Rosnah kembali jadi pelajar demi watak Cik Yam

Oleh: Khadijah Ibrahim

DURASI tayangan filem pendek ‘Diam Yang Bergema’ hanyalah 30 minit saja, tapi pembikinan karya arahan Fauziah Ahmad Daud atau Ogy itu bukanlah mudah.

Menerusi filem tersebut, pelakon Rosnah Johari memegang watak sebagai Cik Yam, ibu kepada Sufi, lakonan Farid Irfan Ghazali, seorang anak sindrom down yang pekak dan bisu, mendapat isyarat getaran di hatinya setiap kali azan solat berkumandang.

Filem menarik ini turut djayakan oleh Razak Ahmad, Cikgu Siti Hajar Ismail, Mohd Adlhan Mohd Rasdan, Aeron Jeszel Iskandar, Almiera Aryanna Putera Hang Jebat serta Amirul Khairudin Mohd Tarmizi.

Selain itu, seramai lima pelajar daripada bengkel lakonan Adventures In Acting anjuran Ogy sendiri turut terpilih berlakon sebagai platform untuk mereka mengasah bakat.

Rosnah bersama Farid Irfan Ghazali dalam salah satu adegan daripada filem ‘Diam Yang Bergema’.

Malah filem terbitan Yayasan Amirul Ummah itu juga dipilih untuk ditayangkan di pawagam GSC bersempena Festival Filem Malaysia Ke-35 (FFM35) yang kemuncaknya pada 21 November, baru-baru ini.

Walaupun sudah 43 tahun terlibat dalam bidang lakonan, Rosnah tetap rasa gementar untuk melakonkan watak Cik Yam, seorang ibu yang tabah dalam mengharungi ujian kehidupan serta hubungan kekeluargaan dengan anaknya, Sufi.

Melalui penceritaan filem ini, Cik Yam mewakili realiti cabaran yang sering dilalui oleh golongan wanita dan ibu dalam diam.

“Bagi saya cabaran paling susah untuk bawa watak Cik Yam ini apabila saya perlu belajar bahasa isyarat kerana Sufi seorang yang pekak dan bisu.

Walaupun sudah lama berlakon, Rosnah tetap menyertai kelas lakonan yang dianjur oleh Fauziah Ahmad Daud.

“Dahlah ketika itu saya sibuk dengan penggambaran lain, waktu sangat terbatas. Kena hadiri kelas bimbingan Ogy lagi dan belajar bahasa isyarat juga.

“Dek jadual kerja saya yang padat ketika itu, Cikgu yang ajar bahasa isyarat terpaksa datang ke rumah mengajar. Lebih kurang dua minggu jugalah saya belajar bahasa isyarat tu supaya nampak smooth.

“Masa di set pun ada tugasan juga kerana setiap hari ada saja homework yang diberikan. Kena rakam, kemudian bagi pada Cikgu.
Memang susah sebab kita dah berumur kan.

“Sign language kita guna tangan, tapi bila tangan kita dah keras kan dia agak macam susah. Bukan saya saja yang belajar, mana-mana watak yang jadi kawan Sufi pun kena belajar. Mereka belajar dengan Cikgu Siti Hajar,” jelas Rosnah panjang lebar tentang peranannya sewaktu berlakon filem pendek tersebut.

Rosnah akui, beliau tidak ada masalah besar berlakon dengan Farid Irfan, seorang OKU (Orang Kurang Upaya) yang down syndrome.

Rosnah Johari bersyukur kerana masih lagi mendapat tawaran berlakon.

“Sepanjang berada di set, Irfan okey saja kerana dia punya watak kat situ. Dia first time berlakon tapi dia sangat talented. Bezanya kali ini saya bawa watak ibu pada seorang anak yang benar-benar istimewa dan bukan berlakon jadi OKU,” katanya.

Rosnah turut melahirkan rasa syukur kerana pada usia 63 tahun, masih mendapat tawaran berlakon berbanding artis veteran lain yang kurang mendapat tawaran.

“Alhamdulillah, ada je tawaran berlakon. Begitu juga dengan bayaran, setakat ini saya dibayar berdasarkan kerja dan bukan main bagi saja.

“Memang ada dengar artis veteran dapat bayaran ciput yang tak masuk akal. So far saya tak pernah dapat payment yang macam itulah. Saya tak pernah lagi hadapi benda tu?

“Sebab itulah, kadang-kadang kita lebih selesa bekerja dengan produser yang dah biasa. Jadi dia dah tahu, kita pun dah tahu.

“Bila dia panggil syuting kita tak payah nak deal lagi pasal harga. Mereka dah tahu harga saya berapa. Itulah kelebihannya kita syuting dengan production yang kita dah biasa,” akuinya.

Latest

Mak Enon primadona bangsawan tersohor

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Exists pulang ke kampung halaman jayakan konsert

Oleh: Khadijah Ibrahim BARU saja selesai menjayakan Konsert Memento Mori...

Ernie Zakri meraih tuah berganda

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA lawatan rasmi dua hari Presiden Perancis,...

Sudarmaji tak benarkan Ayu berlakon?

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...
spot_img

Jangan Terlepas!

Soma ada “NPD” untuk dikongsi dengan peminat

Oleh: Khadijah Ibrahim LAGU yang sering mendapat perhatian ramai adalah...

Mak Enon primadona bangsawan tersohor

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Sahri kembali bangkit mengatur langkah

Oleh: Khadijah Ibrahim MUNGKIN ada di antara peminat muzik tanah...

‘Kisah cinta Aini dengan Abang Beraim’ popularkan Aini Jasmin

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Hannah Delisha selesa dengan Elfi Jewellery

Oleh: Khadijah Ibrahim SEJAK Julai 2025, pelakon Hannah Delisha sudah...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Mak Enon primadona bangsawan tersohor

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) BAGI para pelakon baru pada era Studio Jalan Ampas, mendapat tawaran...

Exists pulang ke kampung halaman jayakan konsert

Oleh: Khadijah Ibrahim BARU saja selesai menjayakan Konsert Memento Mori 2.0 di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 8 November lalu, kini kumpulan Exists mengatur langkah...

Ernie Zakri meraih tuah berganda

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA lawatan rasmi dua hari Presiden Perancis, Emmanuel Macron ke Malaysia, baru-baru ini, beliau sempat berpadu suara dengan penyanyi Ernie Zakri di...