Kunjung hormat delegasi Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) ke MAHSA University

Oleh: Nafsiah Jani

Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) telah mengadakan kunjungan hormat ke MAHSA University dalam usaha memperkukuh hubungan strategik serta meneroka peluang kerjasama antara komuniti perniagaan dan institusi pendidikan tinggi.

Pertemuan yang berlangsung dalam suasana penuh profesional dan mesra ini menjadi platform penting bagi kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta membincangkan potensi kerjasama strategik yang mampu memberikan manfaat kepada dunia pendidikan, keusahawanan, industri dan pembangunan modal insan negara.

DPDDM diketuai Presiden, Datuk (Dr.) Nor Hasnal Hashmi bersama barisan kepimpinan kanan DPDDM. Manakala pihak MAHSA University diketuai Dato’ Dr. Shahril Prof. Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohamed Haniffa, Pengarah Urusan Kumpulan dan MAHSA Group.

Datuk Nor Hasnal Hashmi bersama barisan kepimpinan kanan DPDDM sempena kunjungan hormat ke MAHSA University baru- baru ini.

Presiden DPDDM, Datuk Nor Hasnal Hashmi berkata, dalam pertemuan tersebut banyak perkara bermanfaat yang dibincangkan antara kedua-dua belah pihak.

“Antara perkara yang turut menjadi fokus perbincangan adalah usaha memperkukuh jaringan industri dan akademik, pembangunan keusahawanan, latihan profesional, peluang kerjaya, pembangunan bakat serta pendedahan mahasiswa kepada ekosistem perniagaan sebenar.

“DPDDM melihat kerjasama bersama institusi pendidikan tinggi seperti MAHSA University  sebagai satu langkah penting dalam membina jambatan yang lebih kukuh antara dunia akademik dan sektor industri.

“Dalam pertemuan tersebut DPDDM juga turut ditawarkan tempat untuk membawa masuk 300 orang pelajar dari negara India bagi mengikuti pengajian di MAHSA University. Peluang ini merupakan satu langkah kepada kami untuk terus membantu dan memperkenalkan DPDDM di mata dunia selaras dengan matlamat menghubungkan perniagaan, pendidikan dan peluang untuk masa hadapan.”

Pengarah Urusan Kumpulan MAHSA University, Dato’ Dr. Shahril bin Prof. Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohamed Haniffa (tengah) memberi penerangan mengenai MAHSA University kepada
Datuk Nor Hasnal Hashmi bersama barisan kepimpinan kanan DPDDM sempena kunjungan hormat tersebut.

Nor Hasnal menambah, kunjungan hormat ini juga mencerminkan komitmen DPDDM untuk terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti perniagaan, institusi pendidikan, industri dan pemegang taruh strategik, di samping memperluaskan jaringan kerjasama yang mampu memberi impak positif kepada pembangunan ekonomi dan modal insan Malaysia.

”DPDDM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak MAHSA University dan MAHSA Group, khususnya kepada Prof. Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohamed Haniffa serta seluruh barisan pengurusan atas sambutan yang amat baik dan keterbukaan dalam membincangkan potensi kerjasama bersama DPDDM.

“Semoga kunjung hormat ini menjadi titik permulaan kepada satu hubungan strategik yang lebih erat, berterusan dan berimpak tinggi, serta membuka ruang kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif bersama demi memperkasakan pendidikan, keusahawanan, industri dan generasi masa hadapan.”

Datuk Nor Hasnal Hashmi (kiri) bersama barisan kepimpinan kanan DPDDM diberi penerangan sempena kunjungan hormat ke MAHSA University baru- baru ini.

Melalui jaringan strategik ini, DPDDM berharap lebih banyak ruang dapat diwujudkan untuk mahasiswa dan graduan mendapatkan pendedahan kepada dunia perniagaan, membina rangkaian profesional, meningkatkan kemahiran kepimpinan serta meneroka peluang keusahawanan yang lebih luas.

