Cinta Kita musim kedua dan All Together Now Malaysia sudah menghasilkan empat single bersama komposer berpengalaman termasuk Amylea dan Audi Mok.

Bagaimanapun, keterbatasan peluang promosi menyebabkan karya serta bakatnya masih belum mendapat pendedahan meluas seperti diharapkan.

Melalui BANGKIT, ketiga-tiga penyanyi diberikan ruang mempersembahkan kemampuan vokal masing-masing di hadapan tetamu jemputan, penggiat industri, peminat serta wakil media, selain berkongsi kisah perjuangan menerusi sesi sidang media yang diadakan bersempena kempen berkenaan.

Kempen CSR ini turut mendapat sokongan penuh Kuala Lumpur International Hotel (KLIH) selaku lokasi rasmi penganjuran sulung BANGKIT.

Pengarah Urusan KLIH, Muhammad Zairee Izwan Zahir berkata, pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan The Vazz Society dalam menjayakan kempen berkenaan sebagai tanda sokongan terhadap usaha mengangkat bakat seni sebenar yang berkualiti di negara ini.

“Pasti semua masih ingat di lokasi sama KLIH bertapak ini iaitu Chow Kit, lokasi bersejarah penghibur legenda Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad pernah membuat persembahan pada April 1986 dengan kehadiran kira-kira 100,000 orang.

“Signifikannya, kami di KLIH bersedia bersama-sama menyokong industri seni di negara ini termasuk menjadi lokasi bagi acara yang sesuai,” katanya.

KLIH yang kini tampil dengan wajah baharu turut menawarkan pelbagai kemudahan dan keselesaan bagi penganjuran acara, selain memiliki kelebihan lokasi strategik di tengah-tengah Kuala Lumpur yang mempunyai nilai sejarah tersendiri dalam perkembangan industri hiburan negara.

Dari kiri, Pija, Sahri dan Fatin, masing-masing merupakan artis serba boleh dan mampu melangkah lebih jauh lagi.

Sementara itu, Suria FM selaku antara stesen radio utama negara turut menyatakan sokongan terhadap kempen CSR berkenaan yang dilihat mampu memberikan manfaat kepada penyanyi berbakat yang semakin kurang mendapat perhatian masyarakat.

Pengurus Besarnya, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin, menyifatkan BANGKIT sebagai satu langkah murni dalam usaha membawa kembali bakat nyanyian berkualiti kepada industri dan khalayak ramai.

“Saya percaya kempen ini mampu mengingatkan kembali kita semua pada bakat nyanyi yang berkualiti seperti Sahri, Pija dan Fatin,” katanya.

Penganjuran BANGKIT turut membawa mesej bahawa tanggungjawab memastikan kelangsungan bakat seni bukan terletak pada bahu penyanyi semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama penggiat industri, stesen radio, media, pihak korporat dan masyarakat dalam mewujudkan ekosistem hiburan yang lebih inklusif.

Lebih penting, kempen ini diharap dapat membuka ruang publisiti, jaringan kerjasama dan peluang persembahan baharu kepada artis terlibat, sekali gus membuktikan bahawa pengalaman, kematangan serta kemampuan vokal masih relevan dalam landskap muzik yang sentiasa berubah.

BANGKIT membawa satu mesej jelas, bakat yang berkualiti tidak seharusnya dilupakan hanya kerana namanya tidak lagi menjadi sebutan. Selagi ada suara, semangat dan peluang, perjuangan seni tidak pernah berakhir.

Latest

Mak Enon primadona bangsawan tersohor

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Rosnah kembali jadi pelajar demi watak Cik Yam

Oleh: Khadijah Ibrahim DURASI tayangan filem pendek 'Diam Yang Bergema'...

Exists pulang ke kampung halaman jayakan konsert

Oleh: Khadijah Ibrahim BARU saja selesai menjayakan Konsert Memento Mori...

Ernie Zakri meraih tuah berganda

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA lawatan rasmi dua hari Presiden Perancis,...
spot_img

Jangan Terlepas!

Sahri kembali bangkit mengatur langkah

Oleh: Khadijah Ibrahim MUNGKIN ada di antara peminat muzik tanah...

Mak Enon primadona bangsawan tersohor

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Rosnah kembali jadi pelajar demi watak Cik Yam

Oleh: Khadijah Ibrahim DURASI tayangan filem pendek 'Diam Yang Bergema'...

Soma ada “NPD” untuk dikongsi dengan peminat

Oleh: Khadijah Ibrahim LAGU yang sering mendapat perhatian ramai adalah...

MISTERI TIGA LEGENDA DUNIA, PERGI DALAM USIA MUDA

Oleh: Syed Yusof Wafa Ada manusia yang hidupnya singkat, tetapi...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Mak Enon primadona bangsawan tersohor

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) BAGI para pelakon baru pada era Studio Jalan Ampas, mendapat tawaran...

Rosnah kembali jadi pelajar demi watak Cik Yam

Oleh: Khadijah Ibrahim DURASI tayangan filem pendek 'Diam Yang Bergema' hanyalah 30 minit saja, tapi pembikinan karya arahan Fauziah Ahmad Daud atau Ogy itu bukanlah...

Exists pulang ke kampung halaman jayakan konsert

Oleh: Khadijah Ibrahim BARU saja selesai menjayakan Konsert Memento Mori 2.0 di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 8 November lalu, kini kumpulan Exists mengatur langkah...