Oleh: Khadijah Ibrahim
TAk pernah mengguna tapi berani mendakwa produk yang dikeluarkan oleh pempengaruh media sosial, Nor Anis Idayu atau lebih dikenali sebagai Cikgu Ayu sebagai ‘produk sampah’.
Antara komen negatif yang dilontar netizen di media sosial adalah produk Protox, ‘sampah’, tak ada kelulusan.
Protox merupakan jenama kesihatan popular yang menjadi sebutan ramai dan mungkin sebab itulah ada di antara manusia yang tidak senang dengan sambutan positif terhadap produk keluaran Cikgu Ayu itu.
Bagi Cikgu Ayu segala tohmahan tersebut ibarat pembakar semangat kepadanya untuk terus memberikan yang terbaik bagi produk yang dikeluarkan.
Buktinya, kini Protox melangkah setapak lagi ke hadapan apabila produk minuman kesihatan usus tersebut secara rasmi mendapat pengiktirafan Halal daripada JAKIM serta sijil MeSTI daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Jadi Protox saya selamat dan pengguna pun alhamdulillah yakin untuk guna produk tersebut. Produk Protox ini bukan wujud secara kebetulan ya.
“Ia bermula daripada pengalaman pahit saya sendiri yang pernah bertahun-tahun merana akibat masalah sembelit yang teruk.
“Macam-macam cara dan produk saya dah cuba untuk clear-kan perut, tapi susah betul nak jumpa yang betul-betul berkesan. Dari situlah tercetusnya idea untuk hasilkan Protox.
“Alhamdulillah, selepas amalkan formulasi ni, masalah pembuangan saya jadi lancar dan berat badan pun makin ideal,” kongsi Cikgu Ayu dengan nada teruja sewaktu ditemui di kilang pengeluaran utama mereka di KPFood Industries, Nilai, Negeri Sembilan.
Sempena pengumuman penting itu juga, pihak Protox turut melancarkan perisa baharu yang paling dinanti-nantikan peminat iaitu MixBerries.
Bercakap berdasarkan pengalaman, Cikgu Ayu tidak menafikan sekarang, ramai yang takut nak ambil produk detox sebab risaukan kesan sampingan atau bahan kimia berbahaya.
Memahami kebimbangan itu, Cikgu Ayu benar-benar menjaga kualiti produknya tanpa kompromi. Beliau mengambil masa selama dua tahun untuk prnyelidikan dan pembangunan (R&D) sebelum dipasarkan pada September 2025.
Jelasnya, Protox menggabungkan kebaikan prebiotik dan probiotik untuk menjaga kesihatan usus, serta ekstrak daun senna premium yang membantu proses pembuangan dengan lebih lawas secara lembut dan selesa tanpa menyeksa perut.
“Produk ini sudah pun melalui ujian makmal yang ketat oleh SIRIM dan disahkan 100% bebas daripada bahan berbahaya seperti Sibutramin.
“Sasaran utama Protox adalah untuk membantu anak-anak muda dan masyarakat luar sana yang mendambakan gaya hidup sihat serta bentuk badan idaman.
“Bila usus dah bersih, toksin pun keluar. Hasilnya? Badan terasa jauh lebih ringan danbertenaga setiap pagi. Bukan itu sahaja, bila sistem penghadaman sihat, kulit wajahpun secara automatik nampak lebih bersih dan berseri-seri dari dalam,”jelasnya .

Tambah Cikgu Ayu, pengesahan Halal dan MeSTI yang diterima ini adalah janji setianya kepada semua pelanggan agar terus yakin tanpa sebutan rasa ragu-ragu.
“Saya buat produk ni ikhlas nak bantu orang yang senasib dengan saya dulu, yang susah nak buang air besar dan stres dengan berat badan.
“Dengan adanya sijil Halal dan MeSTI ni, ditambah pula dengan perisa baharu Mix Berries yang sedap, saya harap lebih ramai lagi rakyat Malaysia dapat manfaatkan Protox dengan rasa tenang dan selamat,” kata Cikgu Ayu.
Bagi yang ingin mencuba atau mendapatkan maklumat lanjut, produk Protox kini boleh didapati secara meluas menerusi platform TikTok Shop dan Shopee rasmi Protox Cikgu Ayu.
“Biasalah, bila sesuatu produk naik, adalah yang mengata. Sebelum ini saya viral kerana ada yang cakap produk ‘sampah’. Kata saya ambil dari Thailand, tak ada kelulusan. Bila kita tunjuk kelulusan, dia kata tak lengkap. Alhamdulillah, sekarang kita dah ada dokumen lengkap.
“Kelulusan halal kita baru dapat lebih kurang dua minggu lepas. Mulut yang mengata saya setakat ini diam lagi lah. Dengan ada Halal ni, saya target untuk keluarkan lebih daripada satu juta kotak ataupun lebih lagi, kalau Allah bagi rezeki,” katanya penuh yakin.
Terus terang Cikgu Ayu berkata, beliau tak pernah terfikir akan menjadi usahawan sekarang selepas berhenti mengajar.
“Sebelum ni saya Cikgu dan tak pernah terfikir. Daripada seorang pekerja kerajaan berhenti dan fully buat bisnes dan dapat rezeki macam ni. Alhamdulillah, Allah dah atur cantik dah, tak pernah terjangkau dek fikiran,” akuinya.