Dalam masa yang sama, beliau menyatakan bahawa DPDDM berada dalam kedudukan strategik kerana keahlian dewan merangkumi pelbagai sektor industri sekali gus membolehkannya menjadi ‘jambatan emas’ bagi menghubungkan pendidikan, perniagaan dan pembangunan usahawan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan MAHSA University, Dato’ Dr. Shahril Prof. Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohamed Haniffa berkata, pihaknya amat berharap kerjasama tersebut dapat membantu melahirkan graduan MAHSA University yang bukan sahaja berwibawa tetapi juga selari dengan hasrat kerajaan Madani yang menekankan nilai kemanusiaan, keilmuan dan daya tahan.

Presiden DPDDM, Datuk Nor Hasnal Hashmi ( lapan dari kiri) bertukar-tukar cenderahati bersama Pengarah Urusan Kumpulan MAHSA University, Dato’ Dr. Shahril bin Prof. Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohamed Haniffa sempena kunjugan hormat tersebut.

“Saya berharap hubungan antara DPDDM dan MAHSA University dapat terus diperkukuh bagi membantu negara melahirkan lebih ramai graduan yang mampu bersaing dalam keadaan ekonomi semakin mencabar,” katanya

Dengan keahlian yang merentasi pelbagai sektor industri, DPDDM berada dalam kedudukan strategik untuk menjadi `jambatan emas’ kepada MAHSA University untuk bersama-sama kerajaan Madani dalam melahirkan komuniti berpendidikan, perniagaan dan usahawan baharu.

Semoga jalinan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak peluang inovasi, memperkasa pendidikan, memacu keusahawanan, membina masa depan negara dan kejayaan pada masa hadapan demi manfaat masyarakat, institusi pendidikan serta komuniti perniagaan Malaysia.

Latest

Rugi Tak Tonton Teater “TOK BIDAN SOMAH 2, ” Banyak Kejutan!

Oleh: Syed Yusof Wafa Sarat dengan konflik, fitnah, air mata...

Filem Jailer 2, lakonan Rajinikanth dapat sambutan

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA anda salah seorang peminat filem Tamil,...

Sejarah tercipta, sanggup berhujan demi Siti Nurhaliza

Oleh: Khadijah Ibrahim "Saya sedih kerana akhirnya impian saya menjadi...

Nourul Depp bantu wanita bina semula keyakinan diri

Oleh: Khadijah Ibrahim BAGI yang hanya mengenali Nourul Depp sebagai...
spot_img

Jangan Terlepas!

Sejarah tercipta, sanggup berhujan demi Siti Nurhaliza

Oleh: Khadijah Ibrahim "Saya sedih kerana akhirnya impian saya menjadi...

Rugi Tak Tonton Teater “TOK BIDAN SOMAH 2, ” Banyak Kejutan!

Oleh: Syed Yusof Wafa Sarat dengan konflik, fitnah, air mata...

Nourul Depp bantu wanita bina semula keyakinan diri

Oleh: Khadijah Ibrahim BAGI yang hanya mengenali Nourul Depp sebagai...

Amir Masdi tak sedar kebolehan diri

Oleh: Khadijah Ibrahim TATKALA mendengar Amir Masdi menyanyi secara langsung,...

Filem Jailer 2, lakonan Rajinikanth dapat sambutan

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA anda salah seorang peminat filem Tamil,...
Nafsiah Jani
Nafsiah Jani
Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita, Saji terbitan Utusan Karya serta pernah menjadi wartawan tetap di Ladybosz.com
spot_imgspot_img

Rugi Tak Tonton Teater “TOK BIDAN SOMAH 2, ” Banyak Kejutan!

Oleh: Syed Yusof Wafa Sarat dengan konflik, fitnah, air mata dan pengajaran kehidupan, pementasan Tok Bidan Somah 2 – Extended Version (TBS2-EV) kembali menemui peminat...

Filem Jailer 2, lakonan Rajinikanth dapat sambutan

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA anda salah seorang peminat filem Tamil, jangan lepaskan peluang untuk menonton Jailer 2 yang mula ditayang di seluruh dunia dan pawagam...

Sejarah tercipta, sanggup berhujan demi Siti Nurhaliza

Oleh: Khadijah Ibrahim "Saya sedih kerana akhirnya impian saya menjadi kenyataan untuk mengadakan konsert terbesar, konsert tradisional saya. "Bukan selalunya tengok konsert dalam hujan, sejarah untuk...