Teacher’s Pet kembali beraksi selepas menyepi

Oleh: Khadijah Ibrahim

MESKIPUN lama menyepi daripada dunia seni, namun jiwanya masih menyintai bidang yang diceburi sejak 1987.

Bagi memeriahkan kembali kerjaya seninya, kini Maman Teacher’s Pet atau Rosman Lamri, 57, tampil dengan single baharu, “Menjelmalah Aku” yang menjadi simbolik kepada kemunculan semula beliau dalam dunia muzik.

“Menjelmalah Aku” bukan sekadar sebuah lagu tapi karya tersebut hadir sebagai pembuka kepada satu perjalanan baharu beliau dan anggota Teacher’s Pet yang lain, selepas sekian lama membawa haluan masing-masing.

Lagu tersebut bukan sekadar simbolik kemunculan Maman dan anggota Teacher’s Pet yang turut dianggotai oleh Addy Rasidi (gitaris), Zul (gitaris) dan Yuri, pemain dram baharu, tapi ia juga menjadi pemangkin menuju showcase.

Lebih dua dekad menyepi daripada industri seni, kini Maman Teacher’s Pet kembali menerusi single “Menjelmalah Aku”.

Kumpulan yang ditubuhkan pada 1990 itu, bakal menjayakan showcase berjudul “Teacher’s Pet: Back To School” yang akan berlangsung di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, pada 27 Disember depan.

Perjalanan comeback ini sebenarnya bukan sesuatu yang dirancang dalam tempoh singkat tapi sudah lama, cuma keadaan tidak mengizinkan ketika itu.

Teacher’s Pet pernah menghasilkan lagu tersebut ketika era pandemik Covid-19, bagaimanapun selepas itu anggota Teacher’s Pet memilih untuk berehat panjang daripada dunia seni demi memberi tumpuan kepada keluarga masing-masing.

Lebih 20 tahun berlalu, kehidupan membawa satu ujian besar apabila vokalis Teacher’s Pet iaitu Maman, kehilangan anak lelakinya dalam satu kemalangan tragik, hanya kira-kira tiga bulan sebelum anak tersebut dijadualkan mendirikan rumah tangga.

Pengorbanan dan keputusan Maman untuk berada di sisi anak selama bertahun-tahun, termasuk menetap di Singapura bagi membesarkan dan menjaga keluarga, menjadi antara perjalanan peribadi yang akhirnya membawa Teacher’s Pet kembali melihat semula dunia muzik.

Teacher’s Pet sempat menghibur tetamu sewaktu sidang media, baru-baru ini.

Kini, selepas melalui pelbagai fasa kehidupan, “Menjelmalah Aku” menjadi titik mula untuk mereka menjelma kembali sebagai Teacher’s Pet yang pernah dikenali peminat sekitar era 1990-an dan 2000-an.

“Lagu ini sebenarnya sudah ada sejak zaman Covid-19 lagi. Cuma perjalanan hidup membuatkan kami mengambil masa yang sangat panjang untuk kembali.
Lebih 20 tahun kami menyepi kerana keluarga, anak-anak dan kehidupan.

“Banyak perkara berlaku sepanjang tempoh itu. Ada pengorbanan yang kita buat untuk anak dan keluarga, dan ada juga kehilangan yang sangat besar.

“Jadi apabila kami kembali dengan lagu ini, ia bukan sekadar comeback. Ia membawa cerita dan perjalanan hidup kami,” kata Maman.

Sebagai sebahagian daripada promosi menuju showcase, Maman Teacher’s Pet menggunakan semua media digital dan media massa bagi memperkenalkan semula muzik serta perjalanan mereka kepada peminat generasi lama dan baharu.

Jelas Maman, tema Back To School dipilih kerana mereka mahu membawa penonton kembali mengimbau nostalgia menerusi barisan lagu yang pernah menjadi identiti Teacher’s Pet, termasuk “Warisan Wanita Terakhir”, “Malas” dan “Dakapkan Aku Ke Syurga”.

