PENGASIH SARAN PEMADAM LEBIH PEKA, PROAKTIF BANTERAS PENYALAHGUNAAN DADAH

Oleh: Syed Yusof Wafa
Foto: Ehsan PENGASIH

Persatuan PENGASIH Malaysia menyarankan agar Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), khususnya di peringkat tertinggi, meningkatkan kepekaan dan pendekatan proaktif dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah serta memperkukuh agenda pemerkasaan Dasar Dadah Negara dalan teras pendidikan pencegahan. Kehadiran AI perlulah dimanfaatkan bagi membantu meningkatkan kesedaran masyarakat akan kepentingan tindakan- tindakan serta langkah-langkah pencegahan secara menyeluruh.

Penaung dan Ketua Penasihat Persatuan PENGASIH Malaysia, Dato’ Dr. Abd. Halim Mohd Husin, dalam ucapannya sempena kunjungan bersejarah delegasi Jawatankuasa PEMADAM Daerah Manjung ke Kompleks PENGASIH Cinta Manis pada Khamis lalu, menekankan kepentingan peranan PEMADAM dalam mengenal pasti isu penyalahgunaan dadah di peringkat akar umbi.

Delegasi berkenaan turut mengikuti lawatan fasiliti dan taklimat lengkap profil Persatuan PENGASIH Malaysia yang disampaikan oleh presiden PENGASIH, Hafizi Harun.
Majlis turut diserikan dengan ucapan ringkas wakil delegasi PEMADAM Daerah Manjung, Zainol Kamal Zakaria, Ketua Daerah Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Manjung.

Beliau turut menekankan bahawa usaha membanteras penyalahgunaan dadah tidak seharusnya terhad kepada kempen kesedaran semata-mata, sebaliknya memerlukan orientasi pendidikan pencegahan yang berterusan, tindakan tegas lebih menyeluruh serta kerjasama erat antara agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat.

Menurut beliau, pendekatan yang memberi perhatian kepada aspek pengurangan faktor risiko akan meningkatkan aspek faktor perlindungan. Usaha memperkasakan program pencegahan perlulah dilihat sebagai sebuah pelaburan yang akan memberikan pulangan yang tinggi kepada kesejahteraa masyarakat.

Program turut menampilkan sesi perkongsian pengalaman daripada klien PENGASIH serta sesi soal jawab yang memberi peluang kepada delegasi memahami cabaran sebenar yang dihadapi individu sepanjang menjalani proses pemulihan.

Lawatan delegasi PEMADAM Daerah Manjung ke Kompleks PENGASIH Cinta Manis itu bertujuan memberi pendedahan mengenai pendekatan dan pengalaman PENGASIH Malaysia yang bukan sahaja terkenal di tanah air malah begitu dikenali di luar negara dalam bidang rawatan serta pemulihan individu yang berhadapan dengan masalah ketagihan.

Delegasi berkenaan turut mengikuti lawatan fasiliti dan taklimat lengkap profil Persatuan PENGASIH Malaysia yang disampaikan oleh presiden PENGASIH, Hafizi Harun. PEMADAM Daerah Manjung begitu kagum dengan pencampaian PENGASIH yang banyak menerima anugerah di dalam negara.

Penyampaian cenderahati kepada kedua pihak.

Program turut menampilkan sesi perkongsian pengalaman daripada klien PENGASIH serta sesi soal jawab yang memberi peluang kepada delegasi memahami cabaran sebenar yang dihadapi individu sepanjang menjalani proses pemulihan.

Majlis turut diserikan dengan ucapan ringkas wakil delegasi PEMADAM Daerah Manjung, Zainol Kamal Zakaria, Ketua Daerah Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Manjung, selain pertukaran cenderahati, sesi fotografi dan jamuan makan tengahari turut disajikan.

PENGASIH Malaysia berharap kunjungan tersebut menjadi titik tolak kepada hubungan kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua organisasi, khususnya dalam memperkukuh usaha pencegahan dan pemulihan dadah demi kesejahteraan masyarakat.

PENGASIH Malaysia berharap kunjungan tersebut menjadi titik tolak kepada hubungan kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua organisasi, khususnya dalam memperkukuh usaha pencegahan dan pemulihan dadah demi kesejahteraan masyarakat.

PERSATUAN PENGASIH MALAYSIA
PENGASIH Makes A Difference

Latest

Mak Enon primadona bangsawan tersohor

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Rosnah kembali jadi pelajar demi watak Cik Yam

Oleh: Khadijah Ibrahim DURASI tayangan filem pendek 'Diam Yang Bergema'...

Exists pulang ke kampung halaman jayakan konsert

Oleh: Khadijah Ibrahim BARU saja selesai menjayakan Konsert Memento Mori...

Ernie Zakri meraih tuah berganda

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA lawatan rasmi dua hari Presiden Perancis,...
spot_img

Jangan Terlepas!

Mak Enon primadona bangsawan tersohor

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

‘Kisah cinta Aini dengan Abang Beraim’ popularkan Aini Jasmin

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

MISTERI TIGA LEGENDA DUNIA, PERGI DALAM USIA MUDA

Oleh: Syed Yusof Wafa Ada manusia yang hidupnya singkat, tetapi...

Rosnah kembali jadi pelajar demi watak Cik Yam

Oleh: Khadijah Ibrahim DURASI tayangan filem pendek 'Diam Yang Bergema'...

Soma ada “NPD” untuk dikongsi dengan peminat

Oleh: Khadijah Ibrahim LAGU yang sering mendapat perhatian ramai adalah...
Syed Yusof Wafa
Syed Yusof Wafa
SYED Yusof Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai, URS, Hit, Variapop serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee dan editor portal terkenal Ladybosz.com
spot_imgspot_img

Mak Enon primadona bangsawan tersohor

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) BAGI para pelakon baru pada era Studio Jalan Ampas, mendapat tawaran...

Rosnah kembali jadi pelajar demi watak Cik Yam

Oleh: Khadijah Ibrahim DURASI tayangan filem pendek 'Diam Yang Bergema' hanyalah 30 minit saja, tapi pembikinan karya arahan Fauziah Ahmad Daud atau Ogy itu bukanlah...

Exists pulang ke kampung halaman jayakan konsert

Oleh: Khadijah Ibrahim BARU saja selesai menjayakan Konsert Memento Mori 2.0 di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 8 November lalu, kini kumpulan Exists mengatur langkah...