Sempena ulang tahun ke-30, Astro anjur dua konsert

Oleh: Khadijah Ibrahim

ASTRO (Measat Broadcast Network Systems Sdn.Bhd.) mula bersiaran secara rasmi pada 25 September 1996.

Sempena sambutan ulang tahun ke-30 Astro, yang ditubuhkan oleh mendiang Tan Sri Ananda Krishnan itu, peminat muzik tempatan bakal menikmati dua malam penuh hiburan sebagai tanda penghargaan.

Pelanggan Astro atau peminat muzik tanah air bakal dihiburkan menerusi Konsert Sooka pada 5 Disember dan Konsert Vaganza pada 6 Disember 2026, bertempat di Idea Live Arena, 3 Damansara.

Mengangkat tenaga One Stage, Three Decades, Endless Memories, kedua-dua konsert ini menghimpunkan barisan artis daripada pelbagai generasi, menawarkan pengalaman muzik yang merangkumi persembahan band bertenaga, lagu-lagu popular serta kolaborasi eksklusif yang bakal mencipta momen istimewa buat para peminat.

Kugiran Masdor akan pastikan persembahan mereka memberi nostalgia indah kepada penonton.

Naib Presiden, Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, sepanjang 30 tahun, Astro telah menjadi sebahagian daripada perjalanan industri hiburan tempatan.

“Daripada mencungkil bakat baharu hingga meraikan nama-nama yang telah mencipta legasi tersendiri. Justeru itu, penganjuran kedua-dua konsert tersebut adalah untuk memberikan pengalaman muzik yang berbeza kepada peminat.

“Menerusi Konsert Sooka dan Konsert Vaganza, kami menghimpunkan artis dan karya yang mencerminkan kepelbagaian landskap muzik Malaysia.

“Kedua-dua konsert ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk terus meraikan bakat tempatan serta menghubungkan peminat daripada pelbagai generasi menerusi muzik,” katanya.

Dari kiri, Ziana Zain, Jaclyn Victor dan Odda akan menghibur peminat mereka sempena Konsert Vaganza nanti.

Buat peminat muzik generasi muda, Konsert Sooka pada 5 Disember bakal menampilkan barisan kumpulan muzik popular yang mempunyai pengaruh tersendiri dalam kalangan pendengar Gen Z.

Menghimpunkan The Lantis, Insomniacks, Bunkface, Kugiran Masdo dan penampilan istimewa daripada Kudrat Boys, konsert ini meraikan keunikan muzik berkumpulan menerusi lagu-lagu hit yang dekat di hati peminat.

Dikenali dengan persembahan bertenaga, melodi yang mudah melekat di ingatan serta lagu-lagu yang mengundang sing along, setiap kumpulan bakal membawa karakter muzik tersendiri ke pentas.

Penonton boleh menjangkakan suasana seperti sebuah persembahan muzik langsung yang meriah, dengan peluang untuk menyanyi bersama dan menikmati setiap rentak sepanjang malam.

Insomniacks bakal tampil di Konsert Sooka, 5 Disember ini.

Sementara itu, pada 6 Disember, Konsert Vaganza bakal menyajikan pengalaman muzik yang lebih istimewa menerusi gandingan artis daripada pelbagai generasi.

Antara yang bakal mencuri perhatian ialah duet Datuk Ziana Zain bersama juara Big Stage Rocketfuel, Hussain, selain persembahan Jaclyn Victor bersama Datuk Ramli MS yang bakal membawakan hampir 20 buah lagu dalam satu segmen istimewa.

Malam tersebut turut menyaksikan pertemuan pertama Tenxi dan Nadeera di atas pentas menerusi sebuah duet, selain penampilan Tenxi bersama artis-artis Malaysia dalam sebuah konsert.

Keunikan persembahan turut diperkaya dengan pengaruh muzik Ramli MS atau Tok Ram yang bakal menerajui susunan muzik bagi lagu-lagu hit ALPHA dan karya Noh Salleh, menggabungkan identiti muzik tersendiri setiap artis dengan sentuhan seorang maestro industri.

Bunkface juga mahu memberikan persembahan yang terbaik untuk peminat mereka.

Tidak ketinggalan, elemen Girls Power bakal menyerikan pentas menerusi gabungan Mimi Fly bersama The Girls yang terdiri daripada Odda, Amarra dan Tengku Ratu.

Penonton juga bakal menyaksikan Hussain dan ALPHA kembali bergabung dalam satu pentas, menghimpunkan dua nama yang mencuri perhatian sepanjang tahun ini.

Dengan lebih 30 buah lagu sepanjang tiga jam, Konsert Vaganza bakal membawa penonton menikmati sebuah persembahan yang menggabungkan kekuatan vokal, kepelbagaian genre dan kolaborasi yang jarang dapat disaksikan dalam satu pentas.

Ziana Zain bakal berduet dengan Hussain di Konsert Vaganza.

Tiket untuk Konsert Sooka dan Konsert Vaganza kini boleh didapati menerusi Ticketmelon di https://www.ticketmelon.com/astro/konsert.

Peminat boleh membeli kategori tiket mengikut keselesaan masing-masing untuk menikmati dua malam persembahan yang meraikan muzik, nostalgia dan hiburan sempena ulang tahun ke-30 Astro.

Latest

Mak Enon primadona bangsawan tersohor

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Rosnah kembali jadi pelajar demi watak Cik Yam

Oleh: Khadijah Ibrahim DURASI tayangan filem pendek 'Diam Yang Bergema'...

Exists pulang ke kampung halaman jayakan konsert

Oleh: Khadijah Ibrahim BARU saja selesai menjayakan Konsert Memento Mori...

Ernie Zakri meraih tuah berganda

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA lawatan rasmi dua hari Presiden Perancis,...
spot_img

Jangan Terlepas!

MISTERI TIGA LEGENDA DUNIA, PERGI DALAM USIA MUDA

Oleh: Syed Yusof Wafa Ada manusia yang hidupnya singkat, tetapi...

‘Kisah cinta Aini dengan Abang Beraim’ popularkan Aini Jasmin

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Exists pulang ke kampung halaman jayakan konsert

Oleh: Khadijah Ibrahim BARU saja selesai menjayakan Konsert Memento Mori...

Rosnah kembali jadi pelajar demi watak Cik Yam

Oleh: Khadijah Ibrahim DURASI tayangan filem pendek 'Diam Yang Bergema'...

Ernie Zakri meraih tuah berganda

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA lawatan rasmi dua hari Presiden Perancis,...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Mak Enon primadona bangsawan tersohor

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) BAGI para pelakon baru pada era Studio Jalan Ampas, mendapat tawaran...

Rosnah kembali jadi pelajar demi watak Cik Yam

Oleh: Khadijah Ibrahim DURASI tayangan filem pendek 'Diam Yang Bergema' hanyalah 30 minit saja, tapi pembikinan karya arahan Fauziah Ahmad Daud atau Ogy itu bukanlah...

Exists pulang ke kampung halaman jayakan konsert

Oleh: Khadijah Ibrahim BARU saja selesai menjayakan Konsert Memento Mori 2.0 di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 8 November lalu, kini kumpulan Exists mengatur langkah...