Penantian 16 tahun Kaka Azraff berakhir

Oleh: Khadijah Ibrahim

AKHIRNYA, penyanyi Kaka Azraff berjaya mengeluarkan album sulung selepas 16 tahun membabitkan diri dalam bidang seni.

Album sulung Kaka berjudul MPT yang diambil dari perkataan eMPaTI, kemampuan untuk memahami perasaan atau pengalaman orang lain, seolah-oleh kita berada di posisi mereka.

Kesemua lagu membawakan pengalaman hasil kolektif sepanjang tiga tahun Kaka memilih untuk tidak berada di bawah sorotan utama.

Kaka Azraff sudah miliki album sulung berjudul MPT selepas 16 tahun menunggu.

Menurut Kaka atau nama penuhnya Nor Atiqa Noor Azraff, 36, pelbagai pengalaman, perbualan dan perkongsian daripada orang sekeliling menjadi sumber idea utama dalam membentuk arah dan identiti album MPT, sekali gus memberi ruang untuk beliau berkarya.

“Kesemua elemen tersebut akhirnya menjadi teras bagi bunyi MPT. Album ini menampilkan enam buah lagu yang masing-masing membawa naratif tersendiri iaitu Berubah, Cabar, Arguments, Bully, Takleh Usik dan Aku .

“Dalam proses penghasilan lagu-lagu ini, fokus tidak diberikan kepada pencarian kesempurnaan atau aspek teknikal semata-mata, sebaliknya kepada kejujuran dan keaslian emosi yang ingin disampaikan,” akuinya.

Tambah Kaka, album tersebut merupakan hasil kolaborasi terbitan bersama penerbit SonaOne dan juga Yonnyboii bagi menghasilkan melodi yang harmoni sesuai dengan naratif album ini.

Album MPT mendapat sentuhan daripada SonaOne dan Yonnyboii.

“MPT tidak diposisikan sebagai satu bentuk kemunculan semula, tetapi sebagai kesinambungan kepada perjalanan seni saya. Ia merupakan satu fasa penyesuaian semula yang memberi makna kepada setiap pengalaman, hubungan dan ruang yang telah dilalui.

“Secara keseluruhan, MPT menandakan satu langkah ke hadapan, bukan sahaja dari segi muzik, tetapi juga dari sudut kehidupan, sekali gus mencerminkan kematangan dan perkembangan yang berlaku secara tenang dan berperingkat,” jelasnya mengenai album MPT yang bakal dilancarkan pada hujung Januari 2026.

Album ini dihasilkan dengan usaha sama pelbagai pihak serta sokongan Dana Kandungan Kreatif (DKK) daripada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures serta distribusi Universal Music Malaysia.

Latest

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe...

AKAR//NEXT 2026 ajak pengunjung terokai pelbagai sisi budaya, kreativiti dalam satu ruang

Oleh: Khadijah Ibrahim PASAR Seni atau Central Market merupakan salah...
spot_img

Jangan Terlepas!

Faizal Tahir salurkan semangat patriotik menerusi muzik

Oleh: Khadijah Ibrahim SUDAH 20 tahun Faizal Tahir terbabit dalam...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan berlangsung 'Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah' di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert anjuran Inteam Records...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk kosmetik tempatan berbanding jenama luar. Sebagai tanda sokongan kepada jenama Elegant Cosmetics, marilah kita ramai-ramai menghadirkan...

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe Kuala Lumpur yang ke-35 tahun, pusat hiburan tersebut akan meraikan detik bersejarah tersebut dengan menganjurkan...