Dibenci penonton, Che Ta tetap senyum

Oleh: Khadijah Ibrahim

SELEPAS hampir tiga tahun tidak berlakon kerana menumpukan perhatian pada bidang perniagaan, Rozita Che Wan tak sangka kembalinya beliau ke bidang lakonan terus dibenci orang ramai.

Kebencian itu amat menyerlah di kalangan penonton setia drama bersiri “Bahagia Yang Tertangguh” gara-gara watak Kak Ju lakonannya itu.

Kata isteri kepada Zain Saidin, penangan watak Kak Ju itu mencetuskan pelbagai rasa amarah dan geram di kalangan peminat dan penonton drama arahan Osman Ali itu.

Kata Che Ta melakonkan watak antagonis lebih mudah berbanding protagonis.

“Karakter Kak Ju itu umpama mengembalikan ingatan dan kenangan saya saat melakonkan watak Kiah Pekasam suatu ketika dahulu. Cuma bezanya inilah kali pertama saya berlakon watak  antagonis. Jujur tak sangka watak itu semakin berbekas di hati penonton.

“Sejak siaran episod awal lagi, bayangkan sudah berbakul-bakul komen dan kecaman penonton serta netizen saya terima. Siap pakej makian minta Kak Ju ditidurkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Tak kurang juga yang komen minta watak Kak Ju dimatikan segera. Ada juga yang komen dan cakap berdepan bila jumpa saya dengan nada sinis nak ‘pijak’ Kak Ju,” katanya tentang reaksi penonton terhadap watak yang dilakonkan itu.

Jelas ibu kepada tiga cahaya mata itu lagi, beliau tidak melihat perasaan amarah dan geram terhadap watak dilakonkan itu sebagai satu ancaman.

Kak Juriah (Che Ta) bersama Zakwan (Izzue Islam) dan Saleh (Riz Amin), kanan.

“Dari sudut lain, saya percaya apabila watak itu meninggalkan kesan di hati penonton tak kira dari sudut positif atau negatif, bererti diri ini sudah cuba memberikan sehabis  baik dalam menghidupkan watak Kak Ju. Syukur lakonan saya diterima dan beri impak.

“Komen dan kecaman sebegitu kalau difikirkan buat saya rasa nak gelak sebab geram punya fasal, mereka (penonton) sampai nak itu ini dengan Kak Ju,” katanya.

Che Ta menambah lagi, beliau amat berterima kasih kepada pihak produksi, iFabulous Art Media & Event Sdn. Bhd (iFame) stesen TV dan pengarah atas kepercayaan yang diberikan.

“Mereka berani cabar saya dengan watak sebegini dan keluar dari kepompong kebiasaan. Ikutkan saya seperti orang tahu, memang lantang bersuara. Saya dengan anak pun jenis tegas. Cuma mungkin sebelum ini tak ada produksi berani buka peluang serta mencabar saya bawa watak jahat.

“Sampai anak saya berseloroh cakap watak Kak Ju itu seperti diri sendiri. Tapi saya di rumah tidaklah sekejam Kak Ju. Malah kawan anak saya di Jerman yang menonton drama ini dalam talian pun terkejut dengan lakonan berkenaan yang sangat garang, ‘laser’ dan cakap lepas,” katanya.

Che Ta yang bakal menyambut menantu pertama tahun depan juga menjelaskan melakonkan watak antagonis sebenarnya lebih mudah dari protagonis.

Dua watak ini memang dibenci oleh penonton drama “Bahagia Yang Tertangguh”.

“Watak jahat macam ini tak perlu nak ‘control’.  Lepaskan saja apa yang mahu diluahkan. Kalau watak baik pula kita kena banyak kawal dan bermain rasa serta emosi.

“Cuma selepas drama ini, sebolehnya saya tolak dulu watak antagonis kalau ditawarkan. Bukan tak nak lagi jadi jahat, tapi mungkin saya letakkan jurang atau tempoh masa,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai  peluang buat julung kali berlakon di bawah tunjuk ajar Osman Ali, Che Ta mengakui sangat bertuah dan berbesar hati.

“Selama ini saya dengar saja cerita mengenai karya arahannya. Kali ini, dapat merasai ‘air tangan’ dia sebagai pengarah.

“Cuma selepas sekian lama tak berlakon depan kamera dan saat awal tempoh masuk set penggambaran drama ini, saya dan hampir kebanyakan pelakon terbabit kena ‘tegur’ dengannya.

“Biasalah, belum ‘panas’ lagi. Jadi apabila tak sampai tahap kepuasannya sebagai pengarah, dia akan terus cabar dan minta saya keluarkan lagi sisi ‘jahat’ Kak Ju. Semua itu saya anggap cabaran dan proses mewarnakan lagi karakter. Lama kelamaan sudah masuk ‘roh’ Kak Ju.

“Sisi lain, saya kagum dan harus memujinya. Dia jenis pengarah yang nak kita nampak ‘cantik’ di skrin. Dia sangat komited dan bagus dalam menjaga perkembangan karakter pelakon dari bintang utama sampailah ‘tambahan’,” jelasnya.

Nad Zainal sebagai Nurin Hana didatangi Armin (Kamal Adli) menawarkan cinta yang tulus.

Di hujung bicara, Che Ta menjelaskan dirinya seperti menumpang tuah drama yang diadaptasi novel judul sama nukilan Rissa Ahdiya.

“Buat atau hasilkan drama ini saya percaya berbalik kepada tuah, rezeki dan masa. Kadang-kadang jalan cerita bagus dan pelakon hebat pun bukan tiket jaminan sesebuah drama itu akan ‘boom’.

“Tapi syukur drama ini diterima dan mendapat sambutan baik. Ia sekali gus mengukuhkan trek rekod produksi ini yang pernah tular dengan drama seperti “Mandul Bukan Pilihan”, “Curang Tanpa Niat” dan “Layang-Layang Perkahwinan”.

“Lebih mengujakan penulis skrip drama ini olahan Oka Aurora dari Indonesia yang pernah meledak dengan karya kontroversi seperti “Ipar Adalah Maut” selain “Norma, Antara Mertua dan Menantu”,” katanya.

Selain Che Ta, drama 28 episod itu turut menampilkan lakonan hebat Nad Zainal, Kamal Adli, Izzue Islam, Riz Amin dan Mimi Ernida.

Latest

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...
spot_img

Jangan Terlepas!

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Salam Maulidur Rasul 1448H

Oleh : Syed Yusof Wafa Sambutan Maulidur Rasul 1448H di...

Zaharah Agus seniwati serba boleh !

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...

Aneka Walk tampilkan pelbagai acara menarik untuk pengunjung

Oleh: Khadijah Ibrahim SEWAKTU penulis belajar di Institut Teknologi MARA,...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) WALAUPUN memulakan langkah sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia 11 tahun dalam...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang sering mendapat perhatian warga maya adalah TikTok kerana ia merupakan platform video berdurasi pendek yang...