DPDDM dan UiTMKOOP jalin kerjasama strategik memperkasa koperasi demi masa hadapan

Oleh: Nafsiah Jani

Sejajar dengan perkembangan semasa, Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) terus melangkah maju menjalinkan kerjasama strategik bersama Koperasi Kakitangan UiTM Berhad (UiTMKOOP).

Kolaborasi strategik bersama DPDDM bakal terus diperkasakan dengan sasaran untuk membuka 30 cawangan baharu Ar-Rahnu Al-Falah di seluruh Malaysia. Inisiatif ini bukan sahaja memperluaskan jaringan perkhidmatan UiTMKOOP, malah membuka ruang yang lebih besar untuk masyarakat mendapatkan kemudahan kewangan berlandaskan prinsip Syariah.

Sekaligus ianya dapat memperkukuh kedudukan Ar-Rahnu Al-Falah sebagai perkhidmatan utama koperasi. Ini membuktikan komitmen berterusan koperasi dalam memperkasa ekonomi anggota, memperluas manfaat kepada masyarakat serta membina sebuah organisasi koperasi yang progresif, berdaya saing dan mampan.

Presiden DPDDM, Datuk Nor Hasnal Hashmi berkata, Dalam mendepani perubahan landskap ekonomi semasa, DPDDM dan UiTMKOOP turut melihat peningkatan nilai emas di pasaran sebagai peluang untuk memperkukuh dan mengembangkan perniagaan Ar-Rahnu.

“Itu sebabnya kami rancang nak buka 30 cawangan baharu Ar-Rahnu Al-Falah di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, koperasi juga akan terus meneroka peluang-peluang dalam sektor hartanah serta mempergiatkan pelbagai inisiatif kemasyarakatan melalui penganjuran program-program yang memberi nilai kepada anggota dan komuniti, termasuk kejohanan golf serta aktiviti kemasyarakatan, kesenian dan kebudayaan.

“Usaha memperluaskan keahlian baharu dan menggalakkan penyertaan pelabur untuk menanam modal dalam koperasi juga akan terus diberi keutamaan. Langkah ini penting bagi memperkukuh kedudukan kewangan koperasi, meningkatkan kapasiti pelaburan serta mewujudkan sumber pertumbuhan baharu yang dapat memberi manfaat jangka panjang kepada anggota.”

Barisan kepimpinan kanan DPDDM bergambar kenangan bersama pihak tertinggi UiTMKOOP.

DPDDM diketuai Presiden, Datuk Nor Hasnal Hashmi bersama barisan kepimpinan kanan DPDDM. Manakala pihak UiTMKOOP pula diwakili Pengerusi UiTMKOOP, Syahrudin Hanib dan Ahli Lembaga Koperasi,Syed Shadali bin Syed Abdullah.

Nor Hasnal menambah, kini keahlian UiTMKOOP hanya terbuka kepada kakitangan UiTM dan yang berminat boleh mendaftar untuk menjadi ahli, manakala perkhidmatan lain yang diberikan seperti takaful kenderaan, cukai jualan dan Ar-Rahnu terbuka kepada masyarakat.

“Perkhidmatan seperti Ar-Rahnu Al-Falah terbuka kepada seluruh masyarakat, sekali gus mencerminkan peranan UiTMKOOP yang semakin berkembang daripada sebuah koperasi untuk warga UiTM kepada sebuah organisasi yang turut memberi sumbangan kepada masyarakat secara lebih luas.

“Sudah terbukti UiTMKOOP ini memberi sumbangan besar dalam meningkatkan kebajikan ekonomi dan taraf hidup warga kerja serta ekosistem Universiti Teknologi MARA (UiTM). Bagi memperluaskan lagi peranannya kami akan memberikan perkhidmatan yang lebih meluas kepada setiap lapisan masyarakat.”

Menurut Nor Hasnal lagi,Dengan keahlian yang merentasi pelbagai sektor dalam kalangan warga profesional di UiTM, DPDDM berada dalam kedudukan strategik untuk menjadi `jambatan emas’ kepada UiTMKOOP untuk bersama-sama kerajaan Madani dalam melahirkan komuniti berpendidikan, perniagaan dan usahawan baharu.

“Pertemuan penting ini menandakan kesediaan sektor korporat (DPDDM) untuk bekerjasama secara inklusif dengan sektor koperasi, sejajar dengan usaha kerajaan untuk memantapkan rangkaian ekonomi dan menyokong penuh agenda Ekonomi MADANI.

“Kerjasama strategik ini sekali gus menyokong aspirasi Malaysia MADANI untuk membina masyarakat yang lebih sejahtera, berdaya tahan dan terangkum tanpa membiarkan mana-mana golongan tercicir daripada arus pembangunan negara.”

Lawatan kerja ini dijangka menjadi pemangkin kepada gerakan bersama dalam memperkukuh ekosistem ekonomi rakyat dan membuka lembaran baharu kerjasama perniagaan yang lebih progresif dan berimpak tinggi di Malaysia.

Sementara itu, Pengerusi UiTMKOOP, Syahrudin Hanib juga turut menjelaskan,“Dengan pengalaman selama 58 tahun, UiTMKOOP akan terus melangkah ke hadapan dengan semangat inovasi, kolaborasi dan keusahawanan koperasi bagi merealisasikan aspirasi untuk menjadi sebuah koperasi yang lebih kukuh, profesional dan berimpak tinggi.

“Kalau semuanya berjalan lancar, kami juga merancang untuk menganjurkan Kejohanan Golf Amal DPDDM dan UiTMKOOP yang turut melibatkan penyertaan pelajar-pelajar agar mereka terhindar daripada jenayah siber yang semakin berleluasa sekarang ini.”

Pertemuan yang berlangsung dalam suasana penuh profesional dan mesra ini menjadi platform penting bagi kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta membincangkan potensi kerjasama strategik yang mampu memberikan manfaat kepada dunia keusahawanan, industri dan pembangunan modal insan negara.

Intipati lawatan selama empat jam tertumpu kepada penerokaan peluang kolaborasi strategik yang berpotensi menjana nilai tinggi kepada ahli kedua-dua belah pihak

Latest

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...
spot_img

Jangan Terlepas!

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe...

AKAR//NEXT 2026 ajak pengunjung terokai pelbagai sisi budaya, kreativiti dalam satu ruang

Oleh: Khadijah Ibrahim PASAR Seni atau Central Market merupakan salah...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...
Nafsiah Jani
Nafsiah Jani
Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita, Saji terbitan Utusan Karya serta pernah menjadi wartawan tetap di Ladybosz.com
spot_imgspot_img

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama slow rock dan balada jiwang yang menusuk kalbu, nama Hasnol bukanlah nama asing. Suaranya pernah...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua pingat emas dan satu misi besar: memperkukuh usaha pemulihan ketagihan melalui pendekatan yang lebih tersusun,...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan berlangsung 'Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah' di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert anjuran Inteam Records...