Oleh: Khadijah Ibrahim
SEJAK Julai 2025, pelakon Hannah Delisha sudah menggalas tanggungjawab sebagai duta untuk Elfi Jewellery iaitu jenama barang kemas Malaysia yang terkenal dengan rekaan terkini dan cincin perak berkualiti tinggi.
Hannah yang ditemui pada majlis pelancaran jenama barang kemas tempahan khas terbaharu, Eternity by Elfi dan pertunjukan fesyen Fashionably Modest Asia (FMA) 2026 di Pavilion Arena, Pavilion Damansara Heights, Sabtu lalu berkata, beliau senang bekerjasama dengan syarikat tersebut.
“Lebih kurang setahun lebihlah saya sudah bekerjasama dengan mereka dan team Elfi pun sangat membantu.
“Bukan setakat staf, Pengasas (Mohd Nazrin Abdul Rahim, Pengarah Urusan dan Pengasas Elfi Jewellery) pun sangat-sangat humble dan sangat baik. Saya tak jangka mereka layan saya seperti itu,” katanya.

Ujar Hannah, antara sebab beliau menerima tawaran menjadi duta produk Elfi Jewellery kerana secara peribadi beliau memang suka dengan barang kemas.
“Personally I love jewellery. Siapa yang tak suka kan? Kita wanita-wanita ni memang suka benda-benda cantik kan untuk naikkan seri kita.
“Jadi bila Elfi Jewellery melamar saya dan selepas tengok koleksi-koleksi mereka, saya suka dengan konsep mereka.
“Sebab kalau kita tengok Elfi punya koleksi, semua cantik-cantik tapi dia punya harga sangat mampu milik. Sesuai untuk sesiapa, every woman can feel pretty you know, wearing jewellery. So, Elfi has that,” katanya dari sudut pandang seorang wanita.
Hannah yang mengenakan koleksi Starlight Glamour pada majlis tersebut mengakui terkejut kerana barang kemas yang menghiasi dirinya itu luar daripada kebiasaan.
“Yang ni saya tak tanya harga sebab sangat baharu. Tak sempat nak tanya harga. So, ini pun saya terkejut juga sebab Elfi adakan jewellery sebesar ini. Sebab selalunya yang sebelum-sebelum ni, diorang punya design sangat-sangat minimal, ada juga yang fancy sikit. Dia ada macam-macam reka bentuk.

“Sebab kita perempuan kan kita cita rasa berbeza-beza kan. Satu benda yang saya suka tentang Elfi Jewellery, mereka ada expensive designs yang kita tengok dari jauh nampak macam mahal ni, tapi dia sangat affordable, alhamdulillah,” ujarnya.
Meskipun beliau hanya memperaga barang kemas tanpa terlibat dalam reka bentuk, Hannah tetap gembira kerana beliau berpeluang untuk mencuba pelbagai rekaan.
“Setakat ini saya tak terlibat dalam rekaan. Tapi untuk Eternity, koleksi terbaharu Elfi Jewellery ni, mereka ada ada beri peluang kepada pelanggan untuk buat rela bentuk sendiri.
“Bagi sesiapa yang pergi kedai tapi kadang-kadang tak berkenaan dengan reka bentuk yang dipamerkan, tak ada masalah Masih boleh membeli.
“Kalau nak barang kemas tu ada sentuhan sendiri, dengan Elfi koleksi terbaharu ni, pelanggan boleh nyatakan bentuk rekaan mengikut kehendak sendiri. Nanti mereka akan buat khas untuk anda,” jelasnya tentang kelebihan koleksi Eternity by Elfi.

Sementara itu, menyentuh mengenai kerjaya lakonan, Hannah melahirkan rasa syukur kerana ramai peminat dari Indonesia menyokongnya.
Hannah yang tercalon dalam kategori Gandingan Serasi Filem/Drama Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-38 (ABPBH38) bersama Shukri Yahaya menerusi drama ‘Andai Itu Takdirnya 2’ berkata, beliau bersedia untuk melebarkan sayapnya ke sana.
“Kalau diberikan peluang why not! Saya ni jenis yang suka mencabar diri dan mencuba sesuatu yang baharu. Kalau kena dengan waktunya, watak pun menarik, pasti saya akan terima.
“Terharu sangat dengan sokongan peminat dari Indonesia. Sebenarnya kan, kalau tengok algoritma… Indonesia punya followers tu lebih banyak daripada Singapura sendiri.
“Apa pun kita tak boleh nak buat bandingan kerana saya memang saya peminat Singapura. Lagipun Singapura kecil berbanding Indonesia,” katanya.