Showcase “Teacher’s Pet: Back To School” di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor,  27 Disember ini dianjur oleh Mera Music.

Dengan kapasiti Dewan Besar UPM yang mampu memuatkan kira-kira 2,800 penonton, showcase ini dijangka menjadi satu pertemuan istimewa antara Teacher’s Pet dan para peminat yang telah menanti kemunculan mereka sekian lama.

Tidak ketinggalan, lagu “Warisan Wanita Terakhir” turut bakal diberi perhatian menerusi satu segmen istimewa buat peminat, termasuk peluang untuk membawa pulang gitar sebagai hadiah utama.

Showcase ini bukan sekadar sebuah persembahan, tetapi peluang untuk Teacher’s Pet bertemu semula dengan peminat yang pernah membesar bersama lagu-lagu mereka, di samping memperkenalkan kembali identiti muzik kumpulan ini kepada generasi baharu dan lama.

Bagi yang mahu mengimbau nostalgia bersama Teacher’s Pet jangan lupa untuk membeli tiket yang bermula dari RM 88 (General Admission), RM 128 (Silver), RM 188 (Gold) dan RM 228 (VIP) di www.iLassoTickets.com/TeachersPetBackToSchool.

Latest

Siti Nurhaliza hargai kerjasama insan-insan di belakang tabir

Oleh: Khadijah Ibrahim "Alhamdulillah, anugerah ini bukan untuk diri saya...

Pantun, Kebaya dan Tarian Singa Jadi Tarikan Festival Pertukaran Budaya 2026

Oleh: Nafsiah Jani Pantun, keanggunan kebaya dan kepelbagaian seni persembahan...

Sharifah Hanim terkenal kerana “Masam-Masam Manis”

Oleh SYED WAFA Foto Koleksi SYED WAFA Sumber: Ladybosz (Terima Kasih...

Hadiah bernilai RM20,000 untuk penonton konsert ‘Elegant Selamanya’

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 30 Oktober lalu, penulis sempat menghadirkan...
spot_img

Jangan Terlepas!

Sharifah Hanim terkenal kerana “Masam-Masam Manis”

Oleh SYED WAFA Foto Koleksi SYED WAFA Sumber: Ladybosz (Terima Kasih...

Pantun, Kebaya dan Tarian Singa Jadi Tarikan Festival Pertukaran Budaya 2026

Oleh: Nafsiah Jani Pantun, keanggunan kebaya dan kepelbagaian seni persembahan...

Siti Nurhaliza hargai kerjasama insan-insan di belakang tabir

Oleh: Khadijah Ibrahim "Alhamdulillah, anugerah ini bukan untuk diri saya...

Hadiah bernilai RM20,000 untuk penonton konsert ‘Elegant Selamanya’

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 30 Oktober lalu, penulis sempat menghadirkan...

YKAT gigih berusaha cari dana bantu artis veteran

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN tanpa sumbangan atau bantuan daripada pihak...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Siti Nurhaliza hargai kerjasama insan-insan di belakang tabir

Oleh: Khadijah Ibrahim "Alhamdulillah, anugerah ini bukan untuk diri saya seorang. Anda semua tengokkan macam mana rakan-rakan lain bekerja keras di belakang tabir. Ramai insan,...

Pantun, Kebaya dan Tarian Singa Jadi Tarikan Festival Pertukaran Budaya 2026

Oleh: Nafsiah Jani Pantun, keanggunan kebaya dan kepelbagaian seni persembahan tradisional antara tarikan Festival Pertukaran Budaya: Meraikan Warisan Silang Budaya 2026 yang berlangsung di Pekarangan Muzium...

Sharifah Hanim terkenal kerana “Masam-Masam Manis”

Oleh SYED WAFA Foto Koleksi SYED WAFA Sumber: Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan)  APABILA sebut nama Seniwati Sharifah Hanim tidak boleh tidak pasti akan membuatkan...